Menjadi seorang selebriti sememangnya tidak boleh lari daripada menjadi tumpuan ramai. Kadang kala, keluarganya pun pasti turut terkena tempias popularitinya. Begitulah yang terjadi kepada anak selebriti-selebriti ini yang mendapat perhatian netizen kerana kejelitaan mereka. Jom kita kenali mereka ini.
Marissa Dania Hakim ini sentiasa kelihatan ayu dan banyak jejaka yang cuba peluang untuk mengoratnya tiap kali Norman Hakim memuat naik gambar anak gadisnya ini.
Anak saudara penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza ini saling tak tumpah wajahnya seperti ibunya.
Nur Anis, seorang usahawan ini pernah disangka sebagai teman wanita kepada ayahnya sendiri apabila mereka berjalan bersama.
Alya Iman, anak bongsu yang berusia 17 tahun ini juga merupakan seorang model. Patutlah gambarnya semua begitu cantik dan fotogenik!
Naffiz Zolkefli ini juga petah berkata-kata seperti ibunya. Jika ibunya memilih bidang lakonan, Naffiz pula lebih memilih bidang penyiaran dan pengacaraan.