3 Ciri Buruk Ini Yang Ada Dalam Diri Wanita Gila Jenama, Dr Maza Beri Ingatan Khusus Buat Kaum Wanita

Share

Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.

Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.

Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.

Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!

Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.

Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.

Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.

Published by
Siti Zurina