Kentut bukanlah perkara yang patut dimalukan. Bahkan sebenarnya, kebanyakan orang kentut antara 5 dan 23 kali sehari. Ia merupakan perkara biasa dan satu proses yang berlaku secara semula jadi pada semua badan manusia. Namun, pasti ramai yang sering menahan kentut terutamanya bagi mengelak rasa malu ketika berada di tempat awam.
Sebenarnya, kentut adalah satu proses yang berlaku secara semula jadi pada semua badan manusia. Apabila anda mempunyai lebihan gas dalam sistem penghadaman badan anda, hanya ada dua tempat anda boleh melepaskan gas tersebut, salah satunya ialah melalui punggung anda.
Proses pembebasan gas ini dipanggil kentut. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berasa malu atau tidak selesa kerana sering membuang angin dengan kerap. Bayangkan anda berada di dalam lif kemudian anda melepaskan angin secara tidak sengaja. Tiba-tiba, ada seseorang bersuara dan berkata “Ew, busuknya! siapa kentut?!” Tentu merah padam muka anda. Disebabkan perkara seperti ini terkadang kita terpaksa menahan diri daripada kentut. Namun tahukah anda, menahan kentut boleh membawa kesan buruk untuk kesihatan?
Artikel berkaitan: Kalau Selalu Kentut Tentunya Merimaskan Bukan? Ini Teknik Kurangkan Kentut Yang Terlalu Kerap
Menahan kentut akan memerangkap gas di dalam usus dan akhirnya memberikan tekanan pada usus besar anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor mempengaruhi tempoh masa seseorang itu boleh menahan kentut, termasuk pengambilan makanan dan minuman, aktiviti hormon, dan keadaan perubatan.
Secara dasarnya, menahan kentut tidak mempunyai kesan kesihatan yang serius atau berbahaya. Namun, inilah antara sebab kenapa melepaskan kentut lebih baik daripada menahannya:
Kesan sampingan yang paling biasa akibat menahan kentut adalah peningkatan tekanan pada usus yang menyakitkan. Kesakitannya bergantung, terkadang sakit biasa namun boleh jugak rasa sakit seperti ditusuk.
Kembung perut berlaku apabila gas terperangkap di dalam usus menyebabkan perut mengembang. Ia bukan sahaja membuatkan anda kelihatan buncit, malah ia juga boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri.
Anda sedar tak, kadang-kadang kentut hilang dengan sendirinya. Ini kerana badan boleh menyerap semula gas buat sementara waktu. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Digestive Diseases and Sciences , gas akan tetap mencari jalan keluar, jika tidak melalui perut yang buncit, gas tersebut akan keluar melalui sendawa atau hembusan nafas. Pasti anda akan rasa kurang selesa kerana sendawa juga akan mengeluarkan bau yang busuk. Nak berkomunikasi dengan orang pun tak best!
Pakar kesihatan mengaitkan isu menahan kentut ini dengan risiko divertikulitis. Divertikulitis adalah keadaan keradangan atau bengkak kantung yang terbentuk di sepanjang saluran penghadaman (biasanya di dalam usus besar) yang berkembang menjadi jangkitan. Hasilnya, anda akan merasa mual, muntah, sembelit, atau pedih perut. Sekiranya pesakit tidak dirawat, penyakit ini boleh menjadi lebih teruk dan membawa kepada jangkitan yang mengancam nyawa.
Anda boleh mengelakkan diri dari kentut berlebihan dengan mengelakkan makanan yang menyebabkan ‘letusan’ gas terutamanya produk yang mengandungi gluten, jauhi tabiat yang memerlukan anda membuka mulut berulang kali, seperti mengunyah gula-gula getah dan merokok. Selain itu juga, anda disarankan untuk melakukan senaman bagi membantu mempercepatkan penghadaman dan memastikan proses optimum. Berjalan-jalan selepas makan boleh membantu mengurangkan gas dan kembung perut.
Tambahan itu, menurut laman HelloDoktor, antara makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan kekerapan kentut ialah:
Kesimpulannya, terdapat beberapa kesan menahan kentut seperti menimbulkan rasa sakit, kembung perut, sering sendawa dan risiko diverkulitis. Sentiasa Namun sekiranya anda mengalami masalah dan mula rasa perubahan pada badan anda atau sakit yang teramat, jangan teragak-agak untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan.
Sumber: HelloDoktor dan HaloDoc
Artikel berkaitan: Cuba Minum Air Rebusan Halia & Halba Ini, Kalau Perut Selalu Masuk Angin. Memang Menjadi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.