Konflik antara Palestin dan Israel yang bermula sejak 1947 masih menjadi isu kemanusiaan yang belum berakhir sampai saat ini. Kisah peperangan yang menyayat hati, bukan hanya memusnahkan kediaman malah mengancam nyawa mereka.
Dua aktivis berhijab ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, mereka juga lantang menyuarakan hak kebebasan untuk rakyat Palestin.
LEANNE MOHAMAD
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London. Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan Israel di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam. Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.” Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu. Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London. Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
LAILA EL-HADDAD
Seorang penulis Palestin dan penceramah awam dari Amerika Syarikat. Dilahirkan di Kuwait, Laila sering menghabiskan musim panasnya di Gaza. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Duke dan Harvard, Laila memutuskan untuk berpindah ke Gaza.
Laila mendedahkan masalah dihadapi rakyat Palestin setiap hari semasa bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera di Gaza. Laila turut membuka akaun Twitter peribadinya @gazamom di mana dia berkongsi kisahnya membesarkan anak-anak di Gaza.
Selain menyiarkan resipi untuk makanan tradisional Palestin semasa tinggal di AS, Laila masih terus menyiarkan dan meningkatkan kesedaran orang lain tentang keadaan di Palestin, dan mengumpul wang untuk membantu mereka di bawah penjajahan Israel.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nurul Zahid Kongsi ‘NOTA CINTA’ Kelebihan Bersuami Pesanan Dari Arwah Suami Dengan Netizen
Gemar melihat personaliti ini yang kelihatan cantik, ceria dan cukup positif dalam setiap gambar deserta posting yang dimuat turun dalam laman sosialnya. Wanita cantik ini sering dilihat memuatkan kata-kata nasihat kepada followernya yang semakin hari kian bertambah. Terbaru personaliti TV, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat turun satu nota yang ditulis oleh arwah suaminya.
Nota bertajuk ‘Kelebihan Bersuami itu dikongsi olehnya untuk panduan kepada kaum isteri di luar sana. Walaupun arwah sudah tiada, tetapi beliau tetap mengingati segala pesanan yang dititipkan dan dijadikan panduan untuknya melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina bersama suamnya kini.
Bukan sahaja untuk dirinya, bahkan buat wanita di luar sana yang sudah berkahwin dan mahukan hidup berkeluarga itu kekal hingga ke jannah.
Bismillahirahmanirahim. Satu perkongsian buat semua wanita. Kelebihan wanita yang bersuami. Nota ini diberikan kepada saya daripada arwah suami yang terdahulu. Sy ingin menyampaikan dan berkongsi nota ini agar arwah mendapat sedikit ganjaran dari kebaikan yg arwah tinggalkan. Sy ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suami terakhir sy inshaa Allah. ?? Kelebihan bersuami. .
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
Artikel Berkaitan: Dato’ Nurul Zahlt Buka IG Baru Gara-gara Dikecam Haters
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…
SUMBER: INSTAGRAM NURUL ZAHID VIA OHBULAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dayah Bakar Ceria Berposing Time ‘Honeymoon’, Walaupun Pakai Baju Orang Lain Sebab ‘Luggage Stuck’
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati bulan madu. Tidak terkecuali bagi pasangan baru, Dayah Bakar dan suaminya, Kapten Hanif. Pasangan ini mengambil kesempatan bercuti dan menerokai keindahan Kashmir, India sambil mengenali hati budi masing-masing. Namun keseronokan menikmati bulan madu sedikit tercalar kerana beg pakaian Dayah Bakar mengalami masalah menyebabkan dia terpaksa menggayakan pakaian orang lain.
Menurut Dayah, gara-gara masalah luggage stuck, menyebabkan beg persalinan tidak sampai ke tangannya.
Namun dia bernasib baik kerana menurut Dayah ada seorang kakak dari Malaysia yang duduk di hotel sama telah meminjamkan satu persalinan termasuk baju dan tudung kepadanya.
Menurut Dayah kakak berkenaan berasa kasihan melihat dia yang tidak ada baju disebabkan masalah luggage stuck ini dan telah menghantar baju dan tudung terus ke biliknya.
Namun dek kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan bumi Kashmir, Dayah tetap kekal positif dan ceria bergambar kenangan di samping suami tercinta.
Artikel Berkaitan: Dayah Bakar Pilih Berkat Hari Jumaat Langsungkan Pernikahan
Bagaimanapun masalah ini berjaya diselesaikan apabila beg baju berkenaan telah selamat sampai ke tangannya dengan selamat.
Dayah yang muat turut postingnya di laman Instagram memberitahu, dia dan suami begitu menikmati keindahan pemandangan indah di bumi Khasmir India.
Betapa dia menyatakan kekagumannya terhadap kebesaran Allah yang mencipta keindahan pemandangan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Dilihat dalam satu posting itu Dayah sempat menaiki kuda di salah satu kawasan pergunungan dan juga menziarah satu perkampungan yang mana kebanyakan penduduknya orang tua tetapi masih kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Biarpun diingatkan untuk tidak berbuat baik kepada mereka, namuh sifat peri kemanusiaan Dayah mengatasi segala-galanya dan turut memberi sedikit rezeki kepada kumpulan orang tua berkenaan.
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAYAH BAKAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Ubat Merawat Penyakit Patah Hati, Salah Satunya Jangan Mendramatikkan Keadaan
Isi Kandungan
ToggleHati sanubari anda kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi anda lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
Seharusnya anda bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya anda masih ada hati kan?
Patah hati atau di kalangan melinial sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.
Kalau dilihat dari sudut mana pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius. Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina. Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.
Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh.
Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
— QS. An Nuur: 26
Jadi yang sedang berduka dan patah hati, masihada ubat untuk merawat penyakit ini. Jangan sesekali anda lupa bahawa yang sentiasa melihat perbuatan anda adalah yang di Atas sana. Ubatilah hati dengan jalan yang benar. Buntu mencari solusi segala penyelesaian rujuk lah pada Dia kerana segala yang berlaku ada hikmahnya.
Psikolog Dr Guy Winch, penulis How To Fix A Broken Heart, telah berkali-kali menangani mereka yang mengalami patah hati. Dengan menggunakan riset, makalah, dan pengalaman menangani banyak pasien patah hati, Winch merangkum beberapa masalah paling umum yang dihadapi saat patah hati ,dan cara menanganinya.
7 Jenis Ubat Untuk Mengubat Patah Hati
1. Jangan mendramatik-kan keadaan
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?
Apatah lagi menyalahkan diri sendiri kerana perpisahan sebenarnya dapat membuat kita lebih sukar untuk move on, dan dapat menyebabkan kita larut dalam kesedihan. Kita pasti sering bertanya-tanya, “apa yang saya lakukan salah?”. Menyerah pada pikiran negatif dapat membuat usaha untuk memperbaiki patah hati sia-sia.
Solusinya jika hugungan itu ada kena-mengena dengan keluarga, kemungkinan besar memerlukan waktu yang lama untuk menerimanya. Abalisi segala tindak bala sekeliling tanpa membuat tindakan yang tergesa-gesa.
2. Putus asa itu dosa
Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Bahkan, hal-hal paling tidak penting pun boleh membuat anda menangis. Misalnya, saat anda lupa membawa payung ketika hujan, atau anda marah pada seorang teman karena hal yang remeh. Anda mungkin terfikir bahawa mental anda terganggu. Tapi, anda jangan sampai kehilangan akal dan berputus asa. Hormon stres kortisol yang berperanan besar dalam perilaku yang tak menentu itu.
Rasulullah bersabda:
Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.”
—HR. Al Bazzar dan Thabrani
Solusinya rasa sakit secara emosional akibat perpisahan sering mengakibatkan tubuh memproduksi kortisol yang tinggi dan menekan sistem kekebalan tubuh, serta mempengaruhi mekanisme penyembuhan. Menurut Winch, langkah pertama dalam memperbaiki masalah adalah memahami bahawa itu normal. Jadi, jika hal-hal yang paling kecil membuat anda putus asa, luangkan waktu untuk menyedari bahawa reaksi anda kemungkinan besar disebabkan oleh responnya tubuh terhadap perpisahan. Sedarilah, reaksi itu bukan kerana keperibadian tetap yang baru seperti sedih, marah atau penolakan akan cinta.
3. Jangan menyendiri
Otak tak boleh menerima kandasnya hubungan tersebut saat hubungan berakhir, anda seringkali tergiang suaranya, membaca kembali pesan lamanya atau melihat foto-foto yang mengabadikan momen indah bersamanya.
Anda mungkin juga mengurung diri dari dunia luar. Jangan menyendiri, cari teman-teman yang dapat support dan yang membuat anda bangkit bukan yang menjatuhkan anda pula. Ketika patah hati, otak merespons cara yang sama seperti ketagih ubat terlarang.
Solusinya anda perlu memahami mengapa perpisahan itu terjadi agar boleh move on dari kisah cinta yang kandas tersebut. Anda juga disarankan agar mendengarkan saat sang pencinta memberitahu mengapa anda harus berpisah. Dan, jangan membuat alasan sendiri yang boleh mengeruhkan keadaan.
Jika hubungan itu berakhir tanpa alasan yang jelas, jangan salahkan bekas kekasih. Anda juga tak perlu memaksanya untuk kembali bersama. Menghargai diri sendiri adalah keutamaan yang penting bagi menjaga mauah diri. Fahami alasan mengapa hubungan tersebut harus berakhir, anda pasti tak lagi berharap untuk kembali bersamanya. Hidup pasti akan diteruskan dengan lebih indah!
4. “Stalking” media sosial si bekas kekasih
Kemungkinannya adalah ketika kita megikuti perkembangan bekas kekasih di media sosial, anda akan menemukan sesuatu yang tidak ingin dilihat. Hati pasti akan jatuh pada kecemburuan tak jelas yang semakin membuat kita susah melupakannya. Mengintip media sosial bekas kekasih hanya boleh membuat kita lebih sukar move on.
Solusinya kita harus menghapuskan godaan iti. Meskipun terlihat seperti kebudak-budakan untuk tidak berteman atau tidak mengikuti media sosial bekas kekasih, haruslah memikirkan diri sendiri. Selain itu, anda harus menutup akses untuk menyakiti diri sendiri dengan membuka luka lama. Sekat semua media sosial adalah cara kita membatasi akses bersama bekas kekasih. Secara otomatis, cara ini akan membuat kita merasa lebih baik.
5. Perbanyakkan Kegiatan Positif
Tak perlu pergi ke tempat yang penuh kenangan bersamanya. Membawa diri ke tempat-tempat di mana kenangan bersama semasa bahagia, mungkin terdengar sebagai solusi yang tepat. Tapi, ini hanya boleh membuat hati menjadi lebih buruk ke depannya.
Solusinya juga mengatakan bahawa cara tersebut adalah idea yang tidak berkesan. Sebaliknya, kita perlu “membersihkan” asosiasi kita dengan tempat-tempat tersebut. Anda boleh menyingkirkan kenangan lalu, dengan aktiviti lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan sakitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang anda sangka.
6. Krisis identiti
Sebuah hubungan asmara adalah tentang “anda”. Tapi, apa yang terjadi saat anda harus kembali pada “diri sendiri”?
Solusinya jangan biarkan hati mengendalikan diri anda. Terus lakukan aktiviti biasa yang anda pernah lakukan bersama. Jadilah diri sendiri, apa menariknya mungkin anda boleh menukar penampilan anda.
Tiba masanya sekira anda tidak berhijab sebelum ini, ubahlah penampilan supaya lebih diredhai Allah.
7. Bersyukur, Berusaha dan Doa
Melihat kembali hubungan yang kandas tersebut, mudah bagi fikiran untuk menipu kita agar berfikir hubungan tersebut sebenarnya jauh lebih baik dari kenyataan. Tapi, hanya kerana kita tidak boleh mengingat kekurangan bekas kekasih, bukan bererti bahawa dia tidak memiliki kekurangan.
Solusinya anda harus memaksa diri untuk mengingat hal buruk dalam hubungan tersebut dengan jelas. Tapi, ini bukan bererti kita harus meyakinkan diri sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah orang yang mengerikan. Sebagai gantinya, ubati patah hati, dengan mengingatkan diri sendiri tentang kekurangan dalam hubungan tersebut. Jangan melihat lagi hal indah dalam hubungan yang telah kandas itu. Ingatlah bahwa bekas kekasih kita adalah orang yang tidak sempurna. Cara ini akan menghentikan kegusaran kita untuk kembali bertemu denga orang baru yang mampu mengisi hati.
Kalau anda putus dari ikatan couple, itu bererti anda terbebas dari perbuatan mendekati zina. Anda harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja, tak perlu bercouple / bercinta sebelum kahwin ni. Buktikan anda serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu sesuai dengan Anda. Anda belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat anda. Pasti!
Cinta Yang Terpuji
“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan.
Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI