Bagi para hijabi yang gemarkan kesederhanaan dalam solekan tetapi cukup berseri dengan aura semulajadi, mungkin anda patut cuba solekan mata klasik ini untuk kelihatan natural dengan rona-rona tanah dan neutral.
Tampil Menawan Dengan Solekan Mata Ala Klasik, Lakukan 3 Langkah Mudah Ini
Hijabista kongsikan tip untuk solekan mata klasik yang mampu menaikkan keserian mata agar ianya lebih cantik dan tampak natural tanpa solekan yang berlebih-lebihan.
LANGKAH 1 : Pembayang Mata
Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
LANGKAH 3 : Maskara
Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Lagi Bil Bercetak Dan Ini Cara Untuk Anda Dapatkan 50% Bil Elektrik Selama PKP
Isi Kandungan
ToggleUntuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap ekonomi rakyat, kerajaan Malaysia telah mengumumkan diskaun akan diberikan ke atas bil utiliti elektrik anda bermula April 2020 hingga September 2020.
Pengguna boleh melaksana beberapa inisiatif bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menerima manfaat diskaun maksimum yang diberikan kerajaan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna boleh melaksana beberapa panduan bagi mengimbangi keperluan menggunakan peralatan elektrik dengan selesa tanpa pembaziran.
Cara untuk dapatkan diskaun 50%
Berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Langkah Penjimatan
- Pastikan semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik.
- Menggunakan kipas bagi membantu menyejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius) bagi menjimatkan tenaga.
- Membersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.
- Mengelakkan mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan perlu dan menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh.
- Meminimumkan penggunaan pengering pakaian dengan mengambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringkan pakaian secara semulajadi.
- Menanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta tidak membiarkan peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong.
- Kurangkan tempoh pemandian apabila mandi menggunakan alat pemanas air
TNB menjangkakan, dalam tempoh PKP ini, penggunaan elektrik di kediaman bakal meningkat kerana isi rumah menggunakan elektrik yang lebih kerap atau lebih lama dari kebiasaan.
“Peningkatan sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirnya pelaksanaan PKP kerana TNB menangguh sementara pembacaan meter dan menggantikannya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP.
“Diskaun berperingkat untuk pengguna domestik selama enam bulan bermula hari ini, seperti diumumkan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan bagi mengurangkan beban kepada rakyat akibat langkah PKP bagi menangani COVID-19,” katanya.
Kerajaan sebelum ini umumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggan domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik hingga 200 kWj sebulan.
Diskaun 25 peratus pula bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kWj dan 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600 kWj. Penggunaan elektrik melebihi 600 kWj pula mendapat diskaun dua peratus.
KADAR DISKAUN BERGANTUNG PADA JUMLAH PENGGUNAAN
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Tiada lagi bil bercetak
Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.
Untuk panduan menggunakan aplikasi myTNB, boleh lihat artikel ini – Pantau Dan Bayar Bil Elektrik Lebih Mudah Dengan Aplikasi myTNB.
Selain itu, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke tnbcareline@tnb.com.my.
SUMBER: https://www.tnb.com.my/prihatin/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berniaga Sejak Usia 14 Tahun, Gadis ‘Tumbler’ RM 1800, Dedah Tak Pernah Minta ‘Wang’ Dan Susahkan Mak Ayah!
Isi Kandungan
ToggleTerbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
Ini Punca Bagaimana Remaja Ini Mampu Membeli Tumber Semahal Itu!
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Jual Kek ‘Terlajak Murah’ Tak Sempat Susun Dah Kena Serbu! – “1,500 Kek Habis Dijual Sekelip Mata”
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Hasil Titik Peluh Bukan Setakat Beli Tumbler, Tapi Mampu Bawa Sekeluarga Tunai Umrah Bersama!
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Sumber: Tik Tok @PutriLuthfiya_, Instagram PuteriLuthfiya_ & Mstar
Artikel berkaitan: 4 Cara Pilih Tas Tangan ‘up-to-date’ Sesuai Dengan Stail Hijabi Masa Kini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pekerja Kena Pukau Beri Wang Begitu Sahaja, Tomok Harap Ramai Lebih Peka Tentang Isu Ini
Banyak kes sihir dan pukau yang sering terjadi pada masyarakat kita kini. Penyanyi tanah air, Tomok, berkongsi di sosial medianya berkenaan pekerjanya yang terkena pukau sehinggakan memberikan wang kepada seseorang individu.
Ramai yang takut apabila melihat sendiri video yang dimuat naik olehnya itu. Kehidupan sekarang tidak lagi aman dengan adanya anasir jahat menggunakan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan ‘mata kasar’.
Senang Sahaja Ambil Duit Orang Berniaga
Pukau merupakan satu jenis sihir yang membuatkan seseorang individu itu tidak sedarkan diri dan dibawah kawalan pemukau itu sendiri.
Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, 38, berkongsi di laman media sosialnya berkenaan masalah yang berlaku kepada pekerjanya semalam.
Memuat naik satu video CCTV, Tomok menunjukkan seorang pekerjanya seolah-olah di pukau oleh satu lelaki yang menyamar menjadi pelanggan. Pada video itu kelihatan lelaki agak bersahaja dan meminta baki wang kepada cashier.
Tomok menyatakan niatnya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa namun ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Dia pula baru sahaja menceburi dunia perniagaan dan perkara ini pula terjadi kepadanya.
“bukan nak aibkan sesiapa..tapi saya taknak perkara ini jadi kat orang lain..kena hati hati,
“semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di chatime setia city mall..orang tu datang,dia order air,lepas tu dia mintak terus duit baki,padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air.” tulisnya di kapsyen.
Kerugian sebanyak RM87 diambil begitu sahaja oleh individu tersebut. Keadaan itu juga seolah-olah senang sahaja berlaku dan dia mendakwa pekerjanya di pukau oleh lelaki tersebut.
“kalau korang boleh tengok kat video ni..dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat..so staff saya bagi la duit baki yg dia mintak dalam RM 87 ringgit,
“lepas tu dia terus hilang,tak tau ke mana..macam kena pukau pun yer jugak..saya baru je nak meniaga..senang-senang je dia datang ambik duit..RM 87 ringgit tu banyak,itu baru satu kedai..kalau 10 kedai dia pegi..hati hati tau guys.” ujarnya lagi.
Perkongsiannya ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai kegiatan jenayah ini yang mudah sahaja berlaku. Meski pun jumlah itu sedikit, individu tersebut boleh lakukannya kepada 10 buah kedai yang lain. Tomok berharap agar semua orang lebih berhati-hati.
Sumber: Instagram @tomokofficial
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI