
Isi Kandungan
ToggleKematian yang dicemburi ramai, pemergiannya masih dirasai setiap sudut hati rakyat Malaysia. Umum Siti Sarah Raissudin meninggal pada hari ini 9 Ogos 2021 disebabkan virus covid-19 dan melahirkan anak yang ke-4.
Namun apa yang menjadi kehairanan setiap hati berkata apa amalan yang dibuat Almarhumah sehingga ramai yang menangisi pemergiannya. Sedikit demi sedikit segala kebaikan beliau diceritakan di kalangan selebriti.
5 Amalan Siti Sarah Semasa Hayatnya
Rupanya semasa hayatnya mengamalkan 5 tip ini yang menjadi satu keajaiban yang kita semua lihat hari ini. Apakah perkongsian yang arwah kongsikan itu.
1. Bangun awal subuh, stay up sampai selepas dhuha, baca surah Al-Waqiah, siang dan malam kerana janji Allah tidak akan ditimpa kepapaan pada siapa..
2. Sedekah… kerana sedekah itu janji Allah, kita bagi satu Allah akan berlipat gandakan. Sebelum bantu orang luar tengok keliling kita dulu..
3. Suami isteri jangan gaduh..malaikat rahmat sentiasa mendoakan..
4. Bersyukur…dengan bersyukur kita akan rasa cukup.
5. Jangan mudah marah…key word SABAR
Masyallah, rupanya ini amalan arwah Siti Sarah sehingga dijemput meninggla dengan cara yang diimpikan semua umat Islam. Apa yang penting arwah juga berpesan supaya berfikiran positif kerana yakin keajaiban dariNya pasti ada. Wallahualam!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syok ‘Healing’ Tepi Pantai, Dua Gadis Ini Di Temani Anjing Sebagai Tetamu ‘Istimewa’

Isi Kandungan
TogglePenggunaan ayat ‘healing‘ menjadi satu perkara yang sinonim untuk menenangkan diri pada saat ini. Ramai wargamaya yang gemar menggunakan perkataan ini jika mengunjungi atau melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan bagi mereka.
Baru-baru ini perkongsian dua orang gadis sedang leka ‘healing‘ menjadi satu situasi yang cemas tetapi kelakar. Mereka yang di temani dua ekor anjing bingung dengan keadaan yang terjadi.
Tak Tahu Nak Teruskan ‘Healing‘ Atau Cemas?
Tak dinafikan bila lihat video ini, sis pun terikut sekali nak ‘healing‘ dengan bayu laut dan suasana yang nyaman itu bukan? Tapi ketenangan jadi cemas pula…
Menerusi video yang dimuatnaik oleh gadis itu di TikTok miliknya @milikorang24, gadis itu sedang asyik meluangkan masanya di tepi pantai dengan suasana untuk melaya momen ‘healing‘.
Dua orang gadis yang berada dalam video itu menjadi cemas dan gementar apabila muncul dua ekor anjing secara tiba-tiba duduk di depan mereka. Anjing-anjing itu seolah-olah turut sertai sesi ‘healing’ mereka dan situasi itu agak lucu seketika.
“Anjing Juga Tahu Good Vibes sis…” – wargamaya
Video ini dapat perhatian orang ramai melihatkan telatah dua gadis yang mulanya riang tiba-tiba cemas apabila kehadiran dua ekor anjing itu di sekitar mereka. Ada juga yang mengatakan mereka berdua ‘healing’ sehingga tak balik.
“Wah ada bodyguard time healing,
“Dengar cerita healing sampai tak balik-balik,
“Anjing juga tahu good vibes sis. Jangan takut they are lovely creature.” antara komen yang lucu di kongsikan.
Watch on TikTok
Sumber: TikTok @milikorang24
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengejutkan! ‘Homestay Rahmah’ Lengkap Kolam Renang Ini Hanya Di Caj RM5, Satu Malam?

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini inisiatif kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan atau B40 dengan memperkenalkan ‘menu Rahmah’ telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan perniaga dan juga rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, melihatkan perkembangan positif yang diterima ini, pemilik Sarasera Homestay, Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman turut melaksanakan inisiatif serupa dengan menyediakan penginapan yang terlajak mampu milik.
Homestay Lengkap ‘Swimming Pool’ Ditawarkan Pada Harga RM5 Untuk Satu Malam.
Perkara berkenaan di maklumkan sendiri olehnya, menerusi hantaran Facebook, Sarasera Homestay yang kini menawarkan pakej penginapan mesra B40 yang dikenali sebagai “Inap Rahmah”.
Malah, lebih menarik lagi adalah tawaran harga bagi pakej ini adalah diluar jangkaan dan tidak masuk akal, serendah RM5 bagi satu malam.
Himmah berkata, tujuan dia melaksanakan pakej berkenaan adalah untuk memberi sokongan terhadap inisiatif kerajaan yabg tidak pernah culas, membantu golongan kurang berkemampuan atau B40 di Malaysia.
Artikel berkaitan: Dunia Dihimpit Inflasi! Mat Salleh Puji Inisiatif ‘Menu Rahmah’ Kerajaan Malaysia Wajar Di Contohi Negara Lain
“Saya terfikir, kalau kita sudah ada Menu Rahmah, kenapa tidak saya turut membantu rakyat B40 yang mungkin tidak pernah merasai pengalaman indah bersama keluarga bermalam di inap desa ala mewah ini yang dilengkapi kolam renang pada harga cuma RM5 untuk satu malam.
“Tambahan pula, saya pernah merasai kepayahan hidup membantu ibu berniaga sayur di pasar malam selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia empat tahun.
“Sebab itu harap usaha kecil saya yang terhad ini dapat memberi makna yang besar kepada mereka yang benar-benar mengimpikannya,” ujarnya.
Pakej ‘Homestay Rahmah’ Terhad Dan Tertakluk Syarat!
Hijabista difahamkan, selain kemudahan kolam renang, Sarasera Homestay ini juga dilengkapi dengan penyaman udara sepenuhnya, tempat untuk mengadakan Barbeque bersama keluarga, WiFi dan juga Astro.
Mengulas lanjut, Himmah berkata pakej yang ditawarkan adalah terhad untuk jangkamasa Februari sehingga Mac ini sahaja, sekiranya terdapat kekosongan dan memenuhu beberapa terma dan syarat yang ditetapkan.
“Antara syaratnya penginap perlu kemukakan dokumen pendapatan supaya usaha ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar kerana saya juga pernah merasai kehidupan serba kekurangan.
“Niat saya mahu keluarga besar mereka, mungkin 10 atau 15 orang berkumpul bersama menikmati kemudahan kolam renang sambil mengadakan BBQ yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan,” jelas Himmah.
Sekadar Info, Sarasera Homestay ini terletak di Ayeh Keroh, Melaka dan telahpun memulakan operasi sulung mereka pada Januari lalu dengan harga, RM650 semalam (hari bekerja). Manakala, RM750 semalam (cuti umum) atau pada waktu cuti hujung minggu.
Sumber: Malaysia Gazette , Facebook Sarasera Homestay & Nurul Himmah Kamaruzzaman
Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah Sahaja Nak Buat Resipi Hokkaido Cheese Tart, Ala ‘Secret Recipe’ Di Rumah. Jom Cuba!

