Sebagai Muslimah moden, lapar dan dahaga bukanlah lesen untuk menjadi malas dan selekeh. Bulan puasa seharusnya menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk melakukan perkara yang baik dan mengumpul pahala.
Terdapat beberapa habit yang membolehkan kita untuk kekal segar, sihat dan bebas nafas berbau sepanjang Ramadan.
Habit 1: Kekal Hidrat
a. Minum banyak air masak di antara iftar dan sahur, terutama sebaik sahaja berbuka puasa.
b. Elakkan pengambilan kafein, teh dan juga minuman manis kerana mereka mengakibatkan kita terdehidrasi dan menurunkan kandungan gula darah kita.
c. Simpan panadol atau ubat sakit kepala berdekatan jika air tidak cukup untuk menghilangkan sakit kepala anda.
Habit 2: Elakkan Nafas Berbau
a. Bersihkan gigi anda dengan miswak sepanjang berpuasa di siang hari (sebaiknya sebelum solat).
b. Gosok gigi secara menyeluruh selepas iftar sebaiknya tiga kali sehari berbanding dua.
c. Gunakan mouthwash
selepas memberus gigi selepas sahur agar kesihatan oral terjaga dan menghalang bakteria punca nafas berbau aktif.Habit 3: Kekal Bertenaga
a. Jangan terlebih makan tatkala iftar. Buka puasa dengan snek ringan seperti kurma, bukan bak jamuan!
b. Pilih untuk bakar dan rebus makanan berbanding goreng apabila memasak untuk iftar.
c. Sebaiknya jangan tinggal sahur. Ianya satu masa yang penuh keberkatan dan juga pemberi tenaga sepanjang hari.
Habit 4: Selitkan Masa Berehat
a. Sekiranya ada sedikit masa, cuba untuk tidur dan rehat sebaiknya.
b. Cari masa untuk rehat. Jangan terlalu penuh jadual aktiviti harian anda.
c. Tidur sebelum Zuhur (sebentar sahaja ya!) akan menjadikan anda lebih segar sepanjang hari.
Pastikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan kita terjaga sebaiknya sepanjang Ramadan agar ia memudahkan kita untuk beribadah ada malam harinya. – hb