Mata, ibarat jendela hati. Solekan pancaindera nan satu ini amat penting bagi memperlihatkan keunikan personaliti si perawan. Teknik solekan mata yang tepat mampu mewujudkan efek segar dan menawan.
Jika anda bermata sepet, usah bimbang. Ada teknik yang sesuai bagi mendapatkan ilusi bentuk mata yang galak. Tentu sahaja terpegun si Adam terlihat lirikan si mata bundar di hari raya nanti.
1. ‘Shimmer Eyeshadow’
Oleskan sahaja ‘white shimmering eyeshadow’ pada kawasan tulang kening. Teknik ini dipanggil ‘highligh’t. Ia bertujuan agar tulang kening kamu nampak lebih tinggi dan menjadikan mata kamu lebih besar.
2. Pembayang mata rona coklat gelap
Sapukan di seluruh kawasan bebola mata. Langkah seterusnya, adunkan pembayang mata melebihi kawasan bebola mata dan menghala ke sudut luar mata. Ia bagi membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata. Teknik ini mampu memberikan ilusi mata yang kelihatan lebih besar.
3. Aplikasi penggaris mata
i) Lukis garis tipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Tidak perlulah menggaris di bahagian bulu mata bawah.
ii) Melakar garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50 an dan 60 an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan ilusi mata yang galak. Hanya gariskan separuh sahaja garisan di bawah mata.
4. Lentikkan Bulu Mata
Sapukan juga maskara agar mata sepet kamu lebih kelihatan galak dan besar. Ini penting untuk mmemastikan impak di bahagian mata menjadi lebih terserlah.
EKSTRA TIP:
Jenis-jenis penggaris mata:
*Pensel (sesuai buat gadis yang tidak begitu mahir bersolek).
*Gel/krim (khusus untuk gadis yang sudah mahir melukis garis mata).
*Cecair (sesuai buat gadis yang mahir mencipta garis bersayap yang kemas).
*Kohl/celak (bentuknya seperti krayon untuk mencipta garis tebal).