Nampaknya Nurul Izzah menang bergaya untuk PRU 14 kali ini, walaupun beralih angin di kawasan lain di Permatang Pauh. Nyata sokongan pada Puteri Reformasi ini tetap teguh dan tidak berubah. Melihat penampilan Nurul Izzah yang tampil santun, manis dan menutup aurat tidak hairan ia juga menjadi faktor penyumbang kepada kejayaaannya. Ramai yang tertarik dengan cara penampilannya yang cukup sederhana di samping dikurniakan wajah jelita seiring kebijaksanaannya.
Dilihat sepanjang kempen, beliau masih mengkekalkan penampilannya berbaju kurung dengan pemakaian hijab bawal yang dililit cukup ringkas. Tanpa solekan, wajahnya tetap terampil cantik dan jelita.
Ditambah dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bbir menjadikan dirinya sering jadi perhatian pengundi mana sahaja Nurul Izzah berada. Ada sahaja yang mahu berselfie dengan beliau yang tidak kekok bercampur dengan rakyat.
Memang sejak dulu Nuru Izzah diakui cukup gemar menyarung tudung bawal ke mana sahaja beliau berada.
Menurut Nurul izzah dalam satu temubual bersama Hijabista, ketika ditemui di majlis Perhimpunan Scarf Terbesar anjuran Hijabista dan Aidijuma di Kumpulan Media Karangkraf yang lalu, beliau berkongsi pengalaman hampir 20 tahun menggayakan tudung bawal. Sejak memakai tudung, memang Nurul Izzah selesa memilih bawal.
Menurutnya, tudung bawal memang memudahkan beliau untuk menggayakannya dalam apa jua acara. Tidak berpeluh, tidak renyah ketika melakukan tugasan dan mampu bertahan walaupun dalam apa jua aktiviti dilakukan.
Tudung bawal memang ramai peminatnya. Tidak kira golongan tua atau muda. Fabrik yang lembut juga corak yang menarik menyebabkan bawal punya tarikan tersendiri biarpun pelbagai selendang dicipta masa kini.
Malah follower Nuru Izzah di laman sosial juga menyukai gayanya yang simple ini. Ada juga yang meminta tutorial bagaimana Izzah menggayakan tudung bawal sebegitu kemas dan cantik.
@noorrahayumahmood@n_izzah sya suka sangat cara YB memakai tudung, share la tutorial yb.. hehehe..
@hizzianti_hashimSis , blh x tunjuk tutorial pkai tdg bawal cam sis ???
@missy_azue Yb tutorial Tudung plssssss
@aikazainal85 Cantiknya izzati… YB boleh tutorial style pakai tudung
Dalam satu posting, Nurul Izzah ada berkongsi tutorial cara pemakaian hijab sepertinya. Beliau membuat tutorial pada adiknya, yang juga menggayakan stail yang sama.
Jadi tidak hairanlah selepas ini, gaya stail hijab Nurul Izzah pasti bakal jadi trend dan viral terutama menjelang Syawal nanti.
Ayuh, kita lihat 10 stail tudung bawal yang digayakan oleh YB Nurul Izzah. Walaupun gaya ikatannya sama, tetapi beliau tetap terampil cantik.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL IZZAH & PINOGRAPHY