
Di hari pernikahan pastinya kita mahu kelihatan cantik jelita dan merasa seperti wanita paling bahagia di dunia ini. Segala-galanya pasti mahu nampak sempurna di mata kerana ia merupakan momen istimewa lagi bersejarah dalam hidup.
Persiapan awal pastinya sudah dilakukan beberapa bulan sebelum majlis termasuklah mencari jurusolek yang akan menata wajah kita agar naik serinya di hari perkahwinan nanti.
Namun, malang sekali buat gadis ini apabila solekannya luntur sebelum upacara akad nikah.
Menurutnya, jurusolek itu mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk menata rias wajahnya namun solekan tersebut luntur tak sampai 10 minit selepas itu.
Disebabkan itu, gadis tersebut menjadi tak semangat dan hilang keyakinan diri di hari bahagianya.
Di ruang komen TikTok, dia telah menyatakan bahawa kulitnya jenis kering dan cepat berpeluh. Dia juga tidak melakukan sebarang rawatan kulit tiga bulan sebelum majlisnya lagi.
sumber: TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Nona Superhero Award 2023’ Iktiraf Kecemerlangan Lelaki-Lelaki Ikonik Pelbagai Bidang, NADIR AL-NURI Penerima Anugerah Utama

Aktivis kemanusiaan Malaysia yang tidak asing lagi, Nadir Al-Nuri dinobatkan sebagai penerima anugerah utama pada malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023 baru-baru ini.
Beliau yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013 merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Majlis anugerah berprestij yang dianjurkan kali kedua oleh majalah Nona ini menobatkan 18 individu ikonik yang cemerlang sepanjang 2023 dalam pelbagai bidang dan kerjaya.
Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim: –
“Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting bagi menghargai individu ikonik yang telah mencetuskan revolusi tersendiri dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara.”
Beliau turut menyatakan kebanggaan terhadap semua penerima anugerah pada malam itu. Beliau menyifatkan mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda agar terus berusaha dan memberikan yang terbaik demi Malaysia.
Sementara itu, Head of Business Woman Segment iaitu Kiffy Razak turut berpendapat: –
“Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023.
“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!”
SENARAI ANUGERAH & PENERIMA NONA SUPERHERO 2023
1 Nona Superhero Award Nadir Al-Nuri
2 Nona Men’s Motivator Award Prof Dato’ Dr Noordin Darus
3 Nona Men’s Fashion Brand Award Datuk Radzuan Radziwill
4 Nona Men’s Legend Award Anuar Zain
5 Nona Men’s Active Award Mohd Al Jufferi Jamari
6 Nona Men’s Inspiring Award Boss James
7 Nona Men’s Celebrity Business Award Nubhan Ahamad
8 Nona Best F&B Business Award Azrain Mohamad
9 Nona Men’s Style Icon Award Hun Haqeem
10 Nona Men’s Social Media Influencer Award Ryan Bakery
11 Nona Men’s Paralympic Award Muhammad Ammar Aiman
12 Nona Best Innovative F&B Business Award Cef Nazri Jameson
Beard Brothers
13 Nona Best Medispa Award Dr Abdul Haq Ab Wasa
Estika Medispa
14 Nona Best Future Education Fund Award Ahmad Dasuki Abdul Majid
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
15 Nona Best Aesthetician Award Dr Abdullah @ Maliq Alias
Dr Cute International
16 Nona Best Community Dakwah Centre Award Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof
Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
17 Nona Best Hair Service & Product Award Chez Hamdan
ChezKamya Professional
18 Nona Best Edupreneur Award Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim
Al Kauthar Eduqids
PELANCARAN APLIKASI BAHARU
Pada malam itu, turut dilancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaharu di Malaysia iaitu seeNI.
Aplikasi ini menggabungkan lebih daripada 20 penerbit terkemuka seperti NONA, Mingguan Wanita, Hijabista, RASA, Remaja, Media Hiburan, Keluarga, Impiana dan banyak lagi.
Objektif penubuhannya seiring kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari. Pelbagai konten menarik dipaparkan di aplikasi ini bermula dengan artikel, video, sehinggalah ke konten audio.
Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ ia dilihat sebagai lubuk multigenerasi. seeNI juga menjadi aspirasi solusi pintar kepada masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store dan Google Play Store.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Kerana Aktif Bersukan, UYAINA Pernah Alami Komplikasi Jantung Sampai Terpaksa Bergantung Dengan Ubat

