Bau mulut sememangnya mengganggu. Cuba bayangkan kalau mulut anda berbau, tentunya orang sekeliling tidak selesa mahu berbicara dengan anda. Akhirnya, anda akan keseorangan tanpa anda sendiri ketahui sebabnya yang sebenar. Kadangkala, seseorang individu itu sendiri tidak sedar dirinya mengalami masalah mulut berbau.
Jadi, anda perlu pastikan anda menjaga kebersihan mulut dengan baik. Elak daripada mengambil sebarang makanan yang boleh membuat mulut anda berbau dan pastikan anda kerap menggosok gigi. Selain itu, baking soda juga dikatakan boleh mengatasi masalah mulut berbau. Cuba anda lakukan 5 cara ini, insyaAllah menjadi.
1. Baking Soda + Air
Dengan campuran baking soda dan air, anda kini boleh memiliki mulut yang wangi. Caranya, campurkan 1 sudu teh baking soda dan segelas air suam. Gunakan air campuran ini untuk berkumur-kumur selama 30 saat. Lakukan dua hari sekali ya.
Ads
2. Baking Soda + Ubat Gigi
Anda juga boleh menghilangkan bau mulut sambil menggosok gigi. Hanya campurkan 1/2 sudu teh baking soda ke dalam ubat gigi dan gunakan ia untuk menggosok gigi anda. Ubat gigi akan membersihkan kotoran di celah-celah gigi manakala baking soda akan membunuh kuman penyebab bau mulut.
3. Baking Soda + Madu
Bukan hanya mampu membantu mengatasi masalah bau mulut, baking soda yang dicampur dengan madu juga boleh mencegah segala infeksi dalam mulut. Untuk mencegahnya, anda memerlukan madu yang mempunyai kandungan anti-inflamasi. Campurkan 1 sudu teh baking soda dan madu ke dalam segelas air suam untuk diminum. Lakukan cara ini dua hari sekali.
Ads
4. Baking Soda + Garam
Sama seperti baking soda, garam juga boleh meneutralkan pH mulut anda dan menyebabkan kuman yang menyebabkan bau mulut mati. Anda hanya perlu mencampurkan 1 sudu teh baking soda, 1 sudu teh garam dan setengah gelas air suam. Kumur-kumur menggunakan air campuran ini hingga habis. Cuba lakukan cara ini setiap dua hari sekali.
Ads
5. Baking Soda + Cuka Epal
Cuka epal boleh menjadi pilihan buat anda yang mahu mencegah bau mulut kerana ia boleh menyeimbangkan pH di dalam mulut. Disebabkan asid yang tinggi di dalam cuka epal, gunakan sedikit sahaja. Caranya, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka epal ke dalam segelas air suam. Gunakan campuran tersebut untuk berkumur-kumur selama 30 saat. Cara ini selamat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu.
Kehadiran jerawat di kulit wajah memang boleh menyebabkan seseorang itu berada dalam mood stres. Lebih-lebih lagi jika jerawat yang tumbuh itu besar, jadi kemerah-merahan dan bernanah. Namun sebenarnya sebelum jerawat jadi lebih teruk, kita boleh halangnya jadi lebih besar.
Jerawat muncul pada kulit wajah adalah disebabkan oleh hormon stres yang terjadi pada tubuh anda. Hormon stres ini akan menghasilkan kelenjar minyak berlebihan dan menyumbat liang pori.
Bukan hanya hormon stres sahaja, malahan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) juga menjadi salah satu sebabnya. Cara untuk mengatasi jerawat dengan berkesan adalah meminum air kosong seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan dan menyapu krim jerawat bersesuaian.
Disenaraikan pelbagai jenis krim yang elok digunakan bagi menghalang jerawat tumbuh lebih besar.
1. OXY 5 Acne Pimple Medication
Krim jerawat dari farmasi – halang penghasilan minyak pada kulit wajah
Harga – RM9.81
Mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam jerawat pada kulit serta liang pori dengan pantas dan berkesan.
Krim ini juga dapat menyeimbangkan minyak semulajadi yang berlebihan pada wajah dengan membantu mencegah pertumbuhan jerawat.
Bebas daripada bahan kimia merbahaya dan tidak mengandungi haruman.
2. SKIN & LAB Dr. Spot Clear Don’t Touch Trouble Spot
Sesuai untuk kulit kering, krim ini memberi lembapan sepanjang hari
Harga – RM19.90
Krim jerawat dari SKIN & LAB ini berfungsi untuk mencegah dan mengawal jerawat serta sebum daripada terhasil secara berlebihan pada kulit wajah.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengalami masalah jerawat.
Krim ini bertindak dengan cepat pada cela akibat jerawat juga membantu mengurangkan kemerahan.
3. AIKEN Tea Tree Oil Pimple Cream
Krim jerawat terbaik untuk kulit sensitif – daripada bahan semulajadi
Harga – RM10.50
mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupaskannya seperti krim jerawat lain.
Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif.
Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat serta menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kesan sinar (matte effect) dan menapis liang pori dari tersumbat.
4. Himalaya Acne & Pimple Cream
Krim jerawat sesuai untuk kegunaan kulit wajah kaum lelaki
Harga – RM23.00
Krim ini bukan sahaja dapat menghapuskan kesan jerawat, malahan menyembuhkan serta mencegah masalah kulit bermasalah.
Dengan mengandungi Silk cotton tree, sifat astringen dan penyejuk yang terdapat dalam krim ini berfungsi untuk mengawal kadar pertumbuhan jerawat di masa hadapan.
Diperkaya dengan Aloevera dan five-leaved Chaste Tree yang bertindak untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit serta mengurangkan keradangan.
5. CLINELLE Blemish Clear
Terbaik untuk kulit remaja, boleh digunakan semasa menjalani aktiviti luar
Harga – RM23.13
Krim anti-cela ini yang bertindak untuk memyembuhkan kulit akibat jerawat secara berkesan, tidak menjadikannya iritasi.
Dengan mengandungi agen pembersih yang berkuasa untuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan mengalakkan peredaran mikro untuk pembaharuan sel.
Ekstrak botani semulajadi yang terdapat dalam krim ini membantu merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel-sel kulit.
Pro Vitamin B5 dan asid Salicylic membantu memelihara kulit dari pertumbuhan jerawat dan cela. Sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit jerawat yang teruk.
6. HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel
Krim untuk menghilangkan kesan parut jerawat dengan baik
Harga – RM25.30
Gel lutsinar krim jerawat ini dapat menyelesaikan masalah kulit jerawat dalam beberapa kali sapuan.
Ia mengandungi asid Salicylic untuk memulihkan kulit dari masalah jerawat dan membantu mencegah kadar pertumbuhan jerawat, mengecutkan saiz jerawat dan memperbaiki masalah kulit dengan cepat tanpa membuatkan kulit wajah terasa pedih.
MPS mengekalkan kelembapan kulit dengan tambahan Vitamin C, ia membantu mencegah jerawat serta kesannya.
Diperkaya dengan ekstrak semula jadi untuk mengurangkan keradangan, kemerahan dan kesakitan pada kesan jerawat.
7. COSMODERM Tea Tree Oil Anti Blemish
Krim yang sesuai untuk merawat pertumbuhan jerawat di badan
Harga – RM12.90
Krim perawatan dari Cosmoderm ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan parut.
Ianya dapat mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads sekaligus tanpa menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan.
Dengan formula unik daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan, krim ini dapat menghapuskan kesan jerawat dalam masa yang singkat.
Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan kandungannya mungkin akan menyebabkan radang kulit dan menjadi lebih bermasalah.
Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
1. Mendahulukan yang Wajib
Amal Makruf, Nahi Mungkar. Dahulukan segala yang wajib dan niat kerana Allah s.w.t.
2. Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali, berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda. Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
3. Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh dan longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
4. Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah “gemuk” pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup.
Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami.
Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan.
Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Bahan-bahan:
Kunyit
Tepung
Jus lemon
Jus tomato
Cara-cara:
Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
Biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.
Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!