Kecantikan

28 Tahun Tak Pakai PENCUCI Muka, Sharifah SAKINAH Guna PETUA Semula Jadi Untuk Tampil CANTIK & Sihat

Share

Siapa tidak kenal dengan selebriti ini yang memang lincah dan aktif sekali sifatnya. Sharifah Sakinah yang baru melahirkan anak sulung tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk kekal cantik. Percaya atau tidak sepanjang 28 tahun, dia tidak pernah memakai pencuci muka dalam menjaga kecantikan diri. Bukan tidak percaya tetapi dia ada rahsia tersendiri yang diamalkan selama ini.

Bagi pelakon yang juga adik kepada Shira Ijoy, walaupun bertaraf selebriti yang perlu menjaga kecantikan kulit wajah kerana ia adalah aset utama, tetapi pendiriannya agak bebeza. Begitu juga Sakinah turut menolak pemakaian penyegar dan pelempab yang perlu ada dalam penjagaan regim kecantikan bagi kaum wanita.

Dia yang memang dikenali dengan gaya hidup sihat memberitahu dirinya lebih mementingkan soal kesihatan dari kecantikan. Malah falsafah dirinya juga cukup mudah, apabila anda sihat, kecantikan dalaman itu akan menyerlah sisi cantik luaran diri.

Bercakap pada Rojak Daily, wanita ini akan memastikan dirinya setiap hari berpeluh. Memperuntukan 30 minit berlari di atas treadmill ataupun jogging di taman, minum air putih yang banyak dan itulah rutin penjagaan kecantikannya.

Menurutnya bila berpeluh, dia merasakan dirinya sihat dan cantik. Malah Sakinah juga tidak percaya produk penjagaan wajah yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Malah kebanyakan wanita yang beranggapan bahawa cantik itu harus putih tetapi Sakinah tidak percayakan sebarang produk yang mampu mengubah wajah

dan membuatkan kulit jadi putih.

Dia lebih yakin dengan wajah natural, penggunaan solekan yang minimal serta gaya hidup sihat yang akan memberikan keserian pada wajah anda yang sebenar.

Walau bagaimanapun menurut Sakinah dia juga pernah berhadapan dengan masalah kulit teruk pada tahun lalu apabila jerawat menyerang wajahnya. Untuk mengatasi masalah itu, dia setiap hari bersenam, berpeluh dan minum air putih banyak untuk menghilangkah masalah jerawat berkenaan.

Namun ia jadi bertambah teruk hinggalah dia bertemu dengan satu jenama kecantikan dari Indonesia. Menurutnya kulit wanita Asia ini kebanyakan kering dan berminyak serta berjerawat disebabkan cuaca panas.

Jadi perlukan penjagaan kulit dari orang Asia sendiri untuk menjaga kulit wajah. Bermula dengan penggunaan produk ini hinggalah dia dilantik untuk menjadi duta bagi jenama kecantikan terbesar di Indonesia ini. Dengan penggunaan bahan-bahan organik dan sihat

menyebabkan dia tertarik dengan tawaran diberikan.

Tahniah diucapkan pada Sakinah dan semoga dia boleh mendidik wanita di luar sana tentang kecantikan dan kesihatan secara semula jadi tanpa ghairah mengubah bentuk dan warna asal kita.

KREDIT FOTO: SHARIFAH SAKINAH

Published by
Siti Zurina