Benarlah kata orang, mana bisa kita lupakan tempat kelahiran yang pastinya mempunyai banyak memori saat kita masih kecil. Bayangkan juga rasa rindu yang tersimpan andai lama tidak pulang berjumpa dengan insan tersayang yang menunggu setia di halaman kampung? Begitulah ceritanya dengan pengasas produk kecantikan dan kesihatan Mutyara, Tya Arifin.
Baru-baru ini, bintang dari negara Indonesia ini memuat naik sebuah video pendek kepulangannya ke kampung halaman di Palembang, Indonesia. Meskipun hanya sekadar video pendek sahaja, namun pengisiannya amat memberi kesan kepada semua yang menonton, terutamanya saat Tya memeluk erat dan mencium pipi ayahnya. Kedua-dua anaknya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf turut sama pulang ke Palembang dan ternyata, kasih sayang ayahnya kepada cucu-cucunya jelas terlihat saat mereka beramah-mesra di dalam video itu.
Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih ga ketemu.
Apa yang paling menyentuh perasaan apabila Tya berkongsi penulisannya tentang bapanya yang dikenali sebagai Bapak Arifin.
Ya, beliaulah Bapak Arifin. Ayah Tya. I am proud to be his daughter.
Sudah tentu, video itu mendapat perhatian netizen yang turut berasa sayu dan terharu melihat kemesraan mereka itu.
Sumber: Instagram Tya Arifin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe