4 Gaya Suai Padan INARA RUSLI Dalam Rona Pink Ala Barbie Muslimah

Share

Inara Rusli, bekas isteri Virgoun baru-baru ini telah memuat naik satu video transformasinya bertemakan Barbie (OOTD).

Jom sis lihat padanan tudung dan pakaian ala ‘Barbie Muslimah’ dalam gaya Inara Rusli.

BLAZER & SKIRT
Inara tampil dengan tudung jenis square berwarna merah jambu pastel menutupi bahagian dada sambil bergambar ala Barbie.

Turut dipadankan bersama blazer putih, blaus fuchsia dan skirt labuh polka dot. Kasut tumit tinggi dan beg yang sepadan dengan warna blaus melengkapkan gaya Inara.

TUDUNG & SKIRT POLOS
Inara Rusli yang sinonim dengan gaya feminin dan pastel kali ini mengenakan pakaian serba ungu. Wanita kelahiran 19 Februari 1993 ini memakai tudung warna polos lengkap dengan aksesori kepala.

Inara turut menjadikan sweater

ungu sebagai aksesori di bahu. Beg pinggang dan skirt ungu bertingkat melengkapkan penampilan Barbie Inara.

SWEATER & SKIRT
Ibu kepada tiga cahaya mata ini mengenakan tudung jenis square digabungkan bersama sweater merah dan skirt berwarna ungu.

Melengkapkan gaya ala Barbie, Inara menyarungkan but putih paras buku lali. Beg tangan melengkapkan gaya Barbie Inara.

HIJAB PASTEL PINK
Idea mix-and-match ala Barbie, Inara memakai renda polka dot putih labuh bersama gaun dan kasut berwarna fuchsia.

Walaupun mengikut trend, Inara tetap mengekalkan gaya tudungnya dengan warna merah jambu pastel.

Ternyata, penampilan Inara Rusli ala Barbie ini menarik perhatian dan menjadi bualan ramai. Rata-rata memuji gaya suai padan Inara yang persis Barbie.

Kredit Foto: Instagram Inara Rusli

Published by
Amy Mohd