Berita

3 Gaya Tudung Ala NISSA SABYAN, Ringkas Namun Tetap Kelihatan Bergaya!

Share

Nissa Sabyan, penyanyi gambus berusia 24 tahun yang mencipta nama bersama kumpulan muzik terkenal Sabyan Gambus sebagai vokalis.

Kredit Foto: nissa_sabyan

Nissa Sabyan bersama kumpulan muziknya itu dikenali dengan lagu-lagu berunsurkkan ketuhanan dan selawat antaranya Deen Assalam dan Ya Habibal Qolbi.

Kebanyakan lagu-lagu mereka menjadi trending di saluran YouTube.

Kredit Foto: nissa_sabyan

Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, hijabi muda yang sering mengikut trend fesyen semasa namun masih kelihatan sopan sesuai dengan ketetapan agama Islam.

Nissa Sabyan sering memilih gaya tudung yang ringkas namun tetap kelihatan bergaya. Bijak menyuaipadan pakaian dan hijab mengikut trend terkini.

BACA JUGA: Cantiknya! Gaya 7 Selebriti Bertudung Indonesia Ini Jadi Inspirasi Dalam Berfesyen

Berikut gaya hijab pilihan Nissa Sabyan yang cantik dipandang.

Lapisan (Layer)
Tudung berlapis ini digunakan untuk acara santai dan formal. Nissa Sabyan sering menggunakan pashmina atau selendang.

Kredit Foto: nissa_sabyan

Untuk majlis rasmi, kebiasaannya Nissa Sabyan akan menambah aksesori seperti subang yang dilekatkan pada tudung.

Klasik
Tudung gaya klasik sangat mudah dilakukan.

Kredit Foto: nissa_sabyan

Gaya ini sesuai untuk pelbagai majlis. Untuk gaya klasik ini, tudung jenis selendang sering digunakan.

Unfinish
Gaya tudung ini memberi kesan edgy kepada penampilan Nissa Sabyan. Ia sangat mudah untuk digayakan.

Kredit Foto: nissa_sabyan

Gaya tudung ini juga sangat sesuai untuk sis yang tidak mempunyai banyak masa untuk bersiap.

Published by
Amy Mohd