Keberangkalian sambutan Hari Raya tahun ini berbeza denga tahun-tahu yang lepas. Kengkangan merentasi perjalanan untuk pulang ke kampung halaman faktor utama. Tapi harus diingatkan jada beberapa kesalahan yang sering anda lakukan ketika menjelang Hari Raya.
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidupkan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat khusus seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Adapun hadis yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya secara khusus ini adalah dhaif ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadis tersebut ialah:
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”
Hadis ini TIDAK SAHIH. [Ibnu Majah (1782) Kata Al-Busiri dalam al-Misbah (644): “Isnadnya Dhaif”].
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga. Hanya disunatkan untuk bertakbir secara bersendirian disemua tempat.
Perbuatan sebahagian muslim yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang tidak tepat dengan maksud dan syiar hari raya; yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Sedangkan perbuatan menziarahi kubur sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw adalah untuk mengingati mati dan memberi keinsafan. Menjadikan ziarah tanah perkuburan sebagai agenda khas pada setiap hari raya, adalah salah dari segi konsepnya.
Seperti hanya mengingati ibu bapa atau keluarga yang telah mati pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu sahaja, sedangkan sepanjang tahun itu sebelumnya, doa pun lupa untuk dihadiahkan kepada mereka!
Ramai dikalangan kita telah mengambil mudah dengan hari raya. Bila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah ‘hari free’
iaitu hari yang terlepas dari ikatan agama (agama asing, kita asing).Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. Wallahu a’lam.
Semoga AidilFitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.