Setiap wanita termasuk yang bertudung, pasti pernah mengalami masalah rambut berminyak yang menimbulkan rasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika aktif sepanjang hari. Usah bimbang, Hijabista kongsikan 5 cara mengurangkan masalah rambut berminyak khususnya bagi wanita bertudung.
Material Tudung Yang Sesuai
Pilih tudung yang diperbuat daripada bahan kapas yang ringan. Ia memudahkan aliran udara di sekitar rambut dan kulit kepala, seterusnya mengurangkan kelembapan berlebihan.
Elakkan juga memakai tudung daripada material sintetis seperti poliester yang cenderung membuatkan rambut cepat berminyak.
Kerap Cuci Rambut
Pilih syampu yang dirumus khas untuk merawat rambut berminyak. Biasanya mengandungi bahan yang membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.
Sebaik-baiknya, cuci rambut 2-3 kali seminggu. Gunakan syampu yang mengandungi minyak pokok teh atau mentol untuk sensasi segar dan anti-penuaan.
Keringkan Rambut Dengan Cara Betul
Keringkan rambut secara semula jadi sebelum memakai tudung. Menggunakan pengering rambut terlalu kerap boleh menjadikan rambut cepat berminyak. Jangan ikat rambut ketika basah kerana rambut akan cepat berminyak dan berbau.
Sikat rambut perlahan-lahan selepas mandi, kemudian biar kering secara semula jadi sebelum memakai tudung.
Elakkan Pakai Tudung Terlalu Ketat
Pilih gaya tudung yang tidak terlalu ketat tetapi masih kemas. Pastikan gaya tudung itu membolehkan aliran udara di sekeliling kepala.
Material kapas yang ringan dan longgar memberi keselesaan maksimum.
Diet & Penghidratan
Pilih makanan yang kaya vitamin dan mineral seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan protein. Nutrien ini penting untuk kulit kepala dan rambut yang sihat. Dehidrasi boleh menjadikan kulit kepala lebih berminyak. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit kepala. Adalah lebih baik jika anda menambah biotin atau suplemen vitamin E dalam diet untuk rambut yang lebih sihat dan kuat.
BACA JUGA: Air Garam Boleh Hilangkan Masalah Rambut Hijabi, Cubalah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Realisasikan Impian Ratu Sehari! Helaian Sedia Pakai, Harga Mesra Poket Kualiti Sama Dengan Pengantin Kayangan.
Sebagai antara jenama rumah fesyen negara yang terkenal, Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin. Selama berbelas tahun mengukir nama dalam industri ini, tidak hairanlah apabila rekaan mereka seringkali menjadi pilihan selebriti dan golongan elit untuk disarungkan di hari bahagia mereka.
Sesuai dengan kualiti perincian dan curahan idea tersendiri dalam setiap rekaan yang dihasilkan, kita pasti dapat menjangkakan harga bagi setiap helaian hasilan pereka duo ini boleh sahaja mencecah ribuan ringgit. Ini bagai satu penanda aras bahawasanya hanya ‘pengantin kayangan’ yang mampu menyarungkan helaian Rizman Ruzaini di majlis perkahwinan mereka.
RR Bridal RTW memudahkan cara
Justeru, demi merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW).
Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari.
Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka.
“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti.
ARTIKEL BERKAITAN: Sasaran 10 Juta Ringgit! Promosi Tote Bag Rizman Ruzaini Punyai Kelainan, Bikin Gegar Bukit Bintang.
“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi. Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium. Tambahnya lagi, bagi mereka yang membeli RTW tidak dapat ‘fitting’ ke butik manakala mereka yang ingin layanan yang istimewa dan perincian yang lebih perlu datang ke butik dengan khimat rundingan pereka.
Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis. Kali ini rekaan RR Bridal RTW 2022/23 memudahkan cara, iaitu mempelai tidak sukar untuk bergerak dengan potongan longgar di badan mahupun di tangan. Mudah untuk berdoa!
“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.
“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dress Manik Jahitan Tangan Rekaan Rizman Ruzaini Serlah Penampilan Nelydia Di Majlis Resepsi. So Perfect!
Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Pada majlis pratonton koleksi RR Bridal RTW 2022/23 yang turut dihadiri barisan selebriti wanita popular negara, Rizman berucap, “Saya sangat terharu dengan sokongan rakan selebriti yang selama ini menjadi nadi kepada perniagaan kami. Jadi kali ini, sama seperti tahun sebelumnya, ingin saya memperkenalkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ RR Bridal RTW 2022/23.”
“Menariknya, semua selebriti wanita yang hadir pada majlis hari ini masih berstatus ‘single’. Siapa tahu melalui pratonton hari ini mereka mendapat idea untuk rekaan pakaian pengantin mereka kelak? Selain itu, antara tetamu istimewa yang hadir pada hari ini juga adalah pelanggan kami yang bertuah sebagai antara yang pertama menyaksikan koleksi ini,” katanya.
Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal. Tempahan boleh dibuat secara atas talian atau pada majlis hari ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik Dan Elegan, Ini 10 #OOTD Bella Dally Yang Tidak Pernah Mengecewakan Dan Selalu ‘On Point’!
Nama pelakon Bella Dally sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon cantik jelita ini sememangnya sudah ada peminatnya yang tersendiri sejak mula bertapak dalam industri seni pada tahun 2009.
Sejak tampil berhijab, Bella yang kini berusia 27 tahun sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan gaya dan penampilannya yang manis. Ternyata gadis yang berasal dari Sabah ini pandai mix and match pakaiannya namun dalam pada masa yang sama masih mengekalkan imej sopan itu. Mari kita intai gaya #OOTD-nya!
Di hari pertama pertunjukkan fesyen #KLFW.
Bersama YB Nurul Izzah. Macam adik-beradik pun ada jugak.
Ambil gambar dalam lori pun boleh Bella!
A post shared by Bella Dally (@belladally) on
Cantiknya gaya Bella ketika menunggu untuk berlepas di lapangan terbang.
Pemilihan skirt jingga yang terang menyerlahkan serinya!
Manis sekali Bella dalam persalinan baju kurung. Sesuai sangat dengan dirinya yang menjadi duta pakaian tersebut.
A post shared by Bella Dally (@belladally) on
Mengenakan dress, Bella seperti bersatu dengan alam sekelilingnya.
Kaca mata juga digunakan sebagai aksesori tambahan yang menjadikannya lebih vogue!
Hello Singapore ?? See you guys at Suntec City in a bit? @crumbsbybella #CrumbsbyBella
A post shared by Bella Dally (@belladally) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Selebriti Ini Tak Kekok Kendong Anak & Gaya Tudung ‘Maintain’ Cantik & Tak Senget. Ini Rahsianya
Selebriti ini memang nampak cantik sekali setelah berhijrah. Apatah lagi setelah mereka mempunyai anak hasil perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Kalau sebelum itu pun memang kebanyakan daripada mereka memang begitu bijak bergaya. Apatah lagi setelah mempunyai anak. Walaupun sedang asyik kendong atau kepit anak, selebriti ini tetap tampil stailo dan begitu menjaga penampilan. gaya tudung mereka ‘maintain’ cantik dan tak senget.
Biarpun selendang digayakan hanya diletak di atas kepala, namun aura seorang selebriti cukup terserlah. rahsianya mereka tidak letak sebarang pin atau kerongsang kerana bimbang boleh membahayakan anak jika mereka menarik tudung. Mereka juga lebih senang memilih tudung instan yang mudah untuk digayakan.
Ada antara selebriti yang masih aktif di dunia seni dan ada juga yang menghadkan aktiviti untuk beri tumpuan sepenuhnya pada anak mereka. Antaranya seperti, Faezah, Elai, Liyana Jasmay, Tilla dan juga beberapa lagi selebriti. Mereka ini aktif di belakang tabir dan hanya keluar jika ada urusan sahaja.
Jom kita intai gaya beberapa selebriti yang punya anak kecil tapi maintain bergaya tanpa ada cacat celanya. Dah namanya selebriti, penampilan perlu dijaga walau di mana jua berada.
1. #Tilla
Mempunyai seorang anak, hasil perkahwinan dengan Shahiezy Sam. Syeriv Samheizy. Baru-baru ini Tilla bercuti ke London bersama anak kesayangannya. Nampak santai gayanya biarpun sibuk melayan anak lelakinya itu.
2. #Hanis Zalikha
Isteri kesayangan Hairul Azreen ini lebih seronok kini melayan kerana Yusof Iskandar yang juga mempunyai follower mencecah 1.8 juta. Hanis Zalikha juga seorang yang bijak berfesyen dari dulu hingga sekarang. Walaupun sudah ada anak, dia tetap berada dalam ‘kelas’nya yang tersendiri.
3. #Hanez Suraya
Pelakon tinggi lampai ini nampaknya selesa kini menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga. Selesa melayan anak perempuannya, Puteri Aleesya dan sesekali tampak keluar bersama teman-temannya. Namun gaya Hanez tetap stailo biarpun selendang yang dililit ringkas.
4. #Liyana Jasmay
Artis yang baru berhijrah ini juga tidak kekok mengepit anaknya setiap kali mereka keluar bersama. Dua anaknya yang masih kecil tidak mematahkan semangat untuk tetap bergaya. Suka melihat gaya Liyana yang nampak seperti budak kecil dan anak-anaknya ibarat adik dan kakak.
5. #Faezah Elai
Memang geram tengok betapa comelnya anak-anak Faezah Elai. Dia juga kini sudah menghadkan aktiviti lakonannya dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Faezah juga antara artis yang bijak bergaya walaupun sudah mempunyai dua anak, Aurora Heyricca dan Dealova Heyrinna.
6. #Zizize Izette
‘Mommy to be’ ini nampaknya sangat enjoy ketika bercuti ke luar negara baru-baru ini bersama anak angkat dan ibunya. Walaupun anak angkat, Zizie tetap melayan seperti anaknya sendiri. Dan melihat pada foto dimuat turun di laman IGnya, memang tip top gaya dan penampilan sewaktu bercuti.
Artikel Berkaitan: Contohi OOTD 15 Selebriti Tinggi Lampai & Tubuh Langsing
7. #Shera Ayob
Anaknya, Nadi Anaqi adalah hasil perkongsian cinta dengan Zahiril Adzim ini sudahpun berusia 4 tahun. Jika sekali pandang, gaya mereka seperti adik dan kakak sahaja kerana masing-masing kelihatan sangat comel dengan gaya kebudak-budakan.
8. #Yana Samsudin
Yana Samsudin juga sebaik mendapat anak, Aisy Marteen jarang melihat kelibatnya berlakon, tetapi lebih banyak menjadi pengacara. Kehadiran Aisy Marteen mengubah hidup Yana dan dia juga tetap maintain cantik walaupun sibuk membawa anaknya ke sana ke mari.
9. #Ayu Raudah
Adik kepada Che Ta ini dulunya seorang model. Jadi setelah kini mempunyai tiga orang cahaya mata, Ayu tetap menjaga penampilannya. Baru sahaja beberapa bulan melahirkan anak keduanya, Ayu tidak kalah dalam bergaya terutama ketika pergi bercuti bersama keluarganya. Memang macam Che Ta yang bijak bergaya walaupun di mana sahaja dia berada.
10. #Wawa Zainal
Selebriti berlesung pipit ini nampaknya cukup betah membawa dua anaknya jika ada masa terluang dan tidak sibuk dengan pelbagai urusan. Admin memang suka lihat pasangan keluarga ini yang nampak comel dan sangat ‘happening’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI