3 Tahun Derita Wajah Teruk Akibat Masalah Jerawat, Gadis Ini Akhirnya Temui Rahsia Pulih Dengan Cepat

Share

Berdepan dengan masalah kulit wajah yang mengalami ‘breakout’ memang boleh buat kita jadi tak senang duduk. Namun tidak semsetinya kita hanya duduk berdiam diri dan melihat kulit wajah makin teruk. Perkongsian gadis ini di twitter menggunakan akaun nama Farah_dayanaa yang memberitahu dulu dia juga mengalami masalah jerawat dan pigmentasi yang teruk, tetapi sekarang bertambah baik walaupun masih dalam proses pemulihan.

Menurutnya penjagaan kulit wajah yang betul sebagai rutin harian memastikan dia berjaya pulihkan wajah dari masalah berkenaan dengan lebih cepat.

Dia turut memberitahu cara penjagaan kulit wajahnya menggunakan produk yang digunakan setiap hari. Sebelum itu dia memberitahu telah menggunakan banyak produk tetapi tidak berkesan.

Selain itu, Farah juga turut mengamalkan minum banyak air dan menjalani kehidupan lebih sihat bagi memastikan kulit wajah cantik juga memiliki badan yang sihat.

Menurut Farah juga dia tidak mengamalkan senaman, tetapi kadang-kadang dia menyertai kelas zumba. Bukan itu sahaja, gadis ini turut mengubah cara pemakanannya, cuma tidak secara drastik.

Dia masih lagi boleh makan kek, roti dan makana lain. Cumanya dia mengurangkan makanan berminyak dan tidak mengambil air manis kecuali terpaksa.

Dulu jenis jenis kulit kombinasi berminyak dan sekarang sudah jadi normal.

Boleh cuba beli produk ini dengan set percubaan dulu.

Kegunaan snail essence pula untuk parut.

Ini rahsia wajah jadi seperti V shape seperti dalam gambar.

Hasil yang memang menakjubkan walaupun perjalanannya cukup mencabar.

Published by
Siti Zurina