Beberapa tahun lalu pengacara dan pelakon cantik berusia 30an, Uyaina Arshad pernah disahkan menghidap komplikasi jantung.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak.
“Saya seorang workaholic and enjoy working. Saya juga suka aktiviti berlari. Ketika di sekolah dulu saya aktif sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
“Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
“Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor, ia terjadi kerana jantung ‘dipaksa’ bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan ketika itu saya terlalu workaholic, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan,” kongsi Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini.
Doktor turut menasihatkan Uyaina agar mengamalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan.
Sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan.
Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.
“Badan kita bukan mesin. Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia.
“Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.”
Kesimpulannya, hargailah kesihatan kerana ia harta paling berharga selagi kita diberi nikmat untuk bernafas.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takutnya Hari Lahir Tahun Ni. Rasa Makin Dekat Dengan Kematian” SARI YANTI Cecah Usia 40 Tahun

Tak dimamah usia betul Sari Yanti ni. Tetap kelihatan lembut dan manis walaupun kini bergelar ibu kepada lima orang anak. Tak macam usia 40 tahun pun! Rezeki Sari Yanti, isteri kesayangan kepada pelawak terkenal Jep Sepahtu.


Baru-baru ini pelakon yang pernah popular dalam sitkom Kisah Kaisara ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40.
Sari memuat naik satu hantaran di platfotrm Instagramnya di mana dia meraikan momen ulang tahun kelahiran bersama beberapa rakan baiknya.
Sambutan itu diraikan dalam suasana santai dan sederhana di sebuah restoran. Bertemakan warna pink dan hitam, Sari bersama rakan-rakan baiknya itu kelihatan sangat anggun!
“Alhamdulillah.. Kawan kawan belikan cake. Tapi rasanya macam hari jadi semua orang hari ni. Rasa macam graduation day pun ada. MasyaAllah Tabarakallah.”

Biarpun merasa gembira namun jauh di sudut hati Sari bahawa dia merasa takut dengan ulang tahun kelahirannya kali ini.
Hakikatnya usia 40 tahun adalah usia matang dan masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Tadi masa berbual dengan kawan, Kakak cerita rasa takutnya hari lahir tahun ni. Rasa makin dekat betul dengan kematian.”

Lantas, Sari mengambil peluang itu untuk meminta maaf kepada semua yang mengenali dirinya sambil mengharapkan pengakhiran yang baik buat semua.
“Jadi Kakak nak ambil peluang ni minta maaf pada semua untuk semua kesalahan. Manatau ada yang boring sampai tension tengok post kakak ke apa ..
“Ada yang kakak janji nak post resepi tapi lupa atau tak sempat aaaa….. minta maaf semua. Semoga kita semua punya pengakhiran yang baik.”
JEP TITIP UCAPAN ISTIMEWA
Sari bertuah kerana turut menerima ucapan istimewa daripada suami tercintanya, Jep.
Memetik kata-kata Jep buat Sari menerusi siaran segmen pagi Sinar FM baru-baru ini, selain ucapan hari lahir Jep mendedahkan dia sangat bertuah dan bersyukur kerana dijodohkan dengan Sari yang disifatkan seorang yang menyenangkan dan menenangkan.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sariyanti binti Mohamad Nazari.
“Orang yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Kadang kala nampak kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal itu saya banyak merujuk dan belajar daripadanya.
“Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran. Dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.

“Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA, mudah-mudahan mendapat reda-NYA.
“Moga keluarga kita mendapat kebahagiaan, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you.
“Saya sangat bertuah, Alhamdulillah Allah jodohkan saya dengan Sari.
“Ia satu anugerah dan hadiah yang sangat bermakna,” kongsi Jep.
BACA JUGA: Walaupun TUDUNG Penuh Almari, Tapi Sari Yanti BERHIJRAH Setelah Berkahwin & Kini Kekal ISTIQOMAH
Untuk info, Sari Yanti dan Jep bernikah pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.

Hasil perkahwinan terdahulu (pertama) Sari dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI