Umum sedia maklum berhubung musibah yang melanda negara Syria, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Meski menerima berita menyayat hati ekoran ramai mangsa dilaporkan terkorban, namun masih ada berita gembira dilaporkan media tempatan, apabila seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui masih hidup di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, di bawah timbunan bongkah batu.
Sekumpulan Keluarga Ditemui Masih Bernyawa Berjaya Diselamatkan Pihak Berkuasa!
Hari ini satu lagi keajaiban berlaku, apabila sebuah keluarga akhirnya telah berjaya diselamatkan setelah hampir 40 jam terperangkap dalam timbunan bangunan sejak gempa bumi itu berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu muatnaik video di laman Youtube rasmi milik mereka beberapa jam lepas.
Dalam hantaran video pendek berdurasi 58 saat itu, dapat dilihat pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melakukan misi mengeluarkan setiap ahli keluarga yang terselamat dari musibah berkenaan, dari bawah timbunan bongkah batu.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Sepanjang misi menyelamat dilakukan kedengaran orang ramai yang tidak henti-henti melaungkan kalimat ‘Allahuakhbar’.
Malah, sebaik sahaja mangsa pertama berjaya dikeluarkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan, gema laungan berkenaan semakin gamat.
Jelas, terpapar riak wajah gembira dan bersyukur, apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mangsa kedua merupakan kanak-kanak lelaki, serta mangsa seterusnya adalah kanak-kanak perempuan yang dipercayai mempunyai pertalian adik-beradik.
Kemudian, Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan alat pengusung (Stretcher) kerana mengalami kecederaan yang masih belum dapat dikenalpasti.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya seluruh dunia membanjiri hantaran berkenaan dengan doa dan rasa syukur apabila mangsa-mangsa yang masih bernyawa dapat dikeluarkan dari kawasan gempa.
Selain itu, tidak kurang juga umat Islam yang membuat hantaran khas dilaman Instagram masing-masing mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se-Islam yang ditimpa musibah di sana.
Sekadar info, pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria hari ini meneruskan lagi misi menyelamat mangsa dalam keadaan cuaca sejuk, gegaran susulan dan bangunan runtuh demi mengeluarkan mangsa tertimbus yang terselamat akibat gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 5,000 nyawa sejak ia berlaku.
Bayi yang masih bertali pusat dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan antara mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sumber: Instagram Karam Kellieh, Al Jazeera & Nawal Sari
Artikel berkaitan: Gempa Bumi Di Indonesia, Rakyat Malaysia Yang Terasa Gegarannya Dianjurkan Baca Doa Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting Tahu Panduan Merawat Kulit Di Sekitar Mata, Untuk Dapatkan Mata Yang Cantik
Anda mesti tahu bahawa kulit di sekitar mata anda adalah yang paling nipis dan sensitif. Ia juga antara kawasan pertama yang dapat menunjukkan tanda penuaan pertama, seperti garis halus.
Oleh itu, menjadi lebih penting untuk menjaga kulit di bawah mata anda. Kami ada di sini dengan panduan bagaimana merawat kulit di sekitar mata anda.
Berusaha merawat kulit mata
Krim mata adalah salah satu perkara yang biasanya dilupakan orang dan tidak menggunakannya terlalu kerap. Anda memerlukan pelembap yang dapat menembusi kawasan tersebut sehingga dapat memberikan penghidratan yang diperlukan oleh mata anda.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Wajah Lebih Berusia, Bila Kedutan Muncul Di Bahagian Mata. Bantu Kekal Awet Muda Dengan…
Jangan bergantung pada pelembap biasa untuk mata
Ramai orang menggunakan pelembap biasa pada mata mereka. Ini adalah cara yang salah untuk menyelesaikannya. Anda memerlukan krim mata yang direka khas untuk kulit di sekitar mata. Serum wajah dan pelembap mengandungi bahan aktif seperti retinoid yang terlalu kuat kepekatan untuk kulit bawah mata.
Pilih krim mata dengan berhati-hati
Pasti, kulit di sekitar mata anda terlalu halus tetapi itu tidak bermakna anda memerlukan pelembap yang hambar. Krim mata terbaik harus mengandungi retinol, turunan vitamin A. Krim mata yang mengandungi ramuan ini akan berbeza dengan krim wajah khas dengan retinol. Melabur dalam krim mata yang mempunyai kepekatan retinol yang lebih rendah kerana ia akan membantu meningkatkan hidrasi sambil mengurangkan risiko kerengsaan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Mata Lebam Berjaga Tengah Malam, Kembalikan Sinar Mata Dengan 15 Eye Mask Terbaik Selama…
Cara menangani lingkaran hitam
Lingkaran gelap boleh menjadi penyebab kurang tidur paling kerap. Tetapi kadang-kadang, walaupun tidur yang betul tidak akan berjaya. Ini kerana terdapat komponen genetik kepada lingkaran hitam. Ini sukar untuk dipadamkan sepenuhnya tetapi ada beberapa topikal yang bagus yang mengandungi kafein dan vitamin K yang dapat membantu peredaran untuk meringankan lingkaran di bawah mata anda.
