Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Tetapi perlu anda ingat, kalau nak cantik macam mana sekalipun jangan ambil sebarangan benda untuk diletak pada wajah. Harus berpada-pada!
Bukan semua bahan anda boleh tempekkan di muka, ada sesetengah bahan tidak sesuai untuk diletak pada wajah kerana dibimbangi memberi kesan yang tidak elok pada kulit anda. Hijabista kongsikan bahan yang boleh memudaratkan wajah anda.
1. Baking Soda
Ada beberapa info menyatakan baking soda juga boleh digunakan dalam dunia kecantikan. Kononnya kulit wajah akan jadi lembut. Sebenarnya bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuih gebu ini memiliki kandungan alkaline yang boleh merosakkan lapisan kulit dan mengganggu kelembapan kulit asal.
2. Lemon
Ada petua yang menggunakan lemon untuk memutihkan gigi atau mencerahkan kulit wajah. Hati-hati kerana ternyata lemon juga antara penyebab iritasi pada kulit. Kandungan asid yang tinggi dalam lemon boleh menjadikan kulit kemerahan dan boleh memberi kesan buruk pada kulit wajah seperti rasa pedih atau terbakar pada kulit wajah.
3. Losen Badan
Mana boleh guna losen badan untuk sapu pada kulit wajah. Ya, mungkin losen boleh jadikan kulit tubuh badan lembut tetapi bukan kulit wajah. Kulit wajah memiliki lapisan kulit yang lebih nipis berbanding kulit lain. Losyen badan mengandungi wangian yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Bukannya melembapkan wajah, malah membuatkan kulit wajah lebih kering dari sebelumnya.
4. Ubat Gigi
Luka terbakar, anda terus sapu ubat gigi? Jangan, ubat gigi jadikan kulit kering dan iritasi. Cuba pilih kandungan bahan benzoyl peroxide untuk wajah atau minyak tea tree.
5. Gula
Begitu banyak yang mengatakan bahawa gula pasir boleh menjadi senjata untuk menghapuskan sel kulit mati dengan cara menggosokkan pada kulit wajah. Sebenarnya semakin anda gosok wajah dengan menggunakan gula yang kononnya ‘scrub’, semakin nipis lapisan kulit wajah.
Banyak tak bahan di atas yang pernah anda guna untuk rawat masalah kulit? Jika ada salah satu yang anda pernah amalkan, selepas ini boleh tukar dengan kaedah lain yang lebih menjaga kelembapan kulit, ya!