Orang perempuan memang pantang jika dapat tahu berat badan sudah semakin naik. Kalau boleh mahukan tubuh badan sentiasa langsing agar sedap mata memandang, selain memudahkan pergerakan. Sebenarnya dalam Islam sendiri turut membahaskan mengenai diet ini.
Di dalam Islam memang tidak dibolehkan melakukan diet yang keterlaluan kerana boleh mengganggu kesihatan diri.
Rasulullah bersabda ”Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubatnya.”
Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak dibolehkan mempunyai perut yang terlalu berisi. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada, Rasulullah tidak pernah mengajarkan doa untuk menurunkan berat badan.
Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan solusinya ialah dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling mudah untuk menurunkan berat badan, cara ini tidak akan memberikan impak buruk bagi tubuh malah menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri itu memang adalah dari diri sendiri.
Namun begitu ada beberapa tip untuk melakukan diet secara Islami.
Ads
1. Niat
Ketika anda akan melakukan diet sebaiknya anda niatkan dulu diet anda bahawa anda ingin mengurangi berat badan anda supaya tidak menjadi obesiti. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat anda lalui dengan baik.
2. Berfikir langsing
Berfikir bahawa anda pastinya akan dapat bentuk tubuh yang ideal. Dengan berfikir secara positif akan dapat mengubah minda anda baha anda sememangnya bertubuh langsing. Lama-kelamaan pasti anda akan berusaha untuk mendapatkan tubuh yang langsing.
3. Berpuasa
Cara paling senang untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa. Anda dapat melakukan puasa sunah pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang dilakukan secara rutin akan membuatkan tubuh anda menjadi kurus dan langsing. Walaupun begitu, tidak boleh berniat puasa supaya kurus, tetapi tetap hanya kerana Allah SWT.
4. Menjaga pola makan
Untuk mendapatkan tubuh yang ideal anda perlu menjaga pola pemakanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran. Dan jangan lupa perbanyakan minum air putih, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Ads
5. Berdoa
Cara terakhir untuk mendapatkan tubuh yang langsing adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada, untuk itu anda perlu untuk menyiapkan doa anda sendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus sebenarnya tidak ada, semuanya tergantung dengan diri anda sendiri. Setelah anda mempunyai niat dan tekad yang besar untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Perlu diperhatikan juga bahawa melakukan diet boleh saja ketika berat badan anda memang sudah over atau berlebihan, jika masih ideal sebaiknya tidak melakukan diet.
Tubuh yang dimiliki tentunya harus disyukuri, apa pun bentuknya sama ada gemuk ataupun kurus. Namun jika anda sudah merasa badan anda gemuk, memang disarankan untuk menurunkan berat badannya. Kelebihan berat badan malah akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya dan mematikan.
Untuk itu berdiet perlu ketika anda merasakan badan sudah terlebih berisi. Doa khusus untuk menurunkan berat badan dibuat sendiri dengan kata-kata anda, semua doa untuk menurunkan berat badan yang dipanjatkan dengan sungguh-sungguh tentunya akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah alami ketumbit di mata? Pasti segan bila orang tegur ketumbit di mata penyebab anda mengintai orang mandi. Pasti ramai antara kita yang pernah mengalami kondisi ketumbit tumbuh di bawah mata atau atas mata. Selalunya ia terjadi di kawasan kelopak.
Ramai yang berpendapat bahawa ketumbit yang tumbuh itu sangat membahayakan dan mempunyai kompikasi yang berbeza. Tapi ada yang berpendapat bahawa ketumbit itutidak membahayakan. Persoalannya, ketumbit yang mana satu lebih bahaya? Di atas mata atau di bawah mata yang lebih bahaya atau kedua-duanya bahaya.
Ketumbit di mata atau stye merupakan sejenis kondisi di mana muncul benjolan atau ketulan di kawasan kelopak mata anda. Ianya sering dikaitkan juga dengan kepercayaan yang mengarut di mana sebab melihat orang mandi. Ketumbit ini membuatkan anda merasakan tidak selesa. Selalunya ketumbit boleh berlaku di beberapa tempat seperti kawasan kelopak mata tidak kira luar, dalam, atas atau bawah.
Ketumbit juga mempunyai 2 jenis ketumbit iaitu Chalazion dan Hordeolum. Untuk lebih ringkas, Chalazion terjadi apabila kelenjar minyak di kelopak mata anda tersumbat dan mempunyai jangkitan kuman. Ia akan mendorong kepada radang pada kelopak mata. Ia berbeza daripada satu lagi jenis di mana ia akan mendatangkan sakit, pedih dan gatal yang perlu rawatan lain.
Manakala jenis kedua ialah Hordeolum di mana ia adalah jangkitan kuman pada 3 kawasan kelopak mata. iaitu Zeis, Moll dan Meibom. Zeis dan Moll merupakan kondisi di mana akan mengakibatkan ketumbit pada luar kawasan kelopak mata. Manakala, jangkitan Meibom akan mengakibatkan ketumbit dalam kawasan mata. Sekirnaya dijangkiti kuman pada kelopak mata, ia akan menyebabkan rasa sakit, pedih dan gatal selain itu dipenuhi nanah.
Ketumbit bawah mata atau bawah mata lebih bahaya?
Kebanyakan kes, ketumbit yang terjadi akan terjadi sama ada di bawah atau atas mata dan ia boleh hilang dengan sendiri. Ia akan bahaya jika tidak dirawat dengan segera. Untuk persoalan ini, ianya tidak berbahaya. Akan tetapi, ia bukan bermakna anda perlu membiarkannya sahaja. Takut akan berbahaya. Jadi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan.
Apa yang penderita ketumbit boleh lakukan?
Pergi terus berjumpa dengan doktor untuk anda ketahui jenis ketumbit yang dialami. Selain itu, ujian pada mata akan dilakukan oleh doktor untuk mendapatkan rawatan atau ubatan bergantung pada jenisnya. Selalunya, ketumbit yang berada pada bawah mata dan atas mata akan pulih selepas beberapa hari.
Sementara itu anda juga boleh cuba untuk tuam dengan tuala suam, tuam dengan beg teh, jangan sesekali memicit untuk pecahkan ketumbit, sapu salap antibiotik, elak untuk menggunakan kanta lekap dan elak untuk menggunakan alat solek. Akhir kata, jangan terlambat untuk berjumpa dengan doktor. Takut lebih teruk dan elak untuk menggunakanbenda yang boleh membuatkan ketumbit lebih teruk.
Perhiasan, aksesori dan wanita sememangnya amat sinonim sebagai pelengkap gaya, terutamanya jika aksesori berkenaan diperbuat daripada emas dan permata yang pasti membuatkan hijabi kelihatan elegan dan anggun tika memakainya.
Begitu juga dengan Diva jelita, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang mengakui bahawa dia merupakan wanita yang mempunyai citarasa perhiasan berkelas tinggi dan cukup berminat dengan barangan kemas sejak di usia muda lagi.
Emas Bukan Setakat Perhiasan, Tapi Pelaburan Jangka Panjang.. – Che Ta
Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, aksesori perhiasan wanita itu bukan sahaja sebagai pelengkap gaya, sebaliknya boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang.
“Ya saya memang teruja apabila bercakap mengenai emas. Ia juga dekat dengan wanita. Macam saya sendiri, setiap kali menjelang musim perayaan Aidilfitri barangan kemas mesti kena ada, biar nampak ‘outstanding.’
“Senang cerita, saya memang seorang yang menitik beratkan soal penampilan dan barangan perhiasan. Tiap kali raya memang akan ada barang kemas baru, tapi ikut kemampuan.
“Memang saya minat emas sejak muda. Bayangkan ketika dapat gaji pertama sebagai pramugari dulu, saya sanggup berhabis RM2,000 beli gelang emas..” katanya kepada HIJABISTA.
Wanita Perlu Bijak Urus Kewangan Untuk Kegunaan Masa Depan!
Terdahulu, Rozita berkata demikian pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ atau sosok persona produk bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery (AEJ).
Bersyukur atas tawaran yang diterima, Rozita akui sebagai wanita berdikari, dia perlu bijak menguruskan kewangan, termasuk hal melibatkan barangan yang dibeli.
“Saya jarang mengenakan aksesori yang tiada ‘re-sell value’. Macam sesetengah orang hanya suka barangan yang jenama, saya pula sebaliknya.
“Sebab itulah kalau koleksi tas tangan saya pun, ada nilai untuk dijual balik. Itu sebahagian daripada cara kita buat pelaburan juga. Bukanlah dikatakan saja nak membazir.
“Begitu juga dengan emas. Kita boleh milikinya dalam bentuk ‘gold bar’ atau dipakai sebagai perhiasan.
“Macam saya, lima tahun pertama bekerja untuk cari duit, lima tahun setersusnya kalau boleh biarlah duit itu ‘beranak’ untuk kita,” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sambal Kuah Kacang antara menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Sedap dimakan bersama ketupat nasi mahupun ketupat pulut. Ada juga yang gemar mencicahnya dengan lemang.
Rahsia Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah seimbang rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Sebenarnya ada rahsia untuk menjadikan Sambal Kacang jadi lebih sedap. Caranya ialah dengan menambah daging di dalamnya. Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ini.
RESEPI SAMBAL KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.
6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
NOTA: Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jelas Uyaina, tuntutan kerja sebagai selebriti membuatkan dirinya sentiasa perlu bersiap dan ditatarias agar tampil rapi dan presentable sebelum wajahnya menghiasi kaca televisyen.