Menggabungkan pilihan warna yang betul adalah penting untuk memastikan seseorang itu tampil menarik dan kelihatan sempurna. Jika salah pilih warna boleh menyebabkan anda terampil sedikit hodoh kerana membuat kesilapan apabila memilih pakaian. Hijabista kongsi padanan 15 gabungan warna menarik untuk digayakan dalam penampilan seharian.
1. Padanan seluar jeans merah jambu.
2. Gabungan warna coral dengan hitam.
3. Gabungan warna terang untuk koleksi santai.
4. Padanan warna laut digabungkan dengan rona kuning.
5. Ini pula padanan warna coral dengan ungu.
Ads
6. Cubaan warna-warna pastel memikat.
7. Padanan warna purple gelap terutama untuk baju.
8. Ini pula bagi mereka yang menyukai jaket kuning menjerit.
9. Pilihan bijak warna retro dan beige.
Ads
10. Hasil paduan brown dengan biru (turquoise).
11. Campuran satu warna mustard dengan kelabu.
12. Untuk mereka yang gemar memilih pakaian ungu malap
13. Gabungan biru gelap dengan oren.
Ads
14. Cubaan warna-warna denim.
15. Pandanan warna untuk kelihatan kasual.
16. Gabungan berani warna kuning menjerit dan hijau terang
SUMBER: Brightside
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain kesihatan tubuh badan, setiap wanita atau gadis begitu menitik beratkan penjagaan wajah. Memang jadi kebimbangan jika jerawat tumbuh atau kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ ini. Boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri kerana masalah jerawat atau ‘breakout’ yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan. Bagi gadis menggelarkan namanya Sabreen atau di laman twitter Sabrina Sofiadin ini juga turut mengalami masalah yang sama empat tahun lalu. Namun dia jenis tak berputus asa dan berusaha memperbaiki kulit yang bermasalah hingga akhirnya menjadi ‘flawless’. Macam tak percaya tetapi inilah antara tip yang dia gunakan.
Perkognsian gadis ini transfromasi kulitnya dimuat turut di laman twitter. Melalui ‘thread’ ini diharap boleh dijadikan panduan terutama bagi gadis yang mempunyai masalah kulit yang sama. Bayangkan dari mempunyai kulit berjerawat teruk. Kini Sabreena mampu tersenyum kerana kulitnya kini sangat licin dan halus.
Setiap wanita menginginkan kulit dan tubuh badan yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Rejim mengamalkan minuman madu setiap hari mampu merealisasikan impian anda untuk sihat dan cantik. Kalau tak percaya, jom la kita cuba.
1. Mengurangkan Angin Dalam Badan
Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air suam bersama madu. Serta-merta anda dapati angin semakin kurang dan rasa selesa.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral. Ianya mempunyai kesan anti bakteria luaran serta dalaman sekaligus meningkatkan sistem ketahanan diri.
3. Membuang Toksin
Daripada mengambil kopi, cuba amalkan minum air suam yang hangat bersama madu setiap pagi, kalau boleh ketika perut masih kosong. Jangan lupa, hirisan lemon untuk memberikan tenaga sepanjang hari.
4. Kulit Makin Cantik
Ini semua orang tahu, amalan minum madu setiap hari baik untuk kulit anda. Apabila banyak toksin disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar dalam tubuh badan. Malahan juga, menjadikan kulit cantik dan semakin berseri.
5. Kulit Wajah Cerah
Madu mempunyai banyak ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat. Itu sebabnya, minum campuran madu bersama ais suam hangat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Malahan juga, membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.
7. Mengurangkan Berat Badan
Setiap kali rasa mahu makan benda yang manis, ambil sahaja madu kerana manisnya datang daripada gula secara semulajadi. Untuk pengetahuan anda, madu juga dapat mengurangkan 64% kalori dalam badan.
8. Pulihkan Sakit Tekak
Anda batuk dan sakit tekak? Cuba minum madu bersama air suam, ianya akan melegakan rasa gatal pada tekak. Begitu juga jika anda demam, amalan ini dapat mengurangkan panas dalam badan.
9. Daya Ingatan
Manfaat madu yang lain adalah madu akan meningkatkan fungsi otak. Cuba untuk mengambil madu secara rutin satu sudu makan sebelum tidur, maka daya ingat anda semakin tajam.
10. Bibir Hitam
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin kian jadi sebutan ramai. Kejayaannya meletakkan dirinya sebagai pelumba MotoGP menjadikan dirinya antara pelumba muda yang kian dikenali di seluruh dunia. Malah kejayaannya baru-baru ini meraih dua mata berharga untuk pasukannya juga turut membanggakan negara. Ramai yang perasan di sebalik litar akan ada seorang wanita berhijab setia memberi sokongan padanya setiap kali beraksi. Rupanya inilah wanita atau ‘umbrella girl’ yang sentiasa setia berdiri di belakang Hafizh Syahrin dalam merai setiap perlumbaan disertainya. Wanita berhijab ini adalah isterinya, Noor Suzana Manaf.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan Disember tahun lalu. Dalam pada itu, Hafizh menyifatkan kehadiran isterinya itu, Noor Suzana Abdul Manaf sebagai pelengkap hidupnya dan menajdikan dia lebih bersemangat untuk memburu keputusan terbaik dalam setiap perlumbaan.
Menurut satu temubual bersama Utusan Online, Hafizh mula mengenali isterinya itu melalui Instagram dua tahun lalu. Sebelum itu dia mengakui citarasanya adalah lebih kepada wanita tidak bertudung dan seksi, tetapi sejak terpandang gambar Suzana di media sosial, membuatkan hatinya terpaut.
Dia bertudung tetapi gayanya menarik dan mempesona membuatkan hati Hafizh Syahrin bagai ditarik-tarik untuk mengenali dengan lebih dekat. Pada awalnya dia hanya like gambar di laman sosial tetapi selepas dua minggu pemuda ini mula beranikan diri menyapanya dan tidak menyangka Suzana juga turut membalas mesejnya.
Dia juga bersyukur kerana dikurniakan isteri yang begitu memahami kerjayanya kini. Kehadiran Suzana tidak pernah sesekali menjejaskan fokusnya, malah sebagai pelengkap hidup yang pasti memberi motivasi baru kepdanya untuk mengecapi lebih banyak kejayan musim ini.
Noor Suzana merupakan seorang Model Muslimah dan dilihat cukup aktif di laman instagramnya. Dia memang seorang hijabi yang bijak meberikan pelbagai pose menarik. Raut wajah lembut dengan sepasang mata redup dimiliki wanita ini nyata berjaya membuka pintu hati pelumba kesayangan ramai ini.
Wanita berasal dari Ampang ini memberitahu dia hanya tahu lelaki ini seorang pelumba motosikal setelah memeriksa profilnya, tetapi tidak arif tentang kejuaraan motosikal dunia. Setelah melihat dia beraksi barulah sedar dia bukanlah calang-calang pelumba.
Menurut Suzana lagi, dia memang berhasrat untuk berkahwin pada usia muda dan sewaktu mula berkawan secara serius selepas berbalas mesej di media sosial, segalanya berjalan lancar hinggalah masing-masing disatukan dalam satu majlis cukup gemilang.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.