Orang perempuan memang pantang jika dapat tahu berat badan sudah semakin naik. Kalau boleh mahukan tubuh badan sentiasa langsing agar sedap mata memandang, selain memudahkan pergerakan. Sebenarnya dalam Islam sendiri turut membahaskan mengenai diet ini.
Di dalam Islam memang tidak dibolehkan melakukan diet yang keterlaluan kerana boleh mengganggu kesihatan diri.
Rasulullah bersabda ”Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubatnya.”
Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak dibolehkan mempunyai perut yang terlalu berisi. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada, Rasulullah tidak pernah mengajarkan doa untuk menurunkan berat badan.
Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan solusinya ialah dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling mudah untuk menurunkan berat badan, cara ini tidak akan memberikan impak buruk
bagi tubuh malah menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri itu memang adalah dari diri sendiri.Namun begitu ada beberapa tip untuk melakukan diet secara Islami.
Ketika anda akan melakukan diet sebaiknya anda niatkan dulu diet anda bahawa anda ingin mengurangi berat badan anda supaya tidak menjadi obesiti. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat anda lalui dengan baik.
Berfikir bahawa anda pastinya akan dapat bentuk tubuh yang ideal. Dengan berfikir secara positif akan dapat mengubah minda anda baha anda sememangnya bertubuh langsing. Lama-kelamaan pasti anda akan berusaha untuk mendapatkan tubuh yang langsing.
Cara paling senang untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa. Anda dapat melakukan puasa sunah pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang dilakukan secara rutin akan membuatkan tubuh anda menjadi kurus dan langsing. Walaupun begitu, tidak boleh berniat puasa supaya kurus, tetapi tetap hanya kerana Allah SWT.
Untuk mendapatkan tubuh yang ideal anda perlu menjaga pola pemakanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran. Dan jangan lupa perbanyakan minum air putih, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Cara terakhir untuk mendapatkan tubuh yang langsing adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada, untuk itu anda perlu untuk menyiapkan doa anda sendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus sebenarnya tidak ada, semuanya tergantung dengan diri anda sendiri. Setelah anda mempunyai niat dan tekad yang besar untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Perlu diperhatikan juga bahawa melakukan diet boleh saja ketika berat badan anda memang sudah over atau berlebihan, jika masih ideal sebaiknya tidak melakukan diet.
Tubuh yang dimiliki tentunya harus disyukuri, apa pun bentuknya sama ada gemuk ataupun kurus. Namun jika anda sudah merasa badan anda gemuk, memang disarankan untuk menurunkan berat badannya. Kelebihan berat badan malah akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya
dan mematikan.Untuk itu berdiet perlu ketika anda merasakan badan sudah terlebih berisi. Doa khusus untuk menurunkan berat badan dibuat sendiri dengan kata-kata anda, semua doa untuk menurunkan berat badan yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh tentunya akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe