Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Dalam erti kata, design our destiny. Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju.
Tiada matlamat utama yang ingin dicapai. Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?” Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa.
Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan. Ada pepatah, Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”
3 Sebab Mengapa Tiada Impian:
Terlalu kuat bekerja
Kesibukan
Mempunyai jadual yang padat
Terkadang anda sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun. Sebaiknya kita tidak menjadi kapal yang bersauh tanpa destinasi. Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik. Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat. Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.
Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh itu, penting adakan impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam. Insya-Allah.
Perkara Yang Menolak Jodoh
Antaranya adalah kurang yakin dan bersangka buruk kepada Allah. Andai sekarang kita sudah berumur 40 tahun, jangan merendahkan keyakinan sendiri dengan berkata,
“Aku sudah berumur 40 tahun, mana mungkin dapat yang berumur 30 tahun.”
IKLAN
Tidak mustahil dapat yang umur 25 tahun.
“Aku sudah berumur 39 tahun, mana mungkin dapat jodoh pada umur ini.”
Tahun itu belum berakhir, jadi jangan buruk sangka pada Allah bahawa Dia tidak akan temukan jodoh kita walau sudah berusia 39 tahun.
Bentuk keyakinan dalam diri, bahawa perancangan Allah tetap yang terbaik. Maka The Beast pun dapat The Beast, pasti insya-Allah The Beauty akan dapat The Beautynya. Yakinlah!
Akad Nikah – Waktu Mustajab Doa
Ustaz Yusuf Mansur berkongsi, antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah.
Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.
Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak
Mencari jodoh bukannya mudah tetapi kalau dalam proses menyeru jodoh, kita lalui dengan penuh tertib insyallah jodoh akan datang. Ini tertibnya:
IKLAN
Banyakkan berdoa
Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Lalui moment itu – go with the flow
Berdasarkan kisah benar
Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya. Justeru, suatu hari mak mengajak anaknya itu untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya. Tiap kali solat mereka berdoa, iaitu pada solat Dhuha.
Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka. Apabila si mak khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas. Si mak cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.
Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka. Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu.
Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu. Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.
Perempuan itu mula rasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana? Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal. Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.
IKLAN
4 Proses Menjemput Jodoh
Setelah anda menjalani proses menyeru jodoh, jangan lupa melalui proses menjemput jodoh. Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.
Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)
1. Banyakkan berdoa
Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil. Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah. Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.
2. Kenali tanda-tanda Allah
Daripada kisah di atas, selepas 7 hari anda berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita. Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah. Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.
3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Walau tanda-tanda Allah sudah anda dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.
4. Lalui situasi itu
Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu. Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang. Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ. Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah. Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh. Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
SUMBER: AKU ISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini pelakon dan pengacara jelita, Fouziah Gous diduga apabila anak keduanya dimasukkan di ICU ketika dia dan suaminya sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Dan kali ini pasangan ini telah dimurahkan rezeki apabila sekali lagi menjadi tetamu Allah apabila berpeluang mengerjakan umrah, bukan sahaja berdua tetapi sekali dengan dua anak kecilnya itu serta ahli keluarga lain.
Ternyata perancangan Allah itu Maha Hebat kepada hambaNya apabila peakon yang baru sahaja mengenakan hijab ini dapat membawa kedua anak lelakinya, Muhammad Zeeshan, 3 tahun, dan Zaheen Yusuf 1 tahun.
Dalam satu posting dimuat turun, Fouziah Gous mengucap syukur kepada Allah kerana dapat menyambut hari jadi anaknya Zaheen Yusuf yang berusia setahun ini di depan Kaabah pada hari Jumaat yang mulia.
Menurutnya, jika sebelum ini dia terpaksa meninggalkan anaknya itu di wad ICU dalam keadaan belum sedarkan diri sewaktu keduanya dijemput menjadi tetamu Allah musim haji lalu. Dan hari ini rupanya Allah menghadirkan sesuatu yang cukup indah apabila menjemput anak solehnya itu menyambut hari jadi di sana tanpa di rancang.
Bagi ibu muda ini, rezeki Allah itu sangat luar biasa dan dia turut berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas dan tidak putus, mengharapkan anaknya menjadi anak yang taat kepada perintah ibu bapa dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta berdoa Tuhan dapat limpahkan rahmat kepada anak kecilnya itu.
Sebelum itu juga, Fouziah telah muat turut satu video di mana dia mendakap anaknya Zaheen yang sedang tidur sambil menyanyikan selamat hari lahir buat anaknya itu di depan Kaabah.
Pelakon jelita ini dilihat menitiskan air mata sebaik mencium dahi anaknya. Malah Fouziah turut bersyukur kepada kurniaan Allah kerana menghadiahkan dua orang cahaya mata kepadanya.
Kedua-dua status berkenaan mendapat respon baik dari netzien. Rata-rata cukup sebak dan terharu membaca perkongsian ini. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat pasangan ini hingga ke jannah.
nurulainmastoji Allahuakbar…sungguh bsr kuasa mu Allah…aminn…moge mmbsr dgn sihat zaheen
Tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai kulit wanita Korea yang sempurna? Bahan-bahan dapur ini boleh memberikan anda cahaya yang berseri-seri pada wajah.
Kisah tentang cahaya kulit wanita Korea yang menyilaukan kedengaran di seluruh dunia. Rahsia kecantikan mereka adalah perkara yang paling digembar-gemburkan dalam dunia kecantikan hari ini. Bagi yang belum tahu, orang Korea terkenal dengan kulit mereka yang sempurna. Jika anda seorang peminat penjagaan kulit, anda harus sedar tentang kepentingan industri kecantikan Korea. Orang Korea terkenal dengan kulit mereka yang sangat cerah dan lut sinar sehingga hampir kelihatan berseri dan memantul seperti kaca.
Walaupun ini mungkin kelihatan berlebihan, kulit Korea boleh dicapai dengan mengikuti rutin penjagaan kulit asas yang akan memberikan anda kulit yang bebas cela, bersih dan cerah. Selama beberapa dekad, kecantikan Korea telah bergantung pada bahan-bahan rumah untuk mencapai kulit kaca. Rawatan rumah yang disenaraikan di bawah ini akan memberi anda hasil yang terjamin dalam kualiti kulit tampil keseriannya.
Jom Lihat 5 remedi di rumah untuk mendapatkan kulit Korea:
1. Masker muka tepung beras dan aloe vera
Terkenal dengan sifat anti-radang dan antioksidan, tepung beras menghentikan penuaan kulit, mengurangkan kerosakan UV pada kulit dan mencerahkan warna kulit. Ia juga digunakan sebagai pengelupasan semulajadi untuk menyental ringan. Sebaliknya, kebaikan aloe vera termasuklah, menghilangkan jerawat, melembapkan kulit dan mencerahkan cela.
Cara penggunaan:
Untuk membuat skrub lembut ini, tambahkan 3 sudu besar tepung beras yang ditumbuk halus ke dalam 2 sudu teh pulpa aloe vera yang baru diekstrak.
Campurkan air sejuk untuk membuat pes.
Menggunakan berus atau jari yang bersih, sapukan scrub ini pada muka dan leher anda. Biarkan ia melekat pada kulit anda sehingga separa kering sebelum mencucinya dengan air sejuk.
Skrub ini dikenali untuk segera menenangkan dan menyegarkan kulit anda. Gunakan topeng ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.
2. Toner muka air beras yang ditapai
Nasi bukan sekadar bijirin ruji dalam masakan Asia, ia juga terkenal dengan sifatnya yang meningkatkan kecantikan. Beras yang ditapai adalah ramuan kekal dalam banyak rejimen kecantikan di Korea dan negara Asia Timur. Sudah menjadi rahsia kecantikan untuk mendapatkan kulit Korea. Air beras boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan kulit UV dan menggalakkan pembentukan kolagen juga. Ini membalikkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan dan memberikan anda cahaya yang sempurna.
Cara penggunaan:
Untuk ini, toskan air rebusan nasi.
Biarkan air beras sejuk sepenuhnya dan tuangkan ke dalam botol semburan. Anda juga boleh menggunakan air daripada beras yang direndam untuk stok rumah ini.
Biarkan beras anda direndam dalam air semalaman dan toskan airnya pada keesokan harinya.
Biarkan air ditapai selama 2-3 hari sebelum disembur sebagai semburan muka pada waktu pagi dan sebelum malam.
Teh hijau adalah ramuan hebat untuk penjagaan kulit memandangkan kekayaannya dalam antioksidan. Ia juga terkenal dengan kualiti melawan kanser. Teh hijau boleh membantu melembapkan kulit, merawat jerawat dan mengurangkan kedutan. Polifenol dan enam jenis katekin berbeza yang terdapat dalam teh hijau, menjadikannya bahan yang sangat berkuasa untuk anti penuaan dan penapisan pori. Mengecilkan pori-pori adalah salah satu asas rejim penjagaan kulit Korea.
Cara penggunaan:
Rebus beberapa helai daun teh untuk dijadikan secawan teh hijau seperti biasa.
Biarkan teh sejuk sepenuhnya dan gunakan bilasan muka terakhir selepas mencuci muka anda setiap kali. Ini akan membantu dalam menyahtoksik kulit dan membantu dalam menghilangkan jerawat. Untuk hasil terbaik, bilas muka dengannya sekurang-kurangnya dua kali sehari.
4. Topeng muka Lemon dan Strawberi
Topeng ini adalah cara paling mudah untuk mencapai kulit Korea. Sifat antioksidan dalam lemon dan kandungan vitamin C bermanfaat dalam mencegah kerosakan kulit dan penuaan pramatang. Strawberi mempunyai astringen yang kuat, kualiti anti-radang dan antioksidan yang boleh menyembuhkan jerawat, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengelupas sel-sel kulit mati juga.
Cara penggunaan:
Campurkan dua titis jus lemon, 1 strawberi tumbuk, dan 1 sudu besar yogurt buatan sendiri. Sapukan topeng pada kulit muka dan leher anda.
Biarkan topeng berfungsi selama 30 minit sebelum membilasnya. Kulit anda akan berasa bercahaya dan segar serta-merta. Ulangi teknik dua kali seminggu untuk hasil terbaik.
Untuk mendapatkan kulit Korea, gunakan kain lap untuk mengelupas kulit anda dengan cara yang lembut. Celupkan kain dalam air suam dan gosok kulit dengan sapuan bulat dengan lembut. Kain lap lembap yang tidak terlalu kasar seperti gosok manik biasa. Kaedah lama untuk pengelupasan ini adalah alternatif yang telah dicuba dan benar kepada skrub kasar dan kulit kimia yang dibeli di pasaran.
Jadi hijabi, cuba remedi mudah ini jika anda ingin mendapatkan cahaya kulit berkaca di rumah. Selain itu, jangan lupa untuk memakai pelindung matahari setiap hari. Pakai pelindung matahari, pakai topi dan selendang untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV sebelum keluar di bawah sinar matahari. Jadikan penghidratan sebagai keutamaan pada siang hari. Tambahan minum banyak air dan jus segar dan nikmati sayur-sayuran dan buah-buahan bermusim yang kaya dengan air.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menuntut ilmu itu memang tiada tarikh luputnya. Tidak pernah terlambat untuk kita mencarinya kerana pastinya pengetahuan kita akan bertambah dan berganda selepas itu.
Pelakon popular yang sedang sarat hamil iaitu Mawar Rashid juga tidak ketinggalan untuk mendalami ilmu agama bagi mempertingkatkan mutu bacaannya untuk ayat Al-Quran.
Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.
Mawar niat berkongsi perkara baik dengan masyarakat di luar sana.
Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ? And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?
Ternyata ramai yang terinspirasi dengan perkongsian Mawar dan berharap mereka juga dapat melakukan perkara yang sama selepas ini.
Alhamdulillah. Berseri sungguh wajah bakal ibu ini. Moga Mawar dipermudahkan urusannya untuk melahirkan anak tersayang nanti dan terus dipermudahkan jalannya bagi mencari ilmu Allah. InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.