15 Selebriti BERHIJAB Paling Trending & Jadi BUALAN Netizen Sepanjang 2017. No 6 Paling Tak SANGKA!

Share

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita tinggal tahun 2017. Pastinya tahun ini memberikan 1001 kenangan serta kejayaan yang kecapi. Dan pastinya kehadiran 2018 memang ditunggu-tunggu untuk meneruskan kecemerlangan bagi sesetengah orang. Tahun ini juga menyaksikan beberapa selebriti berhijab yang turut menempa kejayaan dan menjadi perhatian netizen. HIJABISTA senaraikan selebriti atau personaliti berhijab yang memang paling trending dan menjadi carian tertinggi di laman web. Antaranya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa yang kita tahu memang cukup berjaya tahun ini.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Tahun 2017 memberikan momen paling bererti buat Siti Nurhaliza. Mengumumkan dirinya hamil anak sulung dan itu merupakan berita paling ditunggu-tunggu peminatnya. Bakal melahirkan anak sulungnya tahun depan setelah hampir 11 tahun menunggu. Siti juga turut tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia dan baru-baru ini dia juga turut menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri Siti Nurhaliza.

2. Neelofa

Bukan sahaja popular dengan kontroversi demi kontroversi, tetapi Neelofa juga menjadi antara selebriti berhijab paling popular. Pelbagai kejayaan diraih tahun ini dan salah satu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 serta hujung tahun paling manis apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerangan AirAsia. Usahawan dan pengacara Meletop ini juga turut mengembangkan sayap dalam perniagaan dengan membuat beberapa rekaan terbaru hijab buat peminatnya.

3. Laudya Cynthia Bella

Menjadi antara selebriti berhijab yang popular dan paling trending tahun ini. Bukan sahaja di negaranya Indonesia, tetapi juga Malaysia. Bella yang berkahwin dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran ini diminati peminatnya di sini dan tidak hairanlah follower

nya kini telah mencecah 20.1 juta. Berulang alik dari sini ke Jakarta dan dalam masa sama dia juga baru-baru dilantik jadi juri jemputan dalam rancangan Ceria i-Star 2017 serta turut membuka kedai bakery di sana. Hubungan baiknya dengan Erra Fazira dan anaknya Aleesya mendapat pujian netizen.

4. Vivy Yusof

Walaupun bukan dalam bidang seni, tetapi populariti founder FashionValet dan dUCk Scarves  ini setanding selebriti popular. Bayangkan apa sahaja yang dijual akan cepat ‘sold out’ dan ramai sanggup beratur untuk mendapatkan hijab keluaran dUCk Scarves  yang limited edition. Walaupun harganya mencecah ratusan ringgit tetapi peminat hijab ini tidak lepaskan peluang memilikinya. Hebat sekali penangan Vivy Yusof malah turut ada program sendiri di Astro, Love Vivy yang masuk musim kedua.

5. Elfira Loy

Menjadi antara selebriti berhijab yang juga popular sepanjang tahun ini. Elfira yang selamat melangsungkan pertunangan dengan jejak pujaan hatinya, Suffian Suhaimi dijangka akan menamatkan zaman solonya tahun depan. Baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan netizen setelah  menghabiskan RM10 ribu dalam masa sejam membeli barangan mekap di butik di luar negara.

6. Marissa Dania Hakim

Memanglah usianya masih kecil, baru 12 tahun. Tetapi populariti anak kedua pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini juga sering menjadi perhatian netizen. Ini kerana kecantikan dan kejelitaaan wajah Marissa yang memang sangat manis biarpun dalam hijab labuh serta jubah yang digayakannya. Dia memang mewarisi kecantikan ibunya, Abby Abadi. Malah Abby juga rajin mengusik anak daranya ini dengan memuat turun video Marissa di laman sosialnya. Marissa juga sedang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan.

7. Syafiqah Aina

Namanya mula jadi sebutan sejak kisahnya jadi viral di mana suaminya kini menyambut hari jadi dengan kereta mewah. Syafiqah Aina seorang influencer dan instafamous yang turut popular di kalangan netizen. Mempunyai follower hampir mencecah lebih setengah juta dan baru-baru ini Syafiqah Aina selamat di ijab kabulkan bersama suaminya. Perkahwinannya turut jadi bualan kerana mendapat tajaan kereta mewah.

