5 Anak Kecil SELEBRITI Ini Memang Cantik Tampil BERHIJAB. Tetap COMEL Tanpa DEDAH Sana Sini

Share

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee yang memuat naik gambar anaknya yang baru berusia tiga tahun dalam penampilan yang sedikit seksi. Foto dimuat turun dalam laman instagram personaliti ini mendapat kecaman netizen kerana beranggapan cara Farah Lee memakaikan  anaknya, Maream Esabel  tidak mengikut syariat Islam walaupun  usianya masih muda. Namun sebagai ibu, Farah Lee kemudiannya menjawab segala kecaman memberitahu sebaliknya.

Jawapan Farah Lee mendapat komen positif dari netizen yang menyokong perbuatan Farah Lee dalam membesarkan anak perempuannya itu. Namun baru-baru ini komen dari seorang wanita di laman twiter turut menyelar sekali lagi perbuatan Farah Lee.

Menurut pengguna yang memakai nama @buyuluda, apa yang diperkatakan ramai adalah mengenai aurat. Malah dia memberikan pendapat bahawa bayi walaupun masih  belum keluar sepatutnya sudah memakai tudung. Apatah lagi jika yang sambut doktor itu adalah doktor lelaki.

Malah dia turut menyindir kaum ibu yang sepatutnya pakaian bayi anda tudung dan seluar panjang sejak dalam perut lagi. Kedengaran memang lucu, tetapi ada kebenarannya. Walaupun sekadar pandangan tetapi kita juga perlu take note apa yang telah diperkatakannya.

Pendapatnya turut disokong netizen yang turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh @buyuluda.  Apa sekali kata-kata yang dilemparkan ia adalah pandangan peribadi.

Namun penjelasan Ustaz Azhar Idrus  mengenai aurat ini adalah anggota yang wajib ditutup dari pandangan manusia yang haram melihat. Dalam hal ini ustaz menjelaskan ada aurat yang tak haram dilihat seperti aurat kanak-kanak  (berusia 3 tahun, 4 tahun atau 5 tahun) jika dilihat tidak bernafsu.

Walau bagaimanapun, rasanya menjadi tanggungjawab seorang ibu itu untuk memastikan dan menjaga batas aurat anak kecil mereka agar tidak ada mata-mata jahat yang akan melihat dengan pandangan bernafsu. Maklumlah dalam zaman media sosial ini, bimbang ada pelbagai kemungkinan terjadi sekiranya kita terlalu bebas memaparkan gambar anak dalam mood yang tidak bersesuaian.

Lihat sahaja beberapa selebriti yang mempunyai anak kecil tetapi sudah memakaikan tudung buat si cilik mereka terutama bila keluar bersantai. Mereka tetap comel dalam busana labuh serta hijab yang menutupi mahkota. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

Misalnya Oki Setianadewi dan Yatt Hamzah yang mana anak perempuan mereka dipakaikan tudung walaupun usianya masih kecil. Walaupun ada kalanya hijab digayakan senget, tetapi tetap terserlah kecomelannya.

Jom kita lihat beberapa selebriti yang ada anak kecil dalam gaya hijab yang sangat mencuit hati.

#1. OKI SETIANADEWI

#2. YATT HAMZAH

#3. WARDINA SAFIYYAH

#4. ABBY ABADI

#5. DR HALINA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI

 

 

 

Published by
Siti Zurina