Kecantikan

4 Tip Solekan Mudah Untuk Wajah Berjerawat Tanpa Menjadikannya Lebih Parah. Hijabi Patut Cuba!

Share

Wajah berjerawat adalah normal untuk seorang wanita terutamanya apabila mendekati waktu period dan juga apabila berlaku perubahan hormon yang mendadak. Apabila wajah berjerawat, ia akan menimbulkan rasa tidak selesa dan juga sangsi dengan penampilan wajah di khalayak ramai. Selalunya kita diberitahu untuk elak bersolek semasa wajah berjerawat namun ia hanya akan menjadikan kita lebih insecure!

Jangan bimbang. Anda hanya perlu tahu produk yang anda perlukan yang bukan sahaja menutup cela, malah membantu merawatnya sekali.

1. Bedak

a) Lupakan sebentar compact powder

apabila wajah anda berjerawat. Gunakan loose powder yang mana ia tidak menutup liang pori, ringan dan juga lebih mesra dengan kulit. Loose powder juga baik untuk mengurangkan kesan kulit berminyak pada wajah.

b) Lebih baik jika anda cari bedak yang memiliki bahan penyembuh jerawat seperti asid salisilik, sulfur dan sebagainya. Lebih mudah jika anda cari terus bedak yang dirumus khas untuk kulit berjerawat. Two-in-one is the way to go!

c) Tahukah anda bahawa bedak bayi boleh membantu kulit anda? Ia boleh meminimakan iritasi wajah anda. Malah ia juga pocket-friendly.

2. Lupakan foundation atau BB cream – gunakan concealer yang merawat jerawat

Apabila wajah sedang diserang jerawat, don’t apply any foundation! Cukup hanya dengan moisturizer

, plus concealer untuk menutup cela jerawat yang sedang merah. Ini untuk membenarkan wajah anda bernafas dengan lebih mudah dan untuk elakkan pori tersumbat.
Kemudian finish off dengan loose powder, done! Bolehlah ke pejabat tanpa rasa malu.

3. Wajah kemerahan? Gunakan colour-correcting concealer

Apabila wajah kemerahan akibat jerawat, ia akan menarik pandangan orang kepada wajah kita. Concealer biasa sama sekali tidak mampu untuk menghilangkan kemerahan ini. Namun colour-correcting concealer boleh membantu!

Anda perlu gunakan concealer berwarna hijau untuk meneutralkan warna kemerahan pada kulit wajah anda.

4. Pastikan blotting paper sentiasa di sisi

Blotting paper atau kertas minyak secara literalnya pernah menjadi sangat popular pada pertengahan 2000-an. Namun, sekarang bukan mudah untuk menjumpai produk ini sekarang tetapi bukanlah bermakna ianya tiada langsung di pasaran.

Kertas ini sangat bagus untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah tatkala anda sedang bersolek. Ia boleh mengurangkan probabality jerawat anda semakin merengsa. Blot off the excess oil then baru apply concealer pada wajah. Mudah!


Jangan biarkan sahaja jerawat berleluasa di wajah. Cuba cari remedi yang mampu mengurangkan dan seterusnya menghapuskannya terus. Sama ada anda perlu mengubah rutin penjagaan wajah atau gaya hidup, pastikan ianya dilakukan secara konsisten. Selamat mencuba!

Published by
Siti Zurina