Kecantikan

24 Jam Bersenam Pun, Badan Masih Gemuk? Amalkan Tip Ini Untuk Tingkatkan Metabolisme Tubuh Anda!

Share

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan sesetengah orang mudah sahaja untuk menurunkan berat badan walaupun tidak selalu bersenam? Sedangkan diri sendiri yang tidak henti-henti bersenam amat sukar untuk kurus dan membakar kalori?

Sebenarnya, semuanya tertumpu kepada beberapa cara klinikal dan amalan pemakanan yang betul. Kali ini, team Hijabista akan kongsikan cara terbaik untuk meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

Sumber gambar: The National News

Jangan tinggal sarapan!

Untuk membakar kalori dengan banyak dan menurunkan berat badan dengan cepat, jangan sesekali tinggalkan sarapan anda! Ramai yang jadikan alasan tiada masa untuk ‘skip’ pengambilan sarapan mereka dan akhirnya mengambil jumlah makanan yang besar pada waktu tengah hari. Tahukah anda pembakaran kalori akan lebih aktif pada waktu pagi dan dengan pengambilan sarapan pagi akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan.

Rahsia rempah ratus

Pasti ramai yang tidak tahu tentang magis rempah ratus, tetapi sebenarnya rempah ratus mampu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Salah satunya apabila kita mengunyah kulit kayu manis, seseorang itu mampu mengurangkan 30% kalori dalam badan. Ha! banyak tau!

Zat kromium

Apakah itu zat kromium? Zat kromium mampu untuk membantu tubuh membakar kalori dan lemak dalam badan. Bahan seperti daging, telur, epal, pisang serta bayam mengandungi zat kromium yang tinggi untuk membantu anda meningkatkan kadar pembakaran kalori. Jika anda ingin mengambil zat tambahan seperti suplemen pastikan ia mengandungi 120mcg kromium.

Vitamin D

Penting dalam proses penyerapan kalsium yang sekali gus membantu peningkatan metabolisme badan. Menghabiskan waktu beberapa minit di bawah pancaran matahari pagi sama seperti mendapat satu hidangan ikan tuna dan segelas susu.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra