Tahun 2023 merupakan tahun gemilang buat Penyanyi hip hop, Bunga Isme atau pemilik nama, Noor Ayu Fatini yang bakal mencecah usia 23 tahun tahun pada 24 Januari nanti.
Menurut pelantun suara lagu ‘Intan Payung’ itu, dia memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi apabila segala cita-cita dan impianya bakal menjadi kenyataan iaitu berpindah ke rumah baharu yang pertama kali dibelinya dengan hasil titik peluh sendiri tahun lalu.
Selain itu, Bunga juga berhasrat mahu menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pentadbiran Awam pada tahun sama.
“Impian saya untuk 2023 ini adalah untuk habiskan pengajian ijazah dan juga pindah ke rumah baru. Tahun ini saya nak pindah bersama ibu saya dengan rumah yang saya beli.
“Ibu saya seorang ibu tunggal, saya pula anak bongsu jadi saya tinggal dengan ibu sahaja. Kakak dan abang semuanya telah bekerja. Yang paling bujang dan ada masa adalah saya.
Artikel berkaitan: “Biarlah Apa Yang Mereka Ingin Katakan, Saya Mahu Jadi Diri Sendiri..”- Penyanyi Bunga Ulas Isu Muzik Rap Dan Imej Berbaju Kurung!
“Alhamdulillah, kakak saya sarankan untuk beli rumah dulu supaya selepas tamat belajar, saya dah ada rumah. Jadi saya buat keputusan untuk beli rumah,” katanya.
Terdahulu, menerusi hantaran di laman instagram miliknya, bunga akui merasa puas dengan pencapaian diri dan kehidupanya setakat hari ini, di usia 23 tahun, dia sudah memiliki aset seperti kereta dan rumah pertama hasil usaha gigihnya.
Meskipun terpaksa berdepan kesukaran sewaktu mahu membeli rumah pertamanya kerana tidak mempunyai slip gaji, namun segala urusnya akhirnya menjadi mudah kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan berjaya meyakinkan pihak bank.
Justeru, bunga menasihati rakan seni yang ingin membeli rumah agar mempunyai simpanan kewangan yang secukupnya, sebelum melunaskan hasrat memiliki kediaman sendiri.
“Susah sikit sebab tiada slip gaji dan saya wajarkan anak-anak seni di luar sana yang nak beli rumah siap-siapkan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebab kalau tiada pun, kita kena ada simpanan yang boleh dipercayai oleh pihak bank,” jelasnya.
Sekadar info, Bunga menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa.
Artikel berkaitan: Gaya Fesyen Warna Ungu & Emas Di AJL-36 Cetus Fenomena, Ini Pilihan Busana Menarik Yang Menjadi Tumpuan Ramai!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.