Isi Kandungan
ToggleBerdepan dengan masalah kulit wajah yang mengalami ‘breakout’ memang boleh buat kita jadi tak senang duduk. Namun tidak semsetinya kita hanya duduk berdiam diri dan melihat kulit wajah makin teruk. Perkongsian gadis ini di twitter menggunakan akaun nama Farah_dayanaa yang memberitahu dulu dia juga mengalami masalah jerawat dan pigmentasi yang teruk, tetapi sekarang bertambah baik walaupun masih dalam proses pemulihan.
Menurutnya penjagaan kulit wajah yang betul sebagai rutin harian memastikan dia berjaya pulihkan wajah dari masalah berkenaan dengan lebih cepat.
Dia turut memberitahu cara penjagaan kulit wajahnya menggunakan produk yang digunakan setiap hari. Sebelum itu dia memberitahu telah menggunakan banyak produk tetapi tidak berkesan.
Selain itu, Farah juga turut mengamalkan minum banyak air dan menjalani kehidupan lebih sihat bagi memastikan kulit wajah cantik juga memiliki badan yang sihat.
Menurut Farah juga dia tidak mengamalkan senaman, tetapi kadang-kadang dia menyertai kelas zumba. Bukan itu sahaja, gadis ini turut mengubah cara pemakanannya, cuma tidak secara drastik.
Dia masih lagi boleh makan kek, roti dan makana lain. Cumanya dia mengurangkan makanan berminyak dan tidak mengambil air manis kecuali terpaksa.
Dulu jenis jenis kulit kombinasi berminyak dan sekarang sudah jadi normal.
Boleh cuba beli produk ini dengan set percubaan dulu.
Kegunaan snail essence pula untuk parut.
Ini rahsia wajah jadi seperti V shape seperti dalam gambar.
Hasil yang memang menakjubkan walaupun perjalanannya cukup mencabar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pramugari Lion Air Yang Maut Terhempas Rupanya Bakal Berkahwin, Bakal Suami Luah Rasa Sedih Di Instagram
Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka baru sahaja 13 minit berlepas, pesawat Lion Air JT601 yang membawa 178 penumpang termasuk 8 anak kapal telah terhempas di Perairan Karawan Jakarta Utara. Dikatakan semua penumpang telah maut dalam kejadian yang cukup menyayat hati ini. Ternyata kehilangan mereka ini memberi kesan kepada sanak saudara serta teman-teman yang masih hidup.
Antaranya luahan hati seorang lelaki yang dikatakan bakal berkahwin dengan salah seorang pramugari Lion Air, Merry Yulyanda. Dia berkongsi luahannya di Instagram miliknya. Dia mengharap mereka akan disatukan sebagai suami isteri yang sah, tetapi maut telah memisahkan mereka sebelum keduanya mengecapi alam rumah tangga.
Berharap untuk disatukan sebagai suami isteri
Setiap sujud ak salalu mendoakan kamu sayang,ak memohon dan berharap kpd Allah untk satukan kita,Sampai kmu menjadi penyemangat hidup aku dan untk cita cita kita bersama kedepan,
Kmu ingin jadi istri aku dan aku pun ingin kamu menjadi ibu buat anak kita nnti,tapi Allah berkehendak lain,stiap langkah dan tujuan ak selalu memohon kpda Allah untuk bisa bersama kmu kembali untk kita kedepan.
Tetap terima walau bagaimana keadaannya
Kamu hrus kembali bulan april 2019 kita akan lamaran sayang kamu kembali ya sayang,gk ada seorang pun yg bisa menggantikan kmu sayang.bagai mana keadaan mu ak akan tetap trima kmu apaadanya.
Mohon Tuhan lindungi walau di mana sahaja dia berada
Ya Allah hamba mohon semohon mohonnya lindungi mery dimana pun dia berada ya Allah,berkat syafaat rasullah dan para ulama para ambiya dan para syuhada smoga baik baik saja amin Ya Allah,Engkau Maha Segalanya Ya Allah Zat Mu Maha Agung Ya rabb.
ILOVEYOU BABY
Mencintai lebih dari apa yang ada di dunia ini
I love you more than words can wield the matter, Dearer than eyesight, space and liberty
Posting yang dimuat turun ini mengundang simpati netizen. Rata-rata mendoakan yang terbaik dan mengharapkan kekasih hatinya akan kembali.
aylstr27 semoga cepat dipertemukan meskipun dalam keadaan apapun. setidaknya bisa melihatnya. tetap doakan jangan pernah putus asa ya. Allah lebih tau mana yang terbaik untuk hamba-Nya. aamiin
azzahradifitrianda Ya Allah… Semua ini sudah Kehendak Allah Swt… Dimanapun kita berada Kematian itu pun akan selalu ada… Hanya kematian yang mampu memisahkan Cinta Sejati…Semua Serahin kpd Allah Swt hanya Allah yang mampu merubah segalanya
megaulanmelan aku pasti paham persis bagaimana perasaan ka fadhil yang sabar yah ka @apryfadhil ? turut berduka atas kejadian musibah ini, dimanapun dan kapanpun kita akan bisa menerima ajal/kematian itu sudah takdir allah swt, penuh berdoa agar semuanya akan baik baik saja
yangmeishe12 Be patient ?,god always beside u both.hope that your beloved will comeback.
nadiaanzm Semoga ada keajaiban…hanya Allah yg Tau.?? semoga km sll tabah sabar dan sll berdoa untuk dia yg disana…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM APRYFADHIL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Merupakan Pengguna Aircond Paling Tinggi, Punca Kulit Kering Dan Rosak!
Isi Kandungan
TogglePenghawa dingin memang sangat selesa terutama sekali apabila ada di rumah. Sangat seronok apabila bekerja di bawah hembusan penghawa dingin. Ramai antara kita yangrasa selesa apabila adanya penghawa dingin. Jadi, pernahkah anda terfikir bahawa penghawa dingin boleh membuatkan kulit dan mengelupas.
Penghawa dingin dapat menyerap segala lembapan di sekekliling dan menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Jadi apa yang menyebabkan penghawa dingin boleh mempengaruhi kulit kita? Udara sejuk sememangnya dapat membuatkan kulit kering dan mengelupas. Walaupun penghawa dingin juga bertindak untuk tapi segala kekotoran seperti debu dan asap di sekeliling kita.
Kajian mengatakan kulit yang tampak kering dan juga tidak bermaya, kurang fleksibel, malah tidak dapat memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Dalam pada masa yang jika kulit anda kering dapatkan mata kita mudah gatal dan juga merah-merah. Selain dari kulit yang kering, penggunaan aircond juga menyebabkan:
1. Wajah anda hilang kelembapan semula jadi
Tahukah anda kulit wajah anda akan menghasilkan minyak yang untuk kesihatan kulit kita dan untukmengekalkan keanjalannya. Akan tetapi penggunaan penghawa dingin membuatkan suhu di sekeliling and menjadi rendah dan menyebabkan minyak di kulit anda terbantut.
Artikel Berkaitan: Bedak Bayi Sebagai Masker Wajah? Bantu Atasi Masalah Kulit Berjerawat Dan Buang Sel Kulit Mati
Kulit anda akan menjadi kering dan tidak bermaya lagi. Apabila kulit anda kering akan menyebabkan kulit tidak sihat dan mengalami dehidrasi.
2. Kulit kering, mengelupas dan nampak lebih tua
Kelembapan di kulit membuatkan ianya menjadi rakan baik buat kulit kita. Tanpa kelembapan ia tidak akan dapat mengekalkan keanjalannya. Tetapi, apabila and aberada di bawah hembusan penghawa dingin, kulit akan jadi sangat kering dan kelembapan akan menghilang. Kondisi akan menjadi lebih teruk jika anda tidak minum air dengan mencukupi. Maka kekurangan air akan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Ini akan menyebabkan wajah anda nampak lebih berkedut.
3. Kulit jadi rosak
Masalah kulit kering ini sering dikenali atau menyebabkan dermatitis. Jadi untuk individu yang mempunyai penyakit kulit eczema, psoriasis atau rosacea boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Selain itu juga perubahan suhu membuatkan kulit kering dan mengelupas yang sangat ekstrem. Tambah-tambah lagi apabila keadaan di Malaysia ini panas dan perubahan suhu merupakan sesuatu yang kerap berlaku.
Lindungi kulit anda daripada sejuk pendingin hawa.
Anda tidak perlu menutup peghawa dingin atau kekal duduk di bawah kapas untuk mendapatkan kulit yang cantik dan lembap. Penjagaan yang baik dan betul akan mengekalkan kulit anda sihat walaupun setelah berjam-jam di bawah pendingin hawa. Maka, kulit yang mengering dan mengelupas dapat di atasi dengan baik. Pastikan anda melakukan seperti yang dicadangkan oleh Hello doktor ini:
- Pastikan anda minum air yang mencukupi dan pastikan untuk minum lebih daripada 8 gelas setiap hari.
- Pastikan anda menggunakan moisturizer untuk kekalkan kelembapan kulit anda.
- Pastikan juga untuk rehat sebenatar daripada kesejukan penghawa dingin. Keluar dan dapatkan udara yang segar. Tutuplah penghawa dingin tersebut untuk beberapa jam.
- Pastikan anda menggunakan penapis udara atau humidifier untuk membantu meningktkan kualiti udara di dalam rumah anda. Pada masa yang sama alat ini dapat membantu mengekalkan udara di rumah atau tempat kerja anda menjadi terlalu kering.
- Elakkan untuk menggunakan sabun yang kasar untuk kulit anda. Sabun jenis ini akan membuatkan kulit kering dan mengelupas.
- Jangan sesekali lupa untuk menukar penapis pendingin hawa anda setiap 4 hingga ke 6 minggu.
Artikel Berkaitan: Kulit Muka Di Jangkiti Kulat! Akibat Berkongsi Tuala Risiko Kesihatan Anda
Akhir kata, bekerja di bawah penghawa dingin sangat seronok tetapi untuk memberikan kulit bernafas sekali-sekala. Pastikan anda biarkan kulit mengering dan juga mengelupas. Untuk mendapatkan kulit yang lembap dan cantik lakukanlah langkah di atas. Siapa lagi yang akan menjaga kulit anda.
Sumber: Hello doktor!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selamatkan Alam, Lepas Ini Kita Guna Serai Ganti Straw Plastik
Premis dilarang memberikan straw plastik secara automatik bagi setiap pesanan, tidak mempamerkan atau meletakkan straw di kawasan terbuka (kaunter) dan pemberian straw diberikan secara percuma hanya apabila diminta oleh pelanggan.
Kini ada satu kaedah yang boleh dilakukan bagi menggantikan straw. Menggunakan bahan semula jadi pastinya ia mesra alam, Serai kini boleh dijadikan straw minuman bagi menggantikan straw plastik.
Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.
“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.
“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.
“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada pemberita di Ladang Merdeka Senor, di sini.
Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.
“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.
Sumber kredit: Berita Harian Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI