Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh setiap individu tidak kira lelaki ataupun wanita. Namun apabila terlalu kerap memakai mekap sedikit sebanyak boleh menyebablan timbulnya masalah jearwat.

Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahukan kulit wajah yang putih, bersih dan mulus. Mekap membantu menaikkan seri wajah seorang wanita namun jika terlalu kerap menggunakan mekap juga tidak baik untuk kesihatan kulit wajah.

Kulit yang sering ditempek dengan mekap akan sukar ‘bernafas’. Lebih buruk lagi apabila mekap pada wajah tidak dibersihkan dengan sempurna sehingga akhirnya timbul jerawat.

IKLAN

Jerawat sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis iaitu papula, pustule, jerawat pasir dan jerawat batu. Jangan bimbang kerana jerawat sebenarnya boleh dicegah. Yang penting, anda perlu rajin.

1. Hindari daripada meletakkan tangan pada wajah.
2. Bersihkan wajah secara rutin dalam dua kali sehari.
3. Minum air mineral secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

IKLAN


4. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak.
5. Hindari stres.
6. Dapatkan tidur yang cukup.
7. Kurangkan pengambilan kekacang.
8. Elakkan wajah daripada terkena sinar matahari secara terus.
9. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau panas untuk mencuci wajah.

IKLAN


10. Bersenam secara rutin.
11. Mandi secara teratur, dua kali sehari.
12. Gunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan daripada air.
13. Gantikan sarung bantal dengan kerap.

14. Kemaskan rambut agar tidak menutup wajah.
15. Kurangkan penggunaan mekap.
16. Bersihkan wajah selepas menggunakan mekap.

SUMBER: hariangadis.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI