3 Tip Kecantikan Semulajadi ‘Anjuran Islam’ Mudah Dan ‘Costless’, No.3 Paling Senang Nak Amalkan!

Share

Kecantikkan dan kaum hawa memang tak dapat dipisahkan, setiap wanita pastinya mendambakan untuk sentiasa terlihat cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Maka untuk mencapai matlamat ini, pelbagai cara sanggup dilakukan seperti membeli alat solek high-end, mengambil supplemen tambahan, lebih buruk ada yang sanggup spend beribu ringgit melakukan pembedahan mahupun mendapatkan suntikan keremajaan kulit.

Justeru, melihatkan ‘obses kecantikkan’ yang tidak dapat lari dari wanita ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan ‘rahsia’, tip dan amalan kecantikan secara semulajadi yang boleh diamalkan mengikut anjuran Islam tanpa perlu mengeluarkan sebarang ‘kos’.

Malah, pastinya memberikan ‘result’ yang didambakan sekiranya hijabi rajin dan konsisten melakukannya!

1. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh

Ramai antara kita yang terlepas pandang ‘hikmah’ disebalik bangun seawal pagi dan amalan mandi sebelum subuh, malah perkara ini amat dianjurkan oleh Islam.

Artikel berkaitan: Rahsia Cantik Selebriti Hollywood Ini Pakai Mask Dari Drugstore Jer, Muka Tak Makan Usia. Sempurna!

Jika hijabi memiliki lingkaran hitam di bawah mata, adalah disarankan untuk mandi dengan menggunakan air sejuk. Ini demikian kerana ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan di bahagian bawah mata.

Selain itu, mandi diawal pagi ini akan memberi manfaat kepada kuku, dengan menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Malah, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan halus.

2. Minum Segelas Air Putih Sebelum Menggosok Gigi

Satu lagi tip yang patut menjadi amalan dan sangat disyorkan dalam Islam adalah, minum segelas air masak bersuhu bilik sebelum dan selepas bangun tidur, untuk lebih mujarab lagi, air tersebut perlulah diminum sebelum menggosok gigi. Ini kerana enzim-enzim di dalam mulut sebaik sahaja kita bangun tidur mengandungi khasiat yang buaik untuk kulit.

Caranya, kemam seketika air tegukan pertama di dalam mulut. Baca selawat sebanyak tiga kali di dalam hati, kemudian barulah disusuli dengan menelan air didalam mulut dan habiskan meneguk air di dalam gelas tadi.

3. Tadah Air Sambil Baca Selawat

Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih tanpa cela pula, Hijabi boleh amalkan membaca selawat terlebih dahulu sebelum menadah air pada telapak tangan. Amalan ini boleh dilakukan ketika mahu membasuh muka atau sewaktu mengambil wudhu’.

Baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali, kemudian hembuskan bacaan tersebut  pada air dan usap air itu pada wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. InshaaAllah jika diamlkan pasti nampak perbezaanya kelak!

Nak cantik kena ada usaha sis! Jom sama-sama kita amalkan, InshaAllah pahala dapat cantik pun dapat.

Artikel berkaitan: Nak Cantik Kena Rajin, Buat Sendiri Masker Beras Pulut Dengan Susu Confirm Wajah Berseri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir