Sambutan Syawal tanda merai kemenangan buat semua umat Islam setelah sebulan mengharungi dugaan berpuasa. Kali ini juga Syawal sangat bermakna buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang telah dibebaskan Ramadan lalu kini berpeluang menyambut lebaran bersama semua anggota keluarganya.
Dalam satu status anak beliau, Hana di laman instagram memberitahu lebaran kali ini cukup berbeza. Dia mengucapkan syukur kerana tahun ini semua ahli keluarga ada di rumah untuk menyambut lebaran bersama.
Melihat foto dimuat turut, keakraban keluarga ini begitu terserlah walaupun sebelum ini ketua keluarga lama meringkuk dalam penjara.
Ternyata kesabaran mereka sekeluarga selama bertahun-tahun ini dibalas dengan momen cukup indah. Dalam gambar berkenaan, mereka sekeluarga turut merakamkan gambar kenangan selepas berbuka puasa dan berterawih.
Malah dalam instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut merakamkan gambar dengan mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya dalam Pakatan Harapan.
Turut diselitkan adalah caption yang cukup memberi makna mendalam.
Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus besikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.
Anwar Ibrahim
14 Jun 2018
Jalinan indah ini akan kekal begitu buat mereka sekeluarga. Namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan setiap dugaan yang datan kerana walau apa juga ikatan kekeluarga terjalin utuh.
Netizen turut mengucapkan syukur ke atas keluarga ini dan mengharapkan Tuhan memberkati mereka sekeluarga.
@sitisarahzahra Alhmdulillah..DSAI dpt beraya bersama family thn ni
@wan_linggitom Keluarga bahagia @hana_pisang
@rositakhalid Alhamdulillah.. finally..
@wnqamaliah May Allah bless this family
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HANA