3 Gaya Fesyen Hijabi Ala Model Indonesia Vira Tandia

Share

Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!

Artikel berkaitan: Celana Pilihan Hijabi Lebih Lapang Dan Mudah, Padankan ‘Flared Jeans’ Dengan Jenis Kasut Yang Lebih Onz

Bermain dengan warna dan gaya sofistikated!

Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.

Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana.  Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.

 Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!

#1 Padanan bersama jaket!

Vira Tandia menggayakan jaket 'puffer'
Blazer menampilkan gaya profesional dan feminin

Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!

#2 Tidak takut dengan corak

Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner

, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.

#3 Gaya simple dan sedikit maskulin

Padanan tie dan kemeja labuh buat gaya 'garang' dan simple
Jaket kulit yang menonjolkan gaya sofistikated

Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.

Artikel berkaitan: Nampak ‘Bosan’, Tapi Inilah Warna Fesyen. Beg Tangan Yang Berbaloi Ada Dalam Koleksi

Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!

Sumber: Instagram Viratandia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee