4 Cara Mudah Elak Hijab Tercarik & Cepat Pudar Akibat Sinaran Matahari. No 4 Paling Membahayakan!

Share

Pernah atau tidak hijab yang baru dibeli dan baru dipakai sekali, sudah berlubang dan tertarik benangnya? Sakit hati, bukan? Ini selalunya terjadi angkara pin, kerongsang dan jarum peniti yang digunakan untuk disemat pada hijab.

Namun, ada cara yang boleh anda ikuti bagi mengelakkan hijab anda tidak tercarik lagi selepas ini! Hijabi patut cuba untuk pastikan penampilan sentiasa kemas dan cantik.

1. Elak pin yang besar dan berat

Elakkan daripada menggunakan pin yang bersaiz besar dan berat. Ini kerana bebanan pin yang berat boleh menyebabkan ia membebani hijab lalu menghasilkan lubang yang lebih besar daripada jarum pin itu sendiri.

Elak guna pin besar.

2. Guna subang paku

Cara terbaik adalah dengan menggunakan subang jenis paku yang jauh lebih ringan dan tidak jatuh. Kedudukannya yang melekat apabila dipasang mampu mengelakkan hijab anda membentuk lubang yang besar akibat daripada bebanan pin yang berat. Ataupun alternatif lain, anda boleh gunakan subang telinga jenis plastik mahupun getah sebagai ganti.

Gunakan kerongsang bersesuaian.

3. Lapik dengan fabrik

Sebelum mengenakan pin, lapik terlebih dahulu bahagian hijab yang hendak dipin dengan sebarang fabrik lain. Ini bertujuan supaya hijab anda tidak tertarik sewaktu memakai dan membuka pin. Sekali gus mampu menyelamatkan hijab anda daripada rosak dan sentiasa berada dalam keadaan seperti baru.

 

4. Jangan guna jarum tumpul

Satu lagi yang harus anda utamakan adalah pastikan jarum peniti atau sebarang jarum pin yang hendak disemat pada hijab benar-benar tajam. Jika anda menggunakan jarum yang tumpul, itu sebenarnya yang memudahkan fabrik hijab anda tercarik atau tertarik benangnya. Penggunaan jarum yang tajam memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan pin tanpa sebarang masalah seperti tersangkut.

Jangan guna jarum karat atau tumpul.

Ekstra Tip:

1. Jangan meramas hijab ketika mencuci, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih.

2. Basuh tudung hanya dengan tudung sahaja. Asingkan daripada kain yang lain.

3. Jika boleh, elak gunakan pelembut kain bagi mengelakkan tudung menjadi lembik dan sukar dibentuk.

4. Elak ‘direct sunlight’ supaya hijab tahan lebih lama dan warna tidak pudar.

Artikel Berkaitan: Elak Jadi Mangsa Fesyen Kalau Pakai Hijab Bercorak

Published by
SH