Isi Kandungan
ToggleSiapa dekat sini suka makan Hokkaido Cheese Tart? Ia datang dalam pelbagai perisa seperti original, coklat dan durian. Dahulu, makanan ini pernah tular dan menjadi kesukaan penggemar makanan manis.
Cheese tart berasal dari Sapporro Jepun dan kini semakin dikenali di Malaysia. Kalau hijabi nak cari pun senang saja, boleh dapatkan di mana-mana cawangan Secret Recipe berdekatan. Kombinasi kerak tart yang rangup dan lembut serta intinya yang dipenuhi dengan rasa keju lemak memang menjadi kesukaan ramai.
Yang paling istimewa, Hokkaido cheese tart juga sedap dimakan ketika panas atau sejuk. Mana-mana pun boleh, rasanya masih sama!
Tapi, kalau hari-hari asyik nak beli, memang ‘kering’ lah poket. Jadi hari ini Hijabista akan kongsikan cara buat Hokkaido cheese tart ala-ala resepi original yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook.
Resepi Hokkaido Cheese Tart Super Rangup
Bahan-bahan:
Bahan A (tart pastry)
- 100g tepung gandum
- 20gm icing sugar
- 50g salted butter, potong cube dari peti sejuk
- 1biji kuning telur
- 1/2 tsp susu segar Dutch Lady atau jenama lain
Bahan B (cheese custard)
- 150g cream cheese
- 50g mascarpone cheese
- 20g parmesan cheese
- 30g salted butter
- 100g susu segar
- 30g icing sugar atau gula halus pun boleh
- 8-12g tepung jagung, atau ikut kepekatan sendiri
- 1 biji telur
- 1tbsp jus limau
- 1/4 tsp esen vanilla
- 2 atau 3 sudu air
- Secubit garam (optional)
- 1 biji kuning telur untuk disapu pada cheese custard
Cara penyediaannya
- Ayak tepung dan gula icing.
- Masukkan butter sejuk yang dipotong empat segi.
- Gunakan jari untuk satukan butter dengan tepung.
- Masukkan telur kedalam adunan serta uli menjadi doh yang lembut.
- Masukan susu dan gaulkan sebati.
- Ambil plastik atau cling wrap untuk bungkuskan doh.
- Rehatkan selama 1 jam didalam peti sejuk sebelum di isi filling cheese.
Cheese custard
- Masukkan cream cheese + mascarpone cheese + parmesan cheese + salted butter + susu segar menggunakan kaedah bain marie dan sentiasa kacau adunan supaya cepat cair.
- Apabila adunan dah cair, ayakkan tepung jagung + gula icing sedikit air sahaja dalam 2 atau 3 sudu dan kacau rata. Masukkan kedalam adunan cheese dan sentiasa kacau sampai tiada ketulan masak sampai adunan sedikit pekat, padamkan api dan angkat dari dapur.
- Masukkan telur yang dipukul ringan, esen vanilla dan lemon juice. Kacau sampai pekat and akhir sekali masukkan secubit garam dan sebatikan. Tak perlu panaskan atas dapur lagi.
- Jika adunan cheese ada ketulan boleh ditapis supaya mendapat cheese custard yang licin dan sejukkan masukkan ke dalam piping bag.
- Keluarkan doh pastry dari peti sejuk sapukan sedikit tepung pada papan dan rolling pin dan canaikan doh anggaran dlm 3-4mm.
Artikel Berkaitan: Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!
- Potong ikut saiz acuan tart.
- Guna garpu dan tekan pada doh untuk buat lubang.
- Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Sebelum digunakan sediakan 3 hari awal simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin dan bungkuskan lagi dengan plastik.
- Bila dah sejuk paipkan cheese custard pada doh tart tadi.
- Sapukan kuning telur pada cheese custard.
- Bakar pada suhu 200c selama 10 ke 15 minit mengikut oven masing-masing.
- Keluarkan tart dan sejukkan.
- Siap untuk dihidang dan dinikmati!
Artikel Berkaitan: Resepi Masakan Cina ‘Simple’ Bersulam Dakwah, Wanita Mualaf Gemar Kongsi Ilmu Meski Ada Serba Kekurangan
Sumber: Facebook
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI