Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga yang dipraktikkan oleh isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida yang menyuruh anak perempuan, Qadejah El Zahra baru berusia 9 tahun untuk mengenakan hijab. Dalam satu posting, Datin Seri Shahidah bersyukur kerana anaknya boleh mengikut kata dan mendengar cakap apabila disuruh bertudung.
Berbeza dengan pengalamannya dulu ketika disuruh memakai hijab oleh ayahnya. Waktu itu menurutnya beliau tidak mendengar kata sehinggalah ayahnya itu memberi arahan jika tak pakai tudung jangan keluar dari rumah.
Menurutnya lagi memang beliau bertudung apabila keluar tetapi lepas sedikit jauh dari rumah, Datin Seri Shahida akan membukanya.
Malah beliau turut berharap agar anak perempuan tunggalnya itu tidak akan mengikut kenakalan perangai ketika di zaman mudanya dalam soal berhijab.
Waktu itu zaman muda dan beliau akui mahu merasai semua pengalaman bergelar remaja yang memang menyeronokkan.
Datin Seri Shahida memberitahu dia mula berhijab seawal usia 14 tahun walaupun sebenarnya beliau teringin untuk ‘free heair’ sehingga usia mencecah 15 hingga 16 tahun.
Tambahnya ketika itu beliau sudah mengikat rambutnya lawa-lawa tetapi tiba-tiba tidak rasa untuk keluar sebab tak memakai tudung. Daripada situ beliau belajar jika sudah biasa berhijab, insya-Allah niat itu akan Allah pelihara.
Isteri ksayangan Datuk Seri Aliff Syukri turut menambah bagi yang tidak berhijab bukan bermaksud mereka tidak baik.
Malah baginya ada yang sangat-sangat baik sepanjang berkawan dengan mereka (yang tidak berhijab) ini. Cumanya belum dibukakan hati oleh Allah untuk berhijab.
Dan sebagai hambaNya beliau memohon agar mendoakan yang baik-baik sahaja untuk orang yan baik-baik kerana kebaikan itu nanti akan datang kepada kita.
Ternyata perkongsian kisah hijrah hijabnya 20 tahun dulu masih segara diingatan dan dijadikan panduan dalam membimbing anaknya untuk berhijab.
Rata-rata netizen turut memberi komen yang positif dengan perkongsian yang disampaikan. Malah ada yang mengatakan Qadejah sangat comel dan iras muka ibunya apabila berhijab.
norasikinrazali Mak & anak sama cantik…
maisarayyan Anak dara datin.. Lawa macam datin
elnurr.my Alhamdulillah. cantiknya datin & qadejah
lavienda_mahfuz Cantiknye 2 org bidadari syurga… insyaa Allah
nurrultia cantiknyaaa subbahanallah
herdanelie Cantik datin dn qadejah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DS SHAHIDA & QADEJAH