8. Mawar Fareeda

Sama seperti Datuk Siti, Mawar isteri kesayangan Fizo Omar juga antara selebriti berhijab yang mencuri tumpuan tahun ini. Bukan kerana video viral berebut tudung tetapi dia disahkan hamil setelah menjalani rawatan kesuburan dengan Doktor Hamid Arshat. Pastinya ia berita menggembirakan kerana Mawar dan suaminya Fizo sudah empat tahun berkahwin dan memang menanti kehadiran zuriat

.

9. Datuk Nurul Zahid

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini juga jadi bualan hangat di kalangan netizen. Populariti bukan disebabkan dia anak kepada TPM, tetapi perkahwinannya bersama suaminya sekarang, Datuk Saiful Nizam. Mereka bernikah di kota Mekah Syawal lalu dan istimewanya dia turut berkongsi kasih dengan isteri pertama. Nurul sangat positif dan menjalani kehidupan bermadu dengan penuh kasih sayang. Malah hubungan kedua-dua buah keluarga juga cukup erat dan begitu bahagia sekali. Boleh dilihat kebahagiaan dan kemesraan mereka di laman sosial masing-masing.

10. Aishah

Nama Aishah kembali menjadi viral  setelah menjuarai program realiti Gegar Vaganza 4. Ternyata kehebatan Aishah dalam bidang nyanyian tiada tandingan. Walaupun namanya sebelum ini seperti dilupakan, tetapi kemunculannya di pentas GV 4 ini membuka mata ramai pihak. Malah ramai netizen menggelarnya ‘The Living Legend’. Aishah menerima hadiah wang tunai RM100 ribu serta barangan lain setelah memenangi pertandingan itu. Walaupun niatnya hanya untuk menyanyi dengan menyertai program berkenaan tetapi akhirnya usaha beliau berbaloi.

11. Hanis Zalikha

Sebaik melahirkan anak, Hanis Zalikha lebih senang menjadi suri rumah menguruskan keperluan si kecilnya. Namun kemunculannya di program Meletop malam Selasa lalu walaupun sekejap bagi menggantikan Neelofa membuatkan namanya kembali tular. Hanis dikatakan membuat persediaan lengkap sebelum muncul di kaca TV bersama Nabil. Ramai sebenarnya yang rindukan hosting Hanis Zalikha dan harapnya akan terus bergerak aktif dalam pengacaraan.

12. Joy Revfa

Walaupun dia bukan artis, tetapi usahawan kosmetik ini memang cukup trending tahun ini. Gara-gara masalah rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun yang akhirnya membawa kepada perceraian. Apa sahaja yang dilakukan mendapat kecaman netizen dan tidak kurang ada yang bersimpati. Sepanjang kesnya berlangsung, carian tentang dirinya agak tinggi di laman web kerana ramai yang mahu tahu siapa dia sebenarnya.

13. Fathia Latiff

Selebriti berhijab ini juga antara yang menjadi perhatian netizen. Sama ada melalui video panasnya ataupun setiap kali dia memberikan pendapat di laman IGnya sendiri. Tidak tahu apa motif pelakon cantik ini tetapi diharap Fathia akan kekal istiqomah berhijab walaupun ada antara rakan selebriti lain yang menanggalkan tudung tatkala dihimpit pelbagai kontroversi.

14. Mira Filzah

Si cantik manis ini memang sering jadi pilihan peminatnya yang suka melihat lakonan mantap di kaca TV. Tetapi bakat Mira bukan sahaja di bidang lakonan tetapi juga pengacaraan. Baru-baru ini Mira turut dilantik menjadi host terbaru rancangan Nona di TV3 menggantikan pengacara sedia ada. Tak sabar untuk menonton hosting Mira kerana dia bukan sahaja bijak, cantik dan sangat berbakat. Maklumlah bukan calang-calang orang dapat menjadi pengacara rancangan yang sudah laman disiarkan di TV3.

15. Syatilla Melvin

Isteri kesayangan Sam ini juga turut terkena tempias dek kerana melahirkan anak sulung mereka. Tilla dikatakan kembali popular kerana menjadi ibu kepada Syeriv Samheizy. Ramai yang suka membaca caption untuk setiap posting yang ditulis oleh Tilla di laman IG anaknya itu. Memang pekat loghat utara dituturkannya hinggakan mampu membuat kita pecah perut. Gaya Tilla yang simpe juga amat digemari netizen kerana tidak seperti ibu-ibu lain yang terlalu menjaga penampilan setiap kali beraksi.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI

 

Published by
Siti Zurina