Sebelum Syawal tempohari, kita dikejutkan dengan kehilangan salah seorang blogger cukup popular, Shea Rasol. Dia meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia akibat kanser. Ramai yang bersedih dengan kehilangan blogger ini yang disifatkan sebagai seorang insan yang sangat baik, peramah dan mudah mesra. Salah seorang yang cukup rapat dengan Shea Rasol adalah rakan blogger juga Nisa Kay. Hubungan mereka cukup rapat dan Nisa akui cukup terkesan dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu sewaktu kehilangan Shea Rasol, dalam satu tulisan dalam laman sosial instagram, Nisa menganggap Shea Rasol seperti saudaranya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan kerana anak perempuan pertama dalam keluarga.
Walaupun mereka hanya bertemu pada acara tertentu atau jika ada undangan media tetapi Nisa menganggap Shea Rasol sebagai kawan yang sangat baik. Dia turut berterima kasih pada arwah kerana menghabiskan masa bersamanya mendengar cerita lucu serta memberi nasihat yang baik sebagai seorang kakak. Yang juga turut mengawasi dan Nisa cukup beruntung dapat mengenali Shea Rasol.
Artikel Berkaitan: Shea Rasol, Blogger Terkenal Dijemput Ilahi Akibat Kanser
Dalam satu temubual bersama HIJABISTA, apabila ditanya kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakan, Nisa terkedu membaca soalan diajukan. Ini jawapannya.
“Oh. Terkedu kejap baca soalan ni. Sebak pun ada. Sebab arwah Shea Rasol sangat-sangat sweet, energetic dan ceria orangnya. Kita dapat lihat beliau layan semua kawan-kawannya dengan baik. Ternyata pemergian beliau sangat meninggalkan kesan.
“Antara kenangan manis kami bersama ialah bila berpeluang melancong ke Jepun dan juga Korea bersama rakan blogger yang lain. Beliau melayan dan sudi mendengar luahan Nisa. Arwah memang macam seorang kakak. Dia banyak bagi motivasi dan nasihat.
“Perwatakan arwah yang sangat ‘bubbly’ memang buat semua orang senang dengan dia. Banyak perkara yang berlaku sepanjang trip kami. Jadi apabila rindu pada keletah arwah, Nisa akan tonton semula video travelog kami.
Admin begitu tersentuh mendengar luahan hatinya dan dapat rasa kerinduan Nisa Kay pada temannya yang kini sudah menemui PENCINTANYA. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Al-Fatihah.