Perubahan diet dan gaya hidup yang dapat membantu anda menghilangkan masalah mata
Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam setiap malam. Minum air secukupnya sepanjang hari. Mengonsumsi makanan tinggi natrium juga dapat menyebabkan bengkak dan oleh itu anda perlu mengekalkan pengekalan air dengan mengurangkan pengambilan garam dalam makanan anda. Tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok juga boleh menyumbang kepada masalah mata. Oleh itu, pastikan anda akhirnya menyingkirkan sebarang tabiat yang boleh mempengaruhi mata anda.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Wajah Lebih Berusia, Bila Kedutan Muncul Di Bahagian Mata. Bantu Kekal Awet Muda Dengan…
Berikut Senarai Krim Mata Terbaik:
1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On
Roll-on mata sesuai untuk remaja – murah dan mampu dimiliki
Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur.
Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi.
2. Sulwhasoo Essential Rejuvenating Eye Cream EX
Kandungan herbal sesuai untuk kulit berminyak
Krim bawah mata ini yang diperkaya dengan ramuan herba semulajadi seperti Red Ginseng Saponin, Yai Jiu Hua dan ekstrak madu melancarkan peredaran darah dibawah mata agar tidak lagi timbul lingkaran gelap atau kedutan dengan ketara. Ianya mengurangkan cela pada bawah mata anda dan mengembalikan kesegaran pada kulit agar anda tampil berseri serta bermaya sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit berminyak, krim ini jenis tidak melekit pada kulit wajah. Tiada lagi masalah dark circle atau puffy eyes dengan krim bawah mata ini!
3. POND’S Age Miracle Eye Cream
Terbaik untuk wanita berusia 30an – hilangkan kerutan dalam sekelip mata
Kemunculan kedutan dan garis halus adalah disebabkan oleh kulit yang sering terdedah dibawah sinaran UV. Nah, gunakan Pond’s Age Miracle Eye Cream ini. Dengan mengandungi Retinol-C Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi cela diwajah dan tidak lagi kelihatan penampilan kedutan di kulit wajah anda.
Ianya dapat mengekalkan lembapan dan memberi hidrasi kepada wajah anda sepanjang masa. Bahan kandungan aktif dalam krim ini pula mampu berkerja selama 24 jam untuk membaikpulih keadaan kulit wajah anda. Tampil awet muda dengan krim bawah mata ini!
4. Nano White Eye Brightener
Krim mata terbaik dan berkualiti tinggi
Ini adalah krim mata yang mengandungi bahan herba organik dan semulajadi untuk meningkatkan keanjalan di kawasan mata. Ia merupakan krim jenis gel tanpa wangian untuk mengurangkan bengkak dibawah mata akibat tidak cukup tidur. Krim ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
5. DR. ERIS Lirene Intensive Anti-Aging Eye Cream
Krim mata anti-aging – berkesan menghapus kedutan dan garis halus
Krim mata ini diterbangkan khas daripada Poland, berkesan untuk membantu menghapuskan kedutan dan garis halus yang timbul pada kulit wajah akibat tidak melakukan penjagaannya dengan baik. Ianya dapat mengurangkan lingkaran hitam dibawah mata dan puffy eyes.
Krim mata ini bukan sahaja berkesan untuk menghapus kedutan, malahan ianya mengekalkan lembapan pada kulit wajah anda agar sentiasa kekal dan tampil segar sepanjang hari. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat kulit wajah anda.
6. AVENE Soothing Eye Contour Cream
Sesuai untuk kulit sensitif dan kegunaan wanita 20an
Krim ini diformulasi untuk kulit kering terutamanya di bahagian kawasan bawah mata agar tidak terjadi iritasi. Kaya dengan Avene Thermal Spring Water dan Soothing Alpha Bisabolol, krim mata ini mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada sekeliling kawasan mata. Sesuai buat kulit sensitif, krim ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben dan bebas wangian tiruan.
7. L’Oreal Dermo Expertise Revitalift Laser X3 Eye Cream
Wanita berusia 50an, krim mata ini terbaik dari drugstore
Krim ini memulihkan kulit disekitar mata kerana ianya mengandungi kolagen dan kulit juga akan berasa dingin selepas memakainya. Krim ini bukan sahaja mampu menghapuskan lingkaran gelap dibawah mata tetapi juga dapat mengembalikan keserian pada kulit. Dengan mengandungi SPF50, krim ini dapat melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinaran UV. Perlindungan selama 12 jam, tiada lagi masalah kulit terjadinya pembentukan melanin dan terhapus daripada kekusaman.
8. G9 Skin White In Milk Capsule Eye Cream
Krim mata dari Korea yang terbaik untuk merawat mata panda
Yang ini khas untuk yang mempunyai masalah lingkaran hitam. Diterbangkan khas daripada Korea, ianya merupakan kapsul diperbuat daripada 50% susu dan ceramide bagi memberi kelembapan supaya dapat meresap pada kulit di bawah mata. Diperkaya dengan bahan organik seperti brokoli, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit akibat lingkaran gelap bawah mata yang serius.
Juga mengandungi 9 kompleks nutrien yang melindungi kulit wajah anda daripada pencemaran udara serta krim ini juga bebas daripada paraben dan phenoxyethanol.
9. KIEHL’S Youth Dose Eye Treatment
Mengandungi retinol, khas untuk wanita berusia 40an
Dengan mengandungi formulasi Pro-Retinol, Vitamin C dan ekstrak Grape Seed, krim ini mampu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus di sekeliling kawasan mata. Krim ini mengekalkan hidrasi pada kulit di sekitar kawasan mata anda agar sentiasa tampil segar dan bermaya sepanjang masa.
Teksturnya berkrim dan ringan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit wajah anda dan memberi hasil serta-merta. Yang penting, anda harus menggunakannya secara konsisten setiap hari.
10. Alpha H Liquid Gold Firming Eye Cream
Roll-on emas mengandungi mulberi lebih lembut dari serum
Dengan hujung emas yang mengalir dan menyejukkan, krim mata ini mengandungi mulberi putih untuk mencerahkan mata di bawah masa. Zarah berlian juga dengan serta-merta merangsang sinar dan mengurangkan lingkaran gelap pesky. Krim mata ini mampu menghilangkan lingkaran gelap dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana teksturnya lembut daripada serum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kadar Kolagen Alami Pada Kaki Ayam Membantu Menurunkan Berat Badan Bukan Itu Sahaja Umur 30an Nampak Macam 20an.
Siapa yang rajin pergi pasar malam, pasti pernah lihat kaki ayam dijual dengan harga yang murah. Ramai yang menolak untuk membelinya kerana terbayang dengan kaki itu ayam berjalan menguis tanah mencari makanannya.
Namun anggapan ini pasti ditolak oleh penggemar kaki ayam. Kaki ayam ini paling sedap jika dimasak kari ataupun sup. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kaki ayam ini memang banyak khasiatnya.
Lupakan seketika bayangan betapa kotornya kaki ayam ini memijak tanah. Sebaliknya bayangkan keenakan menghirup sup kaki ayam dengan menggigit isinya yang lembut dan mudah ditanggal dari tulang kaki.
Admin nak kongsi pelbagai khasiat kaki ayam. Rasanya lepas baca info di bawah pasti ramai yang akan cari sup kaki ayam. Percayalah.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan, Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
i. Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong penggantian sel. Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.
iii. Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.
iv. Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
v. Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.
2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.
Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang.
Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
3. Menyembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Oleh kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Membentuk Probiotik Semulajadi
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stres. Bahkan arginin juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Tip Memasak Kaki Ayam
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tip untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
3. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
4. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
5. Hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
6. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
7. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan masak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Ini kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
RESIPI KERABU AYAM
SUMBER: SIHAT WARAS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Edisi Akhir Tahun Berbeza Dari Hanami, Memudahkan Hijabi Untuk Kekal Berhijab.
Bukan mudah untuk mencari koleksi hijab yang sesuai dengan aktiviti dan memberi perangsang kepada hijabi untuk kekal berhijab. Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun. Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini.
Apa Yang Berbeza Dengan Koleksi Akhir Tahun ini? Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi akhir tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden.
Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.
Mengenai Koleksi Ini Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang di minati oleh pengguna diluar sana.
Dari situ, pasukan rekaan Hanami telah menemukan kesimpulan bahawa para pengguna semakin menghargai dan mencintaai rekaan dari koleksi flora digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia pakai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah disamping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.
Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi akhir tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI