Setiap kali kaum wanita datang bulan pasti tidak terlepas daripada menghadapi masalah senggugut. Jika kena pada waktu sedang bekerja, sedikit sebanyak akan mengganggu tugasan harian.

Kalau boleh sewaktu diserang senggugut ini, kita mahu berehat dan tidur sahaja daripada menempuh kesakitan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.

Masa ini janganlah tegur atau mendekati mereka yang mengalami senggugut. Sudah pasti tidak akan dilayan dan mungkin akan dimarahi empunya diri.

Selain mengambil pil yang boleh hilangkan senggugut, masalah ini juga boleh diatasi dengan cuba mengamalkan petua alami.

Admin nak kongsi 15 petua yang boleh hilangkan masalah yang memang membelenggu kaum wanita setiap bulan. Semoga ia berkesan dalam menghilangkan kesakitannya.

1. Pinang Tua

Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Bawang Merah

Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

15 Petua Semulajadi Atasi Senggugut, Guna Nasi Tu Macam Pelik Sikit

3. Halia

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Ads

4. Rumput Cengkih

Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

5. Lada Hitam

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid.

15 Petua Semulajadi Atasi Senggugut, Guna Nasi Tu Macam Pelik Sikit

6. Rebusan Teh

Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

7. Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Ads

8. Bawang Putih

Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

15 Petua Semulajadi Atasi Senggugut, Guna Nasi Tu Macam Pelik Sikit

9. Petola

Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

10. Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

11. Daun Betik

Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Artikel Lain: Senaman Untuk Hilangkan Dagu Berlapis & Leher Jinjang

Ads

12. Gambir

Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

13. Daun Cili Padi

Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

14. Nasi

Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentel sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

15. Air Kelapa

Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

15 Petua Semulajadi Atasi Senggugut, Guna Nasi Tu Macam Pelik Sikit

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI