Tudung bawal kini menjadi trend dalam industri fesyen Muslimah. Pelbagai inspirasi gaya terutama di kalangan selebriti popular dapat dilihat. Ringkas namun tetap stylish!
Tarikan tudung bawal bukan sahaja kerana nilai estetikanya, tetapi juga kerana keupayaannya untuk disesuaikan dengan pelbagai pilihan pakaian. Secara tidak langsung penampilan akan kelihatan stylish walaupun ringkas.
Pemakaian tudung bawal bercorak menyerlahkan lagi penampilan hijabi yang anggun dan menarik. Motif yang pelbagai dan berwarna-warni menambahkan karakter unik pada penampilan seseorang.
Memilih gabungan tudung dan pakaian yang harmoni mampu menghasilkan gaya yang menawan dan meningkatkan keyakinan diri si pemakai.
Berikut beberapa motif inspirasi gaya selebriti popular yang memakai tudung bawal: –
AYANA MOON
Tudung Ayana Moon berwarna muave dengan reka bentuk ringkas bercorak geometri yang tidak terlalu berserabut.
Ayana Moon yang terkenal dengan gaya sederhana membuatkan tudungnya kelihatan minimalis namun tetap menawan.
INDAH NADA PUSPITA
Hijab Nada Puspita menggabungkan warna khaki dengan reka bentuk bunga yang berselerak.
Indah Nada Puspita juga sering menggabungkan elemen bertentangan tetapi harmoni dalam rekaan tudungnya, memberikan penampilan yang unik dan menawan.
ERINA GUDONO
Tudung Erina Gudono menampilkan warna pastel seperti pink lembut, biru muda atau mint green dengan reka bentuk bunga yang terang serta feminin.
NISMA BAHANAN
Material hijab Nisma Bahanan berwarna navy dengan reka bentuk bunga yang lebih besar dan menyerlah.
Nisma Bahanan juga sering memilih warna terang dan berani sekaligus menyerlahkan personalitinya yang menawan.
Apa pun, tudung bawal sentiasa relevan pada setiap masa. Selain rekaan dan coraknya yang menarik, tudung bawal juga mudah digayakan. Malah, pelbagai gaya boleh dilakukan dengan tudung bawal.
Mana satu gaya pilihan sis kalau bertudung bawal?
BACA JUGA: Wany Hasrita Lebih Selesa Gayakan ‘Tudung Bawal’, Kongsi Tip ‘Awning’ Kekal On Point!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI