Bukan selebriti kita sahaja satu demi satu berhijab, malah di negara seberang juga tidak terkecuali. Salah seorang adalah isteri kepada pemilik lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, iaitu pelakon Zaskia Sungkar, 28 tahun, yang tampil berhijab dan paling penting memenuhi syariat. Bukan sahaja penampilannya lebih santun, malah dia ternyata senang memilih busana yang membolehkannya untuk terus mudah bersolat. Pastinya jadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Malah wanita yang juga meminati bidang fesyen ini turut merealisasikan impiannya memperkenalkan jenama sendiri dengan menjual pelbagai jenis kelengkapan Muslimah.
Menurut pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini juga bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi juga menyifatkan sebagai salah satu cara dakwah kepada orang ramai terutama pelanggannya.
Ternyata biarpun sudah bertudung dan dress
labuh namun gayanya masih lagi stailo. Dia bijak mix and match busana yang digayakannya.Malah menurutnya lagi gaya fesyen itu tidak membuatkan dirinya terasa bosan kala pergi keundangan, bercuti atau menjalani gaya harian.
Ayuh, kita lihat #OOTD Zaskia Sungkar yang boleh kita jadikan inspirasi buat hijabi yang mahu menutup aurat dalam gaya tersendiri.
Malah setiap kali dia #OOTD juga turut mendapat pujian followernya di laman instagram yang berjumlah 13.8 juta.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZASKIA SUNGKAR