2 Tahun Diiktiraf Bayi Kacukan Tercantik Di Dunia, Dhuhaa Sophea Bakal Jadi Kakak Tak Lama Lagi

Share

Diam tak diam, kanak-kanak yang pernah diiktiraf antara bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea Binti Stumbrys  kini sudahpun berusia dua tahun. Dalam posting yang dimuat turun dalam instagram milik ibunya, Siti Safuraa Hamzah, mengucapkan selamat ulang tahun kedua yang disambut secara sederhana bersama mereka sekeluarga. Namun yang lebih bermakna apabila Dhuhaa Sophea bakal ada teman kerana akan menjadi kakak tidak lama lagi. Ibunya kini sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkan anak tahun depan.

Nampaknya Dhuhaa Sophea tidak lagi keseorangan bermain kerana dia bakal mempunyai kawan tidak lama lagi. Jika dlilihat selama ini dunainya hanya keluarga dan kenalan terdekat, tetapi mulai tahun depan kanak-kanak comel ini bakal ada teman baru.

Malah si cilik ini  yang dilahirkan atas perkongsian cinta dua benua ini jaga bakal menjalani alam persekolahan tidak lama lagi. Walaupun baru berusia dua tahun Dhuhaa Sopeha dilihat cepat matang berbanding kanak-kanak lain seusia dengannya.

Malah dia bukan sahaja menjadi kesayangan kedua ibu bapanya, tetapi juga ibu bapa sebelah bapanya, Asadullah Stumbrys. Baru-baru ini dia yang pulang ke kampung halaman bapanya di Lithuania telah disambut dengan begitu meriah oleh keluarga Asad.

Ibu dan bapa Asad begitu menyayangi cucu pan-asian mereka ini dan sering dilihat menghabiskan masa bersama sepanjang percutian itu.

Kedua ibu bapa Asad tidak lepaskan peluang habiskan masa bersama cucu kesayangan.

Sempena sambutan hari lahirnya juga, Dhuhaa Sophea turut menerima ucapan tahniah daripada follower

yang juga turut setia mengikuti perkembangan dia di laman instagram ibunya. Masing-masing mendoakan agar dia  sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Apa pun Hijabista ucapkan Selamat Hari jadi, moga jadi anak yang solehah pada kedua ibu bapa.. Tak sabar nak tengok baby pan-asian nombor dua dalam keluarga campuran ini.

eiyz22 Happy bday sanahelwa bby dhuha sophea,,, may Allah bless u,,,

__nrhdyu Happy birthday dhuha sophea ..May Allah bless you always .. Semoga menjadi ank solehah ye syg

wan.arisa Hb Dhuhaa Sophea, semoga sntiasa dlm lindungan n rahmat Allah,membesar jd ank yg solehah utk mummy n daddy…aamiin

nukilan_que Happy birthday Sophea..Moga menjadi anak yang solehah untuk mommy n daddy..

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI SAFURAA

Published by
Siti Zurina