Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya. Bulan penuh keberkatan, lalu bagaimana caranya kita harus sempurnakan bulan ini.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
-
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
-
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
-
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
-
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
-
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
-
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
-
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih.
-
Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
-
Berbuka dengan merokok atau selain makan minum.
-
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
-
Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
-
Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
-
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.
-
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa.
-
Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak berjemaah solat 5 waktu
-
Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak Subuh berjemaah.
-
Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman