Tidak dinafikan ada antara kita yang mempunyai kulit wajah sangat sensitif jika memakai produk penjagaan wajah yang tidak bersesuaian hingga boleh menyebabkan masalah ‘breakout’. Seperti perkongsian gadis ini yang mengalami masalah berkenaan hanya disebabkan salah memakai mekap ketika kulit wajah bermasalah. Akibatnya dia terpaksa menderita selama empat bulan sebelum pulih seperti sedia kala. Tidak membuat peeling
proses, sebaliknya hanya merawatnya melalui rutin harian penjagaan kulit wajah yang konsisten dan hasilnya memang sangat menggembirakan.Perkongsian thread di twitter menggunakan akaun @ibahsyaibah memberitahu produk apa yang digunakan sepanjang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan memakai produk yang bersesuaian.