Walaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Tudung rekaan sesuai dipakai polis wanita Muslim di UK
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Sudah 30 tahun berhijrah ke UK
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi ResearchScientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Ads
Wanta Muslim berilmu dipandang tinggi masyarakat di sana
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Mula belajat jahit di bilik sebagai kerja sambilan
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
Ads
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-upbusiness of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Penghantaran percuma sekitar UK
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
Ads
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.
Betul kata orang cinta tak kenal siapa. Jika hati sudah suka, abaikan sahaja perkara lain. Seperti juga perkongsian wanita ini yang viral disebabkan jodohnya dengan seorang lelaki yang kacak iras muka penyanyi Shahir. Walaupun menyedari dirinya serba kekurangan, tetapi jika sudah jodoh ditentukan Allah, siapalah kita untuk menolaknya. Namun ikatan cinta antara dua jiwa ini cukup kuat, kerana sang suami sesekali tidak pernah merasakan bidadarinya serba kekurangan, malah sanggup menerima apa juga yang telah ditakdirkan untuknya walaupun bertudung senget dan baju terbalik.
Menurut Astiey Nurasiah, dia sebenarnya sangat beruntung bersuamikan seorang yang kacak dan jauh lebih cantik dari dirinya. Malah suaminya itu memang menyayangi dan mencintai dirinya seadanya.
Dia juga digambarkan sebagai suami yang tidak lokek berbelanja semata-mata mahu melihat isterinya gembira dan jadi cantik (untuk dirinya).
Perkongsian status kisah cinta mereka di laman sosial facebook mendapat butang like lebih 12 ribu dan share pula 5 ribu. Rata-rata mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Amnah Musa Hebatnya cinta dia semoga bahagia sampai ke jannah
Rohani Awang ZahariCik tie…. Alhamdulillah.. Tahniah… Moga kekal bahagia hingga jannah…
Bliesha Iesya Moga bahagia dan di murahkan rezeki hingga Jannah
Ada yang cakap kena kurus nanti suami cari lain
Tak eloklah cakap “Kak as kena kurus nanti suami cari lain” Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yg kita fikirkan.
Kak as masa kenal suami berat dia 75kg. Semua orang ckp muka dia lg hensem dr shahir. Kak as berat dekat 100kg lebih besar dr sherry al hadad
Jerawat penuh di muka, selekeh & naik kereta buruk
Jerawat kak as penuh kat muka. Hitam. Pakaian plak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk
Masa jumpa beliau kak as rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat kak as
Dia rupanya hafiz 30 juzuk
Bila tanya kenapa kak as? Yealah. Dia hafiz 30juzuk. Degree pun quran hadis. Kak as hafal yasin dan al-mulk je.
Ayat dia tak habis2 ulang “perempuan cantik tak bijak macam as” Maksudnya apa?? Maksudnya kak as tak cantik! Hahahhaa Kisah plak.
Lepas kahwin, dia ubah gaya hidup. Teman shopping & rajin bagi pendapat
Tapi lepas kawin dia ubah kak as terus. Dia tak kisah teman kak as shopping 10jam untuk pilih sehelai baju. Yealah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat
Dia bukan jenis yang tanya “cantik tak?” dan jawab “cantik” Dia akan jawab “cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla”
Sanggup belanja besar sebab nak nampak isterinya cantik depan dia
Nampak? Dia kawin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor Dia tak kisah takde duit utk barang dia untuk hantar kak as pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend Rm1k.
Dia bukan nak kak as nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm dior, mars jacobs dan segala mak nenek yg kak as pun tak kenal. Tapi tak bagi kak as guna sangat.
Tudung senget pun tak kisah sebab dia memang sayang
Beli untuk kak as rasa kepuasan. Padahal kak as beli yg rm5 dah okey (cheh! Kliche sgt ayat) Setiap hari ayat dia “sayang abang cantik dan baik”
Benda tu buat kak as jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju kak as terbalik dan tudung senget
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pujian, dalam beberapa keadaan perbuatan ini dilarang. Pujian merupakan salah satu bahaya yang berasal dari lidah yang tidak terucap sesuai dengan posisinya. Adakala pujian yang berlebihan membuat seseorang itu lalai dan lupa diri.
Pujian juga memberi dorongan dan semangat pada seseorng meneruskan misi dan visi hidup tetapi ada caranya jangan sampai si penerima pujian menimbulkan perasaan riak dan meninggi diri.
Bahaya Untuk Si Pemuji
Soalan:
Rakan saya selalu memuji saya di hadapan saya. Kadang-kala timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji?
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”.
Itulah sebabnya rasulullah sangat melarang seseorang sering-sering melontarkan pujian. Beliau mengatakan kepada orang yang menyampaikan pujian,
Pujian, menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, mempunyai enam sisi kejelekan yang merbahaya bagi si pemuji dan yang dipuji. Empat bahaya di antaranya bersarang pada orang yang memuji dan sisanya terletak pada orang yang dipuji.
Adapun empat poin tercela yang terdapat pada orang yang memuji adalah seperti berikut;
PERTAMA: Jika pujiannya cenderung berlebih-lebihan, sehingga menyebabkan si pemuji harus berdusta kerananya.
KEDUA: Jika dimasuki unsur riya’ kerana di balik pujian yang ia berikan terdetik keinginan agar mendapatkan ganjaran.
KETIGA: Terkadang dalam pujian yang disampaikan ia mengatakan sesuatu yang tidak diketahuinya sendiri secara pasti dan masih memiliki pelbagai kemungkinan.
KEEMPAT: Hanya ingin menyenangkan hati orang yang dipujinya meski sebenarnya pihak yang dipuji adalah seorang yang zalim. Perbuatan tersebut jelas-jelas dilarang.
Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda:
إن الله تعالى يغضب إذا مدح الفاسق
“Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat murka jika mendengar orang yang fasik dipuji.” (HR. Tirmidzi)
Kesannya Untuk Yang Dipuji
Titiberatkan juga dua poin yang sangat membahayakan bagi pihak yang dipuji. Timbulnya sikap sombong dan berbangga diri terhadap diri sendiri dan meremehkan pihak lain. Jika dipuji dengan kebaikan, maka ia merasa sangat bangga, sehingga ia lupa atas kekurangan dirinya dan hal itu impak pada mengurangi usahanya untuk mendapatkan kebaikan di masa mendatang. Selalunya orang yang dalam golongan ini sekiranya membuat salah tidak akan mengaku kerana perasan tinggi diri sudah tersemat di dalam diri.
Doa Untuk Anda Yang DiBeri Pujian
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”.
Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa.
Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)
Jadi berhati-hati dalam memuji dan menerima pujian dari orang sekeliling anda. Amalkan doa-doa yang dianjurkan supaya kita terhindar dari perasaan riya’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Adakah anda bimbang tentang tanda-tanda penuaan pada kulit, terutamanya pada tangan? Adakah anda rasa kedutan dan kulit kusam merosakkan kecantikan tangan anda? Jika ya, maka anda perlu mula kembalikan kehalusan kulit tangan dengan cepat.
Menambah beberapa bahan rumah pada rutin penjagaan kulit anda boleh memberi banyak impak. Walaupun terdapat banyak rawatan kosmetik dan krim yang tersedia di pasaran untuk mengurangkan kedutan, bahan semula jadi di rumah seperti menggunakan minyak kelapa, pek tangan DIY, topeng susu, dll. adalah cara paling selamat untuk dilakukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jom mulakan rawatan semula jadi dan mudah didapati yang boleh anda gunakan untuk membantu mengurangkan kedutan tangan.
5 cara pemulihan di rumah untuk tangan tanpa kedutan
Minyak Kelapa
Minyak kelapa mempunyai sifat pelembab dan penghidratan yang menakjubkan yang membantu dalam mencegah pembentukan kedutan pada tangan.
Anda perlu:
2 sudu the Minyak kelapa
Apa nak buat:
Sapukan minyak kelapa perlahan-lahan pada tangan.
Urut minyak di tangan anda selama beberapa saat dan biarkan semalaman.
Lakukan ini setiap malam sebelum anda tidur untuk mengurangkan kedutan.
Gel aloe vera
Gel aloe vera mempunyai antioksidan untuk merangsang pengeluaran kolagen dan melawan kedutan pada kulit anda.
Anda perlu:
2 sudu besar gel aloe vera
Beberapa titis air mawar (pilihan)
Apa nak buat:
Ambil 2 sudu besar gel aloe vera berasaskan pasaran dalam mangkuk dan tambahkan beberapa titis air mawar ke dalamnya. Gaul sebati.
Sapukan campuran ke tangan anda dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
Anda boleh membilasnya selepas 10 minit atau biarkan semalaman untuk hasil terbaik.
Sapukan Vaseline (Petroleum jelly)
Jeli petroleum menambah kelembapan pada kulit, melembutkan garis, mencegah penuaan, dan mengurangkan kedutan.
Anda perlu:
1 sudu teh petroleum jelly
Beberapa titis minyak vitamin E (pilihan)
Apa nak buat:
Campurkan Vaseline dan minyak vitamin e bersama-sama
Sapukan adunan ini ke tangan anda dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.
Biarkan semalaman dan lakukan ini setiap malam untuk hasil terbaik.
Susu
Susu kaya dengan kelembapan dan sarat dengan antioksidan yang mencukupi yang membantu mencegah kedutan, meningkatkan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.
Anda perlu:
½ cawan susu
1/2 cawan air mawar atau air kosong
Apa nak buat:
Tuangkan ½ cawan susu dan ½ cawan air telur dalam mangkuk besar.
Sekarang rendam tangan anda dalam campuran ini. Biarkan tangan menghidrat dan melembapkan selama 10 minit dalam susu.
Kaedah ini adalah yang terbaik untuk membersihkan tangan anda yang kering dan berkedut.
Masker tangan pisang
Pisang diperkaya dengan vitamin A, B, C, dan E. Apabila digunakan sebagai tangan, pisang melawan radikal bebas dan mengekalkan kedutan, dengan menghidrat dan meningkatkan peredaran darah.
Anda perlu:
Sebiji pisang masak
Apa nak buat:
Tumbuk sebiji pisang masak dan buat pes halus di dalam mangkuk.
Sapukan pes ini ke tangan dan biarkan selama 10-20 minit.
Bilas tangan dengan air sejuk.
Petua tambahan:
Lembapkan tangan anda dengan kerap dengan gel Aloe vera
Sentiasa sapukan pelindung matahari pada tangan anda apabila anda keluar.
Minum banyak air untuk mengekalkan kulit anda terhidrat.
Berhenti merokok untuk mengelakkan kulit anda kering, kusam dan berkedut.
Makan makanan dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C dan beta karotena.
Lakukan regangan tangan & pergelangan tangan.
Pakai sarung tangan semasa melakukan kerja rumah.
Dapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan ketegangan pada kulit anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...