Setiap individu tidak kira lelaki atau wanita pasti mahu tampil cantik, kacak dan menawan. Cantik itu juga sebenarnya satu seni. Erti cantik bagi setiap individu berbeza. Pada anda mungkin wanita yang memiliki kulit putih itu cantik tetapi mungkin tidak bagi pandangan rakan anda.
Semua orang berhak untuk berasa cantik. Jadi, sebelum memulakan rejim kecantikan diri, jom ikut 15 formula cantik khusus untuk anda. Cantik tidak bermakna anda perlu tampil sempurna sepanjang masa. Tidak salag untuk menjaga anugerah yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya.
1. Kuasa Pelembap
Tahukah anda bahawa penggunaan pelembap wajah yang kerap membantu mencerahkan kulit di samping membuat wajah anda bersinar sepanjang hari. Jangan lupa untuk menyapu pelembap pada wajah sebelum keluar rumah ya!
2. Sikat Rambut
Setiap kali anda menyikat rambut, ia akan membawa segala kotoran, minyak, kulit mati dan kelemumur. Oleh itu, anda perlu membersihkan sikat rambut menggunakan air suam bersama syampu atau sabun dan rendamnya selama 10 minit. Barulah rambut anda sihat dan bebas dari kotoran.
3. Manfaat Gula
Gula mampu menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah. Caranya, campurkan dua sudu makan gula pasir kasar dan satu sudu teh minyak zaitun. Campurkan sehingga likat kemudian gosokkan pada bahagian kaki terutamanya tumit anda. Biarkan selama 15 minit dan cuci menggunakan air suam.
4. Rawat Kulit Anda
Rawatan kulit penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Apakah ciri kulit yang sihat? Ia sentiasa segar, bercahaya, anjal, mulus, lembut dan cerah. Malah, ia juga memiliki kelembapan secukupnya dan mempunyai kedutan yang sesuai dengan usia anda.
5. Bahaya Air Panas
Air panas yang terkena pada kulit akan membuatkan kulit menjadi kering. Malah, rambut juga mudah rapuh dan gugur. Jika mahu mandi menggunakan air panas, pastikan anda bilas rambut dengan air sejuk untuk mengelakkan rambut rapuh. Air panas mampu mengeringkan pori rambut dan akhirnya merosakkan akar rambut.
6. Bedak Bayi
Sebelum memakai maskara, oleskan bedak bayi telebih dahulu pada bulu mata anda menghasilkan bulu mata yang lebih tebal. Dengan bedak bayi, anda boleh mendapatkan bulu mata yang tebal dan lentik.
7. Urutan Wajah
Facial massage atau urutan wajah sangat baik untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Dengan rutin ini, kulit wajah anda akan jadi lebih relaks dan anjal.
8. Cuka Epal
Percaya atau tidak, cuka epal dikatakan mampu mencerah dan memutihkan kulit anda. Anda hanya perlu campurkan beberapa camca sudu cuka epal dengan air hangat. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah, biarkan selama 30 minit dan bilas. Cubalah!
9. Olahraga
Anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau bekas jerawat? Apa kata cuba luangkan masa untuk melakukan olahraga. Ketika kulit anda berpeluh, pori-pori akan terbuka dan peluh akan mengeluarkan racun serta kotoran pada kulit. Hasilnya, kulit akan kelihatan bersih, halus dan masalah jerawat juga mula berkurangan.
10. Khasiat Minyak Kelapa
Minyak kelapa berfungsi untuk menyembuhkan pelbagai jenis masalah kulit termasuklah jerawat. Minyak kelapa alami mengandungi dua elemen penting untuk menyembuhkan jerawat iaitu lauric acid dan capric acid. Kedua-dua elemen ini secara natural berperanan sebagai anti-bakteria dan sangat efektif dalam membasmi bakteria pada jerawat.
11. Hindari Berkongsi Alat Solek
Anda tidak digalakkan untuk berkongsi alat solekan kerana ia akan menyebabkan anda turut berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, elakkan meminjam sebarang alat solek jika anda tidak mahu berkongsi kuman.
12. Jus Lemon
Selain berfungsi sebagai minuman, jus lemon juga dikatakan mampu membantu mencerahkan kulit. Namun begitu, jangan terlupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit dalam jangka masa yang lama boleh memberi implikasi yang tidak baik untuk kulit ia boleh menyebabkan kulit kerengsaan dan kekeringan.
13. Minyak Zaitun
Jika sebelum ini anda menggunakan minyak zaitun untuk memasak, jangan terkejut kerana minyak zaitun juga turut digunakan untuk kecantikan. Minyak zaitun mengandungi vitamin E, vitamin A, mineral dan lemak baik. Ia mampu membuatkan kulit anda tampak lebih muda serta menjaga kelembapan dan kelembutan kulit.
14. Cuci Muka
Ada fakta menyatakan bahawa kerap mencuci muka adalah lebih baik. Sebenarnya, kerap mencuci muka boleh menyebabkan kekeringan dalam jangka masa yang panjang. Pencucian wajah yang betul adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam. Ia cukup untuk mendapatkan kulit yang sihat.
15. Bunga Matahari
Bunga matahari sangat popular untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Bijinya mempunyai antioksidan dan vitamin E yang membantu memulihkan cela, luka-luka kecil dan kesan terbakar pada wajah. Minyak bunga matahari pula berfungsi untuk menyihatkan struktur rambut.