Hijabi Yang Baru Mula Berhijab, Wajib Tahu 4 Tip Memilih Gaya Hijab Sesuai Bentuk Wajah

Share

Seiring dengan perkembangan fesyen, tren hijab juga ikut berkembang. Pelbagai jenama, warna, bahan, hingga gaya penggunaannya pun turut menjadi pilihan bagi para hijabi.

Selain corak dan bahan, salah satu perkara yang biasanya dipertimbangkan hijabi ketika memilih gaya hijab adalah kesesuaiannya dengan bentuk wajah. Jika tidak sesuai, hijab boleh membuat wajah anda kelihatan tidak proporsional. Contohnya memiliki wajah bulat akan terlihat semakin chubby jika tidak memilih gaya hijab yang tepat.

Oleh itu, panduan ringkas ini untuk hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab tak perlu runsing dan kalut. Pastikan anda ikuti tip ini di mana panduan khas memilih gaya hijab mengikut bentuk wajah anda.

Bentuk Wajah Oval

Bentuk wajah oval yang paling mudah untuk memilih gaya hijab. Sebenarnya hijabi boleh menggunakan hijab dengan pelbagai macam gaya. Namun salah satu yang paling sesuai adalah gaya hijab shawl panjang.

Gaya hijab menggunakan shawl panjang yang sedang tren ketika ini adalah menggunakannya tanpa dililit ke atas kepala. Tetapi tinggal diberi peniti di bahagian leher lalu sisi kanan dan kiri yang menjuntai disilangkan ke leher.

Bagi yang memiliki dahi lebar, hijabi boleh memanfaatkan ruang dahi dengan penggunaan inner yang betul sebelum memakai pashmina untuk memberikan ilusi sehingga dahi nampak lebih kecil.

CADANGAN HIJAB: 

Printed hijab dari DefinitelyHANA, rekaan rona lembut bermotifkan floral menyerlahkan keayuan si pemakai. Untuk memberi representasi keanggunan dan gaya elegan, setiap pemilihan warna pastel dan paduan ilustrasi bunga sesuai untuk hijabi tidak kira golongan umur kerana DefinitelyHANA menawarkan harga mampu milik. Menariknya anda yang mempunyai bentuk wajah ini sesuai mengayakan hijab yang bercorak mahupun polos.

Bentuk Wajah Bulat

Memiliki wajah bulat bererti sisi wajah anda di bagian atas dan bawah atau dahi dan dagu memiliki bentuk yang hampir sama.

Gaya yang paling sesuai untuk wajah bulat adalah hijab digayakan dengan sedikit longgar. Trik yang satu ini akan membingkai wajah anda dengan sempurna. Hijabi boleh melipat sedikit hijab di bagian dagu untuk menonjolkan tulang pipi.

Jika tak ingin mengenakan shawl, Anda juga boleh menggunakan hijab segi empat atau bawal dan melakukan lipatan yang sama pada bagian tulang pipi di kanan dan kiri. Supaya wajah tak kelihatan chubby, yang perlu anda hindari penggunaan inner yang terlalu ke depan hingga menutupi dahi dan cukup kenakan hingga batas garis rambut.

CADANGAN HIJAB:

Bentuk wajah bulat anda harus perhatikan jenis fabrik yang digunakan. Elakkan fabrik lycra yang melekap di pipi. Jenis kain ini akan menampakkan bentuk muka anda kelihatan cubby. Sebaiknya anda pilih fabrik yang mudah dibentuk seperti pleated scarve. Koleksi SLPLEATS dari jenama sheralee.my ini memang sesuai denan pemula, hijab yang tak perlu gosok dan mempunyai himpunan warna yang menarik dan selamat untuk digayakan. Jadi anda tak perlu risau muka nampak cubby

lagi

Bentuk Wajah Petak

Wajah petak memiliki bentuk rahang yang tajam dan simetri. Ketika mengenakan hijab, anda harus membuat tampilan rahang menjadi sedikit lebih halus.

Hampir sama dengan bentuk wajah oval, Anda juga boleh mengenakan hijab dengan pelbagai gaya dan model. Anda mengenakan shawl ataupun bawal. Cara mengenakannya cukup mudah, letakkan hijab di atas kepala dengan satu sisi pashmina lebih panjang. Sisipkan peniti di bawah dagu, kemudian bawa sisi yang panjang ke atas kepala dan sematkan jarum peniti agar lebih rapi.

CADANGAN HIJAB:

Anda cukup bertuah mengayakan apa juga bentuk hijab, tambahkan seri lagi dengan memilih hijab yang bercorak seperti jenama caramelfashionscarves yang mewah dengan koleksi bercorak. Gayakan dengan berani dengan ikatan gaya tudung bawal mahupun shawl.

Bentuk Wajah Hati

Wajah berbentuk hati umumnya memiliki bentuk lebar di bagian tulang pipi lalu meruncing di bagian dagu seperti bentuk diamond. Wajah anda memiliki banyak struktur, usahakan untuk mengenakan hijab yang tidak menutupi seluruh wajah. Gaya hijab yang paling sesuai untuk bentuk wajah ini adalah segera pakai (instant).

CADANGAN HIJAB:

Edisi terhad JIMMYSCARVESLove Jimmy 3.0 3.0 adalah koleksi khas yang dilancarkan oleh jenama homegrown yang menampilkan cetakan bunga dalam enam warna berbeza. Diperbuat daripada fabrik premium seperti Sakura Chiffon dan Korean Chiffon, selendangnya ringan dan mengalir tetapi cukup legap untuk memastikan pemakainya ditutup dengan betul.

Published by
SH