Tanah suci Mekah merupakan satu tempat di mana semua keinginan, hasrat mahupun kehendak lebih mudah termakbul. Malah, di sana juga sering berlaku keajaiban yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran.
Begitulah juga perkara yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Maria Muda, apabila tanah suci menjadi saksi pertemuan beliau bersama sahabat yang telah terpisah selama 15 tahun.
Ironiknya lagi, pertemuan yang tak disangka berkenaan berlaku betul-betul di hadapan Kaabah.
@mariabintimuda15 tahun tak jumpa 🥺♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO
Perkongsian video berdurasi 44 saat itu, menjadi tular sebaik sahaja dikongsikan di laman TikTok miliknya menerusi akaun @mariabintimuda
Dalam video berkenaan dapat dilihat rakannya yang sedang berada di hadapan Kaabah dan sedang tercari-cari susuk tubuh rakannya Maria Muda yang sedang berada dalam lautan manusia yang ramai.
Bagaimanapun, sebaik sahaja rakanya itu melihat kelibat Maria yang begitu dirindukan, keduanya saling berpelukan dengan begitu erat dengan senyuman yang tidak lekang menghiasi wajah masing-masing.
Hijabista difahamkan Maria dan rakannya itu mula mengenali antara satu sama lain, ketika menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor pada tahun 2003 dan 2004.
Kemudian mereka terpisah apabila Maria tidak lagi meneruskan pengajian di UiTM ekoran memutuskan untuk mengikuti latihan menjadi jururawat pelatih.
Tambah Maria lagi, pertemuan selepas 15 tahun bersama sahabatnya itu disifatkan sebagai sebuah pertemuan yang paling bermakna baginya.
Justeru, Maria yang juga seorang usahawan turut menzahirkan rasa syukur kerana Allah swt memberikan rezeki yang tidak terjangka dan berpeluan bertemu rakannya, meskipun hanya dapat meluangkan masa lebih dari satu jam itu.
Artikel berkaitan: Cinta Dan Kasihkan Isteri, Suami Korban Rasa Malu Tadah Belakang Jadi ‘Kerusi’ Untuk Isteri Solat Depan Kaabah!
“Saya gembira sangat, bersyukur. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan itu apabila berpeluang jumpa sahabat kita, di hadapan Kaabah pula tu.
“Sahabat saya ni seorang yang penyayang dan mengambil berat macam dulu. Masa saya tak sihat di Mekah pun dia masih tanya khabar dan sanggup hantar makanan kepada saya.
“Saya anggap ini sebagai rezeki berganda, Alhamdulillah. Mungkin ini juga menjadi permulaan untuk kami terus berhubung selepas pulang ke Malaysia,” ujar Maria.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati ramai diantara wargamaya turut merasa kagum dengan pertemuan yang tidak sangka dan menyifatkan ia sebagai kebesaran kuasa Allah SWT.
Sumber: TikTok @mariabintimuda
Artikel berkaitan: Kaabah Jadi ‘Tunggangan’ Demi Raih Perhatian! Fedtri Yahya Selar Pelaku ‘Fake’ Video Salji Turun Di Kota Mekah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.