20 Koleksi Resepi Telur Mudah Dan Sedap Digemari Ramai. Comfirm bertambah!
Februari 8, 2022
Share
Tahukan anda ada banyak resepi telur mudah, tidak hanya telur dadar, ada telur sambal, acar telur dan lain-lain. Jangan sampai goreng telur, keluar dari kebuntuan untuk memasak telur hijabista kongsi pelbagai resepi untuk elak kebosanan keluarga anda.
Hidangan telur ialah hidangan yang selalu menjadi kegemaran ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas. Bahan-bahan yang digunakan tidak susah untuk didapatkan. Masa memasak pula boleh siap dalam 2 minit sahaja.
20 resepi telur ini ialah praktis dan mudah namun sedap sangat. Jom tengok resepi di bawah ini. Sajikan telur sebagai sajiansahur mahupun berbuka. Selamat mencuba.
1. Resepi Telur Dadar Rangup
Nampak biasa saja, tapi rasanya memang luar biasa. Masak telur letak tepung jagung dan bawang putih, bila sudah goreng jadi wangi semerbak. Jom ikut resepi daripada Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook. Crunchy krup krap krup krap.
Bahan-bahan:
Telur dua biji
Tepung jagung 1 sudu teh penuh
Daun sup dan daun bawang hiris
Bawang merah dadu
Bawang putih hiris (saya kisar)
Cili merah hiris
Nak letak cili padi pun boleh
Serbuk perasa ayam
Garam
Cara-cara:
Campur semua bahan dan kacau sampai berbuih.
Cara goreng. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga kuali berasap.
Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing.
Kalau 2 biji telur saya goreng 2x supaya lagi rangup.
2. Resepi Telur Sarang
Telur sarang ini menjadi pilihan selain daripada telur dadar. Bentuknya yang hampir sama namun terdapat perbezaan sedikit pada bahan yang digunakan. Mari tengok resepi mudah daripada Alia Ismail di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Telur sebiji
2 setengah sudu besar air putih/paip
Garam pink sedikit kalau nak
Minyak yang banyak
Cara-cara:
Panaskan kuali dengan api yang besar sangat, tuang minyak yang banyak.
Kacau telur, masukkan air, kacau lagi sampai berbuih-buih telur uols.
Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur jatuh dengan tali halus dalam kuali dan merebak ke seluruh minyak.
Tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar.
Bila sudah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
Terbalikkan lagi sekali bila sudah garing. Angkat dan toskan.
Kalau tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan masa masak.
Nota: Kalau untuk berniaga tak perlu minyak banyak. Anda jangan pakai minyak banyak-banyak. Nak lagi sihat goreng pakai minyak kelapa tanak ya.
3. Resepi Telur Sambal Cili Padi
Jom buat di rumah. Resepi perkongsian ramai daripada CikMar Jhd di Facebook ini confirm akan menitik air liur anda.
Bahan-bahan:
Cili padi + cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Belacan (Blender/tumbut lumat)
Garam/gula/sedikit air asam jawa
Telur ayam
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Tumis semua bahan sampai pecah minyak.
Masukkan air dan bahan-bahan perasa.
Jika sudah mendidih, pecahkan telur sebiji-sebiji.
Tunggu telur masak.
Tutup api. Siap.
4. Resepi Telur Gulung
Resepi telur gulung yang lembut, renyah dan sedap. Pada resepi ini Faizah Rosdi di Facebook menggunakan kuali leper untuk memudahkan proses menggulung telur. Kalau rajin boleh dah start mengulung untuk berbuka.
Bahan-bahan:
Telur 4 biji (ikut nak guna 2,3 biji)
Cili besar merah 2 biji *
Daun bawang sikit *
Daun sup sikit*
Carrot*
Maggie cukup rasa
Garam
Cara-cara:
Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda *
Masukkan telur, maggie cukup rasa dan garam. Kacau sampai sebati.
Sudah boleh terus masak.
Dalam kuali leper gulungkan telur.
Sudah siap goreng, potong telur ikut suka.
5. Resepi Acar Telur Masin
Acar tak perlu dimasak ya! Semua bahan ialah mentah. Jom tengok resepinya perkongsian ramai daripada Kak Ida’s Kitchen di Facebook seperti di bawah ini.
Bahan-bahan:
Telur masin direbus
Bawang besar @ cili api @ cili hijau @ cili merah dihiris
Carrot@ daun pegaga dan tomato
Cuka @ gula @ sedikit garam
Cara-cara:
Keluarkan telur dari kulit dan belah 4.
Gaul smua bahan.
6. Resepi Telur Bistik
Sesiapa penggemar telur bistik tu sila cuba resepi daripada Norhafizah Shabudin di lama Facebook ini. Sedap berkuah, bosan asyik telur kering sahaja. Boleh cuba ni!
Bahan-bahan:
Telur
Daging ayam
Garam
Bawang putih cincang
Bawang holland potong dadgu.
Sos cili
Sos Tomato
Cili padi ketuk
Sayur
Cara-cara:
Untuk telur dadar:
Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yang sudah digoreng terlebih dahulu. (Boleh guna daging burger).
Gorengkan telur macam biasa.
Untuk kuah:
Tumiskan bawang putih cincang + bawang holland potong dadu.
Jika sudah layu, masukkan sos cili + sos tomato. Tambah air.
Jika sudah siap kuah, tuang atas telur dadar. Tabur daun sup daun bawang.
nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dan cili tomato lebih.
7. Resepi Sup Telur
Sup telur juga dapat membangkitkan selera makan. Resepi mudahnya dikongsikan oleh Joha Hassan di laman Facebook. Sila cuba resepinya.
Bahan-bahan:
3 biji telur segar
1 ltr stok ayam atau air dan perisa ayam @ knorr ayam
2 sudu kicap manis
1 inci halia dititik
1 mangkuk air dan tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit serbuk lada putih
3 tangkai daun sup atau bawang dihiris halus
Cili padi hiris, kicap dan Minyak bijan sedikit untuk sos nya
Cara-cara:
Letakan stok ayam dalam periuk.
Letakan halia yang dititik dan kicap manis.
Bila mula mendidih, letakan air campuran tepung jagung, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam, gaulkan rata.
Kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
Tuangkan telur kedalam stok ayam, gaulkan perlahan hingga telur masak.
Jangan sampai telur begentel.
Letakan daun sup atau bawang. Perasakan sup nya.
Sediakan cili padi, kicap dan minyak bijan sebagai sos nya. Sajikan panas-panas bersama hidangan lain.
Boleh letakkan isi ketam, udang atau hirisan ikan dan cendawan kedalam sup telur ini.
8. Resepi Telur Gulung Goreng
Menu ini memang paling digemari di negara jiran terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Hidangan ini unik kerana menggulung telur bersama sosej menggunakan lidi. Resepi daripada Nurul Hanisah di laman Facebook. Makan dengan sos jadi makin sedap.
Bahan-bahan:
Telur ayam 4 biji
Tepung ubi kayu 1/2 sudu besar
Bawang putih 2 ulas dicincang
Garam 1/2 sudu kecik
Serbuk lada sulah 1/2 sudu kecik
Serbuk perasa/chicken stok 1/2 kecil
Air kosong 80 ml
Sosej yang digoreng dan dicucuk lidi
Bahan Untuk dicecah:
Sos
Mayonis
Cara-cara:
Ambil telur, tepung ubi kayu, bawang putih, garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah dan air.
Gaul sehingga sebati semua bahan.
Cara-cara Menggoreng:
Minyak pastikan banyak kalau tak dia tak jadi.
Ambil 1 senduk kecil dan tuang dalam kuali pelan-pelan dan tarik senduk ke atas baru jadi.
Ambik sosej yang sudah dicucuk lidi dan gulung telur yang di dalam kuali.
Angkat dan toskan minyak dulu.
Siap untuk dimakan.
Makan bersama sos dan mayonis.
9. Resepi Tart Telur Simple (Kulit Roti Gardenia)
Resepi tart telur yang dikongsikan oleh Anna Rozza di Facebook ini menggunakan roti keping gardenia sebagai kulit tart. Mari tengok resepi simple namun sedap ini. Kena makan panas-panas baru rangup.
Bahan-bahan:
Roti gardenia
Bahan adunan telur
5 biji telur
300 gm susu segar
50 gm susu pekat
140 gm gula ising
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Ambil roti Gardenia dan gelek hingga leper.
Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.
Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 1o minit. (Agak-agak roti garing sikit, tujuan
supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tak bakar dulu nanti roti akan serap adunan telur).
Cara Menyediakan Adunan Telur:
Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah dibakar sebentar tadi.
Bakar kembali sehingga masak. Siap.
10. Resepi Telur Masak Kicap
Telur digoreng separa masak, kemudian dimasak dengan rempah masak kicap yang lazat. Dimakan bersama nasi putih panas-panas. Boleh bertambah 2 pinggan makan nasi. Resepi dikongsikan oleh Roshida Rifqi Raisha Rayyan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Telur digoreng separa masak,
Bawang besar,
Bawang putih,
3 sudu besar kicap manis,
2 sudu besar sos cili,
Sedikit garam,
Cili api.
Cara-cara:
Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukan kicap manis bersama sos cili dan kacau bagi sebati.
Masukkan garam.
Kemudian masukan telur dan balik-balikkan telur tersebut.
Masukan bawang besar dan cili api.
Tunggu mendidih boleh tutup api.
11. Resepi Telur Masak Sos
Mudah sangat resepinya dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Masak sekejap 5 hingga 10 minit boleh terus siap. Tidak rugi cubakan resepi ini. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Telur goreng mata 5 biji,
Cili dan bawang dimesin dalam 2-3 sudu besar,
Sos cili 5 sudu besar,
Sos tomato 1 sudu besar,
Sedikit air,
Garam,
Gula,
Bawang besar potong bulat,
Cili api dibelah 2,
Minyak untuk menumis.
Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan cili mesin.
Masukkan sedikit gula, kacau smpai cili garing.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan biar pecah minyak.
Masukkan air (agak-agak kepekatan yang diinginkan).
Masukkan garam, bawang besar dan cili api. Sesuaikan rasa.
Reneh selama 10 minit. Tutup api.
Tuang ke atas telur mata tadi. Pastikan sos rata di atas semua telur.
12. Resepi Telur Dadar ala Thai
Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.
Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini resepi daripada Murni Rahmat di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 biji telur,
1 sudu besar tepung,
Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
Garam/cukup rasa.
Cara-cara:
Kacau telur sampai semuanya sebati.
Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
Nota: Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.
13 Resepi Telur Bungkus ala Thai
Kesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut. Telur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Jom tengok resepi telur bungkus daripada Nor Shakinah Md Zainal di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong kecil,
2 ulas bawang putih cincang,
Potong dadu 1/2 biji bawang besar,
Potong dadu suku batang carot,
Potong dadu 1/2 biji tomato,
Potong dadu sedikit cili merah,
Kalau mahu pakai mix vege pun boleh,
Cara-cara:
Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih.
Kemudian masukkan ayam dan kacau sekejap.
Lalu masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau sos cili apa saja.
Tambahkan 2 sudu besar sos Thai life.
Masukkan lagi 1 sudu besar sos tiram, sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.
Setelah itu masukkan carrot dan bawang besar. Biarkan masak selama dua minit.
Akhir sekali masukkan tomato dan cili.
Kacau-kacau dan siap bahagian isi telur bungkus.
Cara Membuat Telur dan Membungkus:
Basuh 2 biji telur dan pecahkan dalam mangkok.
Tambah sedikit garam dan pukul sebati telur.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Lenggang telur hingga memenuhi kuali.
Letakkan bahan isi tadi di atas telur.
Tutup/bungkus.
Siap untuk dihidangkan.
14 Resepi Telur Masak Kurma
Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera. Resepi mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.
Bahan-bahan:
10 butir telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit dan goreng sekejap.Toskan,
4-5 biji kentang (potong ikut suka),
3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut,
10 biji cili padi hijau jangan buang tangkai (hiasan),
2 tangkai cili merah potong serong (hiasan),
2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis),
3-4 butir bunga lawang,
1 biji bawang besar (hiris),
5 ulas bawang putih (hiris),
Halia sebesar ibu jari (hiris).
Bahan Pes:
3 paket kecil rempah kurma,
1 sudu besar rata garam,
½ sdt bahan perasa (ajinomoto),
1 biji asam keping,
3 tangkai daun kari,
1 cawan air, (Kacau semua bahan ini untuk jadikan pes).
Cara-cara:
Mula-mula tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan pes kurma dan tumis hingga betul-betul naik minyak.
Masukkan kentang dan gaul sebati.
Bila kentang sudah mulai lembut masukkan santan.
Jika santan sudah mendidih, masukkan telur.
Masukkan cili padi hijau dan cili merah.
Jika sudah pekat, sesuaikan rasa.
15. Resepi Sup Tauhu Telur
Tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook.
Bahan-bahan:
Tauhu telur, goreng dengan minyak betul-betul panas.
Bawang putih cincang.
Serbuk lada hitam.
Udang/isi ayam.
2 sudu besar sos tiram.
Cendawan shimeji/fresh shitake.
Lobak merah, hiris halus memanjang.
Daun sup, hiris.
Tepung ubi, bancuh dengan sedikit air (kalau ingin ganti dengan tepung jagung pun boleh).
2 biji telur, pukul dengan garfu.
Garam.
Serbuk perasa (kalau suka).
Cara-cara:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
Masukkan tauhu yang sudah digoreng.
Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.
Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.
16. Resepi Telur Air Asam
Rebus telur hanya 7 minit. Buat air asam pula 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab makan bertambah. Rasa asam makin menaikkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Telur dibasuh bersih.
Bahan Air Asam:
Cili api,
Bawang besar,
191Tomato, (Hiris atau cincang ikut suka).
Asam jawa,
Garam cukup rasa,
Aji/perasa,
Air suam.
Bancuh sebati.
Cara-cara:
Rebus telur dalam periuk selama 7 minit. Masukkan air sama paras dengan telur. Buka api PALING BESAR.
Kupas telur di bawah air paip supaya telur elok licin tidak koyak.
Toskan dan potong, letak dalam mangkuk.
Masukkan cili, tomato dan bawang.
Tuang air asam. Tunggu 15 minit supaya meresap dan sebati.
17. Resepi Telur Kicap Cabai Masam Manis
Seterusnya ini bukan menu telur kicap manis biasa. Rasa pedas mengambil peranan agar rasanya tidak menjemukan. Resepi telur kicap cabai masam manis dikongsikan oleh Kay Ahmad di Facebook.
Bahan-bahan:
Telur,
Kicap,
Bawang besar dihiris.
Cara-cara:
Goreng telur mata. Angkat.
Tuang sedikit kicap masa telur tengah panas.
Dalam minyak yang sama, goreng bawang besar yang dihiris-hiris.
Goreng sampai layu jangan terlampau garing nanti tidak sedap.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe