Berlaku tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di mana seramai 18 mangsa telah disahkan meninggal dunia pada tempat kejadian sekitar jam 5.30 petang.

18 maut termasuk 4 orang kanak-kanak…

Sumber dari SMART

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, terdapat 14 orang mangsa masih lagi tertimbus dalam timbunan tanah di lokasi.

Ujarnya lagi, kemalangan itu melibatkan seramai 94 orang mangsa dan hanya 61 orang sahaja selamat manakala 18 telah disahkan meninggal dunia termasuk empat orang kanak-kanak.

“Mangsa terbaru dikeluarkan sekitar jam 4.40pm tadi, dan dalam setengah jam yang lalu kita menjumpai seorang lagi mangsa tetapi masih dalam proses untuk dibawa keluar,

“Kita mengalami kesukaran mengesan mangsa berikutan kedudukan mayat yang telah ditolak jauh dari tapak khemah oleh runtuhan tanah.” katanya ketika disoal di tempat kejadian.

IKLAN

“Saya nampak separuh badan wanita tertimbus…” – mangsa kejadian

Sumber dari SMART

Dalam temubual bersama Harian Metro, Chong, 28, berkata dia dan rakan-rakan juga merupakan mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm pada hari ini.

Katanya, runtuhan itu berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dan hampir keseluruhan kawasan musnah. Dia yang bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B tidak terjejas teruk dan semua ahli dalam kumpulannya selamat.

IKLAN

“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.

“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya sewaktu ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.

IKLAN

Dia juga menjelaskan sewaktu mereka sedang nyenyak tidur pada jam 2 pagi, terdengar satu bunyi dentuman kilat dan tanah runtuh yang dapat di rasainya di paras kepala. Mereka terus keluar dengan cepat untuk selamatkan diri.

Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI