2 Tahun Alami Kemurungan Hingga Terfikir Untuk Bunuh Diri & Simptom Dikongsi Wanita Ini Buat Hijabi Gerun

Share

Dewasa ini sudah banyak kita lihat masyarakat kita terdedah pada masalah depresi atau kemurungan yang berpanjangan. Malah lebih teruk lagi kesannya boleh menyebabkan kematian pada orang lain dan biasanya dalam kalangan ahli keluarga. Apa agaknya simptom kepada masalah kemurungan ini yang jika kita boleh elakkan daripada memudharatkan diri sendiri. Perkongsian wanita ini di laman twitter memberitahu pengalamannya berdepan masalah ini sehingga terfikir untuk membunuh diri.

Menurut wanita ini Hannah Fawwazah yang juga seorang ‘backpacker’ dia disahkan mengalami kemurungan ini pada tahun 2016 ketika menetap di USA. Dan sejak itu dia terus mendapatkan rawatan (diberi ubat) oleh pakar psikitari hingga sekarang.

Sebelum ini memang yang ramai orang berkata dia kelihatan gembira setiap kali bergambar dalam Instagram. Tetapi sebenarnya dia menderita setiap hari dan setiap saat. Dia tidak mahu menambah kesakitan yang memang dirasai dalam hdupnya.

Ayuh kita selami thread yang ditulis sepanjang pengalamannya berdepan dengan masalah ini.

‘Depression’ langsung tak sama dengan ‘stress’ biasa.

Memang jenis tak kuat.

So apa yang kau boleh buat.

Disahkan alami ketika tahun 2016 lagi sewaktu menetap di USA.

Kalau keluarga tak sokong, jangan berada di sekeliling mereka.

Paling penting kena jumpa psikiatri.

Oleh kerana threadnya mengenai kemurungan ini hingga mendapat retweet hampir 10 ribu dan butang like

lebih 6 ribu, ramai yang telah DM padanya untuk bertanya lebih lanjut mengenai masalah ini.

Wanita yang menggunakan akaun di twitter Hannah On Earth ini kemudiannya tidak keberatan berkongsi simptom yang dialami sepajang mengalami kemurungan ini. 

Buat penyelidikan atau baca artikel berkaitan.

Minta orang tersayang beri kata-kata semangat. Dia juga turut menghabiskan masa dengan pergi ke pusat perlindungan haiwan dan ia berkesan.

Turut menjaga haiwan peliharaan sendiri iaitu seekor tikus belanda.

Jangan sesekali ada rasa bersalah dalam diri. Menangislah bila terasa mahu menangis.

Tapi belum sampai nak cederakan diri. Kalau ada pemikiran begitu cepat-cepat cari orang lain untuk bersama mereka.

‘Stress’ berpanjangan juga akan menyebabkan bertukar kepada ‘depression’. Jadi bila dapat ubat terus kena makan.

Terus makan ubat dan jangan berhenti. Untuk kurangkan beban bukan merawat dan ia adalah salah satu usaha.

Sebagai kawan baik, sentiasalah berada di sisi mereka yang ada masalah ini. Banyakkan bersabar dan doakan mereka yang baik-baik sahaja.

Ini sebenarnya yang dialami oleh wanita ini sepanjang alami kemurungan.

Tidak suka keluar rumah jumpa orang.

Alami sakit yang tak sembuh, batuk dan badan jadi lembik.

Memang terfikir untuk bunuh diri.

SUMBER: TWITTER HANNAH ON EARTH

Published by
Siti